Konsert "Sadaqa" Ramli Sarip Mewujudkan Kesedaran Kerohanian

18 Jun 2012 23:15

 

RAMLI SARIP SADAQA 4 RAMLI SARIP SADAQA 3
Group Raihan


Gambar oleh: Raistar Entertainment dan One’s Camm

Bagi sebuah konsert yang berbayar, konsert ini dianggap berjaya”… begitulah kata-kata Ramli Sarip selepas berakhirnya konsert Sadaqa beliau yang turut menampilkan kumpulan Raihan pada 16 Jun lalu bertempat di Dewan Konsert Esplanade. Tambah Ramli lagi, kejayaan sesebuah konsert itu bukannya jika ianya dihadiri oleh 20,000 penonton tetapi ianya merupakan konsert percuma, tetapi harus diukur daripada jumlah peminat yang sanggup membayar untuk menyaksikan artis beraksi.

Konsert Sadaqa yang boleh dikatakan telah dirancang secara mengejut oleh penganjurnya Raistar Entertainment dan Ramli Sarip sendiri telah melalui promosi yang singkat sahaja, lebih kurang sebulan. Maka tidak hairanlah, hanya separuh ruang dewan konsert sahaja yang dipenuhi pada malam tersebut. Namun, pastinya ianya merupakan sebuah konsert yang telah meninggalkan beberapa sejarah manis buat semua yang terlibat. Seperti apa yang diucapkan oleh Ramli ketika konsert berlangsung, beliau memuji sikap berani Raistar Entertainment yang membawa artis Melayu lokal pertama mengadakan konsert di arena segah Dewan Konsert Esplanade itu.

RAMLI and RAIHAN 1 konsert SADAQA RAMLI and RAIHAN 2 konsert SADAQA
RAMLI SARIP SADAQA 2 RAMLI SARIP SADAQA 1

Jangkaan awal saya mengenai konsert yang berkonsepkan kerohanian tersebut bahawa ianya akan bersuasanakan syahdu menyeluruh, sama sekali meleset. Apa yang dipersembahkan oleh Ramli Sarip dan band pengiring beliau yang dinamakan Soul Journey adalah Rock. Nafas Rock jelas ada pada lagu-lagu yang dipersembahkan, walau pada dasarnya ada lagu-lagu yang bercorak Pop-nasyid Kontemporari, Keroncong dan balada-balada syahdu ketuhanan.

Konsert yang dimulakan dengan perlahan melalui lagu “Tersendiri” dan “Perjalanan Hidup”, kemudiannya dinaikkan temponya kepada lagu-lagu yang lebih rancak seperti “Fantasi Tapi Kenyataan” dan “Dunia Perlumbaan”. “Layarkan” dan “Tawakkal” telah mengajak para peminat menyanyi bersama, bait-bait liriknya seakan sudah dihafal oleh semua yang hadir.

Yang paling menarik mengenai persembahan pada malam itu adalah Soul Journey yang menampilkan pemuzik-pemuzik handalan antaranya Man Keedal(gitar), Hamid Ahmad(bass),Tom(drums) dan Kudin Ramli(keyboard). Pada satu ketika, terdapat aksi battle antara dua percussionists yang begitu hebat dan menghiburkan. Turut menjadi persembahan yang terserlah adalah gandingan Ramli Sarip dan Raihan pada lagu “Bukan Kerana Nama”.

Raihan sendiri mempersembahkan kemantapan paduan vokal mereka melalui tiga lagu pada malam itu iaitu “Iman Adalah Mutiara”, “Demi Masa” dan “Thank You Allah”. Menarik bila infusi Rock ke dalam irama Nasyid Kontemporari Raihan menjadi, memberi nafas segar pada lagu-lagu tersebut.

Ramli sendiri akui, antara lagu-lagu persembahan beliau pada malam tersebut adalah yang jarang beliau bawakan secara live sebelum ini. Pastinya “Anugerah Nabi” daripada album “Sadaqa” beliau merupakan salah satu. Sungguh syahdu Ramli menyanyikan lagu tersebut sambil beliau memainkan gitar akustik. Bait-bait lirik yang menyentuh dan memberi kesedaran mengenai kebesaran Allah. Nyanyian penuh jiwa turut disaksikan pada lagu “Andai Ku Tahu”, lagu yang menjadi soundtrack filem “Dua Alam”. Terdengar kemerduan di sebalik suara serak-basah Ramli Sarip.

Antara lain-lain lagu yang turut dipersembahkan oleh Ramli Sarip dan Soul Journey adalah “Keliru”, “Istilah Bercinta” , “Kau Yang Satu”, “Iqra” dan lagu yang dianggap legend buat golongan Rockers yang sentiasa mengingati Ramli Sarip ketika zaman gemilang beliau bersama Sweet Charity … “Kamelia” berkumandang dan diiringi nyanyian para penonton.

Ketika pihak media kami menemu-bual Ramli Sarip dan Raihan selepas konsert, kami diberitahu bahawa konsert seumpama itu telah pun dirancang untuk beberapa kota di Malaysia. Melihat pada gandingan mantap pada persembahan mereka yang baru sahaja berakhir, Ramli Sarip dan Raihan pastinya akan terus berganding bersama, memberikan mesej-mesej kesedaran, ketuhanan, kerohanian pada konsert-konsert yang telah dirancang itu. Jelas Ramli lagi, beliau sememangnya meminati muzik Raihan dan gandingan tersebut seakan sesuatu yang semulajadi, hasil dari jamming bersama sebelum ini. Raihan pula tiada masalah jika ada yang beranggapan nasyid mereka telah di-Rockkan. Jelas Abu Bakar Md Yatim, mereka melakukannya berdasarkan fatwa yang membolehkan gabungan sedemikian asal sahaja ianya adalah ke jalan yang positif, ke jalan Allah.

Di luar dewan konsert, kelihatan para peminat membeli CD “Sadaqa” yang mana hasil jualannya disalurkan ke dana pembangunan Masjid Hasanah di Singapura. Keistimewaan memiliki album tersebut adalah ianya hanya bagi jualan di Singapura sahaja sambil berpeluang dapat beramal.




TERBARU

Ulangtahun 36 Tahun Cromok: Legenda Thrash Metal Malaysia Terus Menginspirasi

SHOWCASE EKSKLUSIF UK’s UP CLOSE AND PERSONAL DITUNDA KE TARIKH BAHARU

Malam Amal Legends di Sabah 11 Legenda dan Bintang Bergabung untuk Kutipan Dana Kebajikan Persatuan Karyawan Malaysia

Konsert The Real Cromok Menampilkan Hillary Ang dan Man Keedal di Pentas yang Sama

Malam Ikonik BCL Di Konsert Farmasi Soundzation Dihangatkan Dengan Penampilan Sulung Ghea Indrawari Dan Elly Mazlein 30 November Ini!

Cromok Hangatkan Festival Muzik, Soulfest 2024 Dengan Persembahan Secara Unplugged, Buat Julung Kalinya

Malam Intimasi Buat Para Pecinta: Julung Kali, Eksklusif dalam UK’s: Up Close and Personal

Nostalgia Blues Mengimbau Perjalanan Ikonik Blues Gang dalam Konsert Apo Nak Di Kato

Cherry On Top Membawa Rock Progresif ke Arus Perdana dengan Lagu Ketagih

Blues Gang Merayakan Lima Dekad dalam Konsert Solo Berprestij di Zepp KL

50 Tahun Blues Gang Bakal Membawa Semangat Blues & Rock di Konsert Apo Nak Dikato Di Zepp KL 9 Ogos

Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati

Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'

Bergabung dalam Nostalgia 'CONCERT UK’SLAM MUSICAL'

Melodi Gabungan UK's dan SLAM yang Menghadirkan Keunikan Musikal di STADIUM MALAWATI pada 3 FEBRUARI

UK’s dan Slam Bersatu Dalam Konsert Terbesar Di Stadium Malawati Pada 3 Feb 2024

Gema Nostalgia Bersama SWEET CHARITY Semalam Di Malaya Pada 26 Januari Di Zepp KL

Pelancaran Program Realiti TV Pentas Marhaban: Dakwah Melalui Seni Suara dalam Islam

Perjalanan Menuju Konsert 'Tujuh Vibrato Gitar' Pada 3 November Di Zepp KL

25 Tahun Mengukir Kenangan Dalam Konsert Istimewa Lah Ahmad di Istana Budaya

KONSERT/TEATER/GIG

Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati

Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'

JAMAL ABDILLAH Dan M. NASIR Memaparkan Penghibur Sebenar

Persembahan Hebat Dalam The Best Of Joe

Persembahan Unik Oleh PITAHATI Di DPAC

Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN

Superstar ANGELA ZHANG Memukau Peminat

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Lagu Terbaik Dan Persembahan Hebat Di Konsert 3 Suara

Konsert Cinta NADIRA ADNAN Mempesona Peminat

Konsert Ulangtahun Yang Penuh Kenangan Daripada SHEILA ON 7

Gema Wirama Wings Menerjah Padang B Plaza Angsana

Malam Kalimah Cinta Yang Persona Daripada OPICK

Lebih 2000 Peminat Banjiri Konsert "Retrofest Asia 2015"

Ritma SEARCH Menerawang Di Hard Rock Cafe Melaka

Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik

Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD

"Konsert Wings 30 Tahun", Johor Bakal Di Jajah

Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.