Cinta Jason Mraz Berjaya Menawan Peminat Malaysia

Oleh : nazghoul
20 Jun 2012 22:01
Jason Mraz Live In Kuala Lumpur Jason Mraz Live In Kuala Lumpur
Jason Mraz Live In Kuala Lumpur Jason Mraz Live In Kuala Lumpur

Gambar Oleh Warner Music Malaysia

Ini bukanlah persembahan sulung Jason Mraz di Malaysia, malah kedatangannya pada 2009  dalam konsert “Sold Out” nyata menjadi igauan peminatnya.  Impian dan igauan itu akhirnya menjadi kenyataan apabila penyanyi dan penulis lagu yang berasal dari Amerika Syarikat itu kembali dengan konsert jelajah, “Jason Mraz Tour Is A Four Letter Word Concert In Kuala Lumpur”.

Jason Mraz yang cukup sinonim dengan jalur muzik pop-rock, soul, dan rock alternatif ini sememangnya menjadi penantian buat peminat yang pernah terlepas menyaksikan konsert pertamanya di Malaysia.  Konsert yang bertujuan mempromosikan album keempatnya, “Love Is A Four Letter Word”, konsert ini telah dilaksanakan di Stadium Merdeka pada 19 Jun lalu.

Awi Rafaelpenyanyi yang cukup popular dengan lagu ‘Pulanglah’ telah diberi tanggungjawab untuk menghiburkan hadirin pada malam itu.  Menjadi ‘opening act’ bukanlah tugas yang cukup mudah apatah lagi rata-rata peminat yang hadir pastinya ingin menyaksikan persembahan Jason Mraz. 

Kebijaksaan Awi Rafeal berinteraksi dengan penonton wajar diberikan pujian, beliau telah mendendangkan 4 buah lagu antaranya ialah Never Terror Support (INXS), Pulanglah, Bila Aku Jatuh Cinta dan sebuah lagu baru yang bakal dimuatkan dalam album terbaru beliau iaitu Asalkan Aku Ok

Suasana stadium menjadi semakin meriah apabila lampu dimalapkan kira-kira jam 9 malam dan Mraz muncul dengan mengucapkan “Selamat malam Malaysia” dalam Bahasa Melayu dan terus memulakan persembahan dengan lagu berjudul Everything is Sound  yang dimuatkan dalam album terbarunya.

Jason Mraz tampil dengan imej yang ringkas, santai dan tampak selesa. Penyanyi berbakat besar itu telah menyanyikan koleksi lagu-lagu lama dan lagu-lagu barunya  yang dipetik dari album “Waiting for My Rocket To Come”, “Mr. A–Z”, dan “We Sing. We Dance. We Steal Things” untuk konsert kali ini. Rata-rata peminat yang hadir nyata terhibur dengan persembahan santai namun cukup bertenaga. 

Hanya dengan sebuah gitar akustik dan berpakaian t-shirt rasmi L.O.V.E, seluar jeans dan topi ‘trademark’nya, Mraz berinteraksi bersama penonton dengan mengajak mereka berdiri serta mendendangkan lagu The Dynamo of Volition.

Ternyata interaksi penyanyi yang pernah berjaya dua anugerah Grammy pada tahun 2010 menerusi album “We Sing. We Dance. We Steal Things” itu sememangnya terbaik. Aksi spontan Jason Mraz dan gitarnya membuatkan peminatnya tidak berganjak dari terus dipukau oleh suaranya yang masih menampilkan mutu vokal yang baik dan sama. 

Konsert Tour Is A Four Letter Word kali ini membawakan Malaysia sebagai  merupakan destinasi keenam bagi siri jelajah Asia untuk album terbarunya, selepas Bangkok, Thailand. kehadiran Jason Mraz dengan iringan para pemuziknya sendiri dirasakan satu tindakan bijak dimana peminat tidak perlu lagi mempersoalkan kredibiliti beliau selaku penyanyi, penulis dan pemuzik.

Sebanyak 18 buah lagu telah dipersembahkan oleh Mraz pada malam itu antaranya ialah     Everything is Sound, Freedom, Dynamo, Beautiful Mess, The Woman I Love, I’m Coming Over, Living In The Moment, Frank, Remedy, Mr. Curiosity, Only Human, Make It Mine, Lucky, Butterfly dan I’m Yours

Jason Mraz menyanyikan lagu popularnya sebagai 'encore' , menutup tirai konsert beliau malam itu , antaranya ialah I’m Yours, Bella Luna dan I Won’t Give Up dan ketiga-tiga lagu ini mendapat sorakan paling gemuruh dari penonton sehingga mereka semua berdiri. Secara keseluruhan, konsert yang berdurasi selama dua jam itu cukup menghiburkan walaupun terdapat beberapa masalah teknikal yang dihadapi, namun Mraz tetap meneruskan persembahannya sambil berkata “A little technical problem won’t stop me from singing. Right on!”

Konsert ini telah dibawakan oleh Scenique Concerts & Events Sdn. Bhd. dan Live Limited dengan kerjasama Warner Music (Malaysia) Sdn Bhd. Persembahan Jason Mraz dan His Band ternyata berjaya memberikan ‘cintanya’ kepada lebih 6000 peminat yang memenuhi ruang di Stadium Merdeka pada malam itu.

 




TERBARU

Ulangtahun 36 Tahun Cromok: Legenda Thrash Metal Malaysia Terus Menginspirasi

SHOWCASE EKSKLUSIF UK’s UP CLOSE AND PERSONAL DITUNDA KE TARIKH BAHARU

Malam Amal Legends di Sabah 11 Legenda dan Bintang Bergabung untuk Kutipan Dana Kebajikan Persatuan Karyawan Malaysia

Konsert The Real Cromok Menampilkan Hillary Ang dan Man Keedal di Pentas yang Sama

Malam Ikonik BCL Di Konsert Farmasi Soundzation Dihangatkan Dengan Penampilan Sulung Ghea Indrawari Dan Elly Mazlein 30 November Ini!

Cromok Hangatkan Festival Muzik, Soulfest 2024 Dengan Persembahan Secara Unplugged, Buat Julung Kalinya

Malam Intimasi Buat Para Pecinta: Julung Kali, Eksklusif dalam UK’s: Up Close and Personal

Nostalgia Blues Mengimbau Perjalanan Ikonik Blues Gang dalam Konsert Apo Nak Di Kato

Cherry On Top Membawa Rock Progresif ke Arus Perdana dengan Lagu Ketagih

Blues Gang Merayakan Lima Dekad dalam Konsert Solo Berprestij di Zepp KL

50 Tahun Blues Gang Bakal Membawa Semangat Blues & Rock di Konsert Apo Nak Dikato Di Zepp KL 9 Ogos

Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati

Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'

Bergabung dalam Nostalgia 'CONCERT UK’SLAM MUSICAL'

Melodi Gabungan UK's dan SLAM yang Menghadirkan Keunikan Musikal di STADIUM MALAWATI pada 3 FEBRUARI

UK’s dan Slam Bersatu Dalam Konsert Terbesar Di Stadium Malawati Pada 3 Feb 2024

Gema Nostalgia Bersama SWEET CHARITY Semalam Di Malaya Pada 26 Januari Di Zepp KL

Pelancaran Program Realiti TV Pentas Marhaban: Dakwah Melalui Seni Suara dalam Islam

Perjalanan Menuju Konsert 'Tujuh Vibrato Gitar' Pada 3 November Di Zepp KL

25 Tahun Mengukir Kenangan Dalam Konsert Istimewa Lah Ahmad di Istana Budaya

KONSERT/TEATER/GIG

Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati

Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'

JAMAL ABDILLAH Dan M. NASIR Memaparkan Penghibur Sebenar

Persembahan Hebat Dalam The Best Of Joe

Persembahan Unik Oleh PITAHATI Di DPAC

Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN

Superstar ANGELA ZHANG Memukau Peminat

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Lagu Terbaik Dan Persembahan Hebat Di Konsert 3 Suara

Konsert Cinta NADIRA ADNAN Mempesona Peminat

Konsert Ulangtahun Yang Penuh Kenangan Daripada SHEILA ON 7

Gema Wirama Wings Menerjah Padang B Plaza Angsana

Malam Kalimah Cinta Yang Persona Daripada OPICK

Lebih 2000 Peminat Banjiri Konsert "Retrofest Asia 2015"

Ritma SEARCH Menerawang Di Hard Rock Cafe Melaka

Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik

Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD

"Konsert Wings 30 Tahun", Johor Bakal Di Jajah

Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.