Sunday Night Rock Live meneruskan dengan kumpulan yang tak asing lagi iaitu SOFEA atau lebih dikenali sebagai SYJ SOFEA oleh para peminat. Ia adalah perjalanan yang sangat penting kerana melalui kumpulan SOFEA mereka telah merakamkan beberapa buah album . SOFEA merupakan kumpulan terpenting dalam sejarah muzik Heavy Metal di Malaysia , Semenjak kemunculan pertama mereka dahulu , SOFEA masih dengan persona yang terus kekal - make up , pakaian yang koyak dan attitude .
Dalam pukul 9.30 show bermula , ketika naik ke atas stage kelihatan Amir dengan penutup mata ala lanun dan Man Rani dengan baju koyak dan tulisan tangan di t-shirt dan kelihatan juga mereka telah menggunakan guitarist baru , SOFEA sememangnya sentiasa tampil dengan gayatersendiri ketika diatas stage didalam setiap show mereka . Memulakan set dengan lagu yang tak asing lagi iaitu “Anak Liar” , peminat agak teruja dengan permulaan lagu apatah lagi lagu keras mereka “Garisan” dimainkan selepas itu dan dihangatkan lagi dengan lagu “Godaan Syaitan” . Kepada para peminat SYJ maupun SOFEA tentunya mengetahui mereka amat dipengaruhi oleh kumpulan Motley Crue ! dari segi pemakaian dan juga make up , Motley Crue dan SOFEA sememangnya amat sinonim . SOFEA terus membawakan lagu cover “Red Hot” daripada Motley Crue , Amir sentiasa bersemangat diatas stage , Man Rani pula sentiasa dengan dunia nya sendiri .
Showcase dihangatkan lagi dengan lagu “Hati Syaitan” , lagu-lagu berat kumpulan SOFEA seringkali mendapat perhatian , SOFEA meneruskan sebuah lagu yang saya sendiri sudah lupa tajuknya dan lagi sekali lagu kumpulan Motley Crue dimainkan iaitu “Knock Em Dead Kid” , dan diperlahankan dengan lagu slow mereka yang paling popular “Bunga Padang Pasir” , lagu yang amat jarang dimainkan ketika live , tentunya ia pengalaman berharga buat yang hadir untuk melihat Man Rani menyanyi . Lagu kumpulan Motley Crue “Wild Side” mengambil tempat pula selepas set pendek lagu “Bunga Padang Pasir” . SOFEA menghangatkan para peminat di RUM Jungle yang sentiasa menyokong mereka , mereka adalah muka-muka yang biasa kelihatan disetiap show SOFEA , lagu “Kawasan Larangan” dimainkan bersama “Boneka Pentas” . Pengakhiran selepas satu jam ditamatkan dengan lagu “Orang Timur” dan lagu cover daripada kumpulan Motley Crue .
Ia adalah show yang sangat padat , persembahan stage oleh SOFEA begitu rock n roll , sayang sekali kerana SOFEA mempunyai lagu-lagu popular yang banyak tidak dibawakan lagi .Pemilihan deretan lagu cover Motley Crue mungkin ingin menunjukkan betapa banyak telah SOFEA dipengaruhi oleh mereka , bagaikan satu tribute dan untuk mengenali dengan lebih dekat kumpulan SOFEA , betapa vocal Amir begitu konsisten dalam menyanyikan lagu kumpulan Motley Crue . Dalam banyak persembahan yang telah saya saksikan , SOFEA tidak pernah menghampakan para peminatnya , setiap show/gig yang penuh dengan attitude !
Ulangtahun 36 Tahun Cromok: Legenda Thrash Metal Malaysia Terus Menginspirasi
SHOWCASE EKSKLUSIF UK’s UP CLOSE AND PERSONAL DITUNDA KE TARIKH BAHARU
Konsert The Real Cromok Menampilkan Hillary Ang dan Man Keedal di Pentas yang Sama
Malam Intimasi Buat Para Pecinta: Julung Kali, Eksklusif dalam UK’s: Up Close and Personal
Nostalgia Blues Mengimbau Perjalanan Ikonik Blues Gang dalam Konsert Apo Nak Di Kato
Cherry On Top Membawa Rock Progresif ke Arus Perdana dengan Lagu Ketagih
Blues Gang Merayakan Lima Dekad dalam Konsert Solo Berprestij di Zepp KL
50 Tahun Blues Gang Bakal Membawa Semangat Blues & Rock di Konsert Apo Nak Dikato Di Zepp KL 9 Ogos
Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati
Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'
Melodi Gabungan UK's dan SLAM yang Menghadirkan Keunikan Musikal di STADIUM MALAWATI pada 3 FEBRUARI
UK’s dan Slam Bersatu Dalam Konsert Terbesar Di Stadium Malawati Pada 3 Feb 2024
Gema Nostalgia Bersama SWEET CHARITY Semalam Di Malaya Pada 26 Januari Di Zepp KL
Pelancaran Program Realiti TV Pentas Marhaban: Dakwah Melalui Seni Suara dalam Islam
Perjalanan Menuju Konsert 'Tujuh Vibrato Gitar' Pada 3 November Di Zepp KL
25 Tahun Mengukir Kenangan Dalam Konsert Istimewa Lah Ahmad di Istana Budaya
Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati
Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'
Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN
Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang
Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik
Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD
Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati
WWW.RAWK.COM.MY
ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.
With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.
Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my
MANAGEMENT
CONTACT
WEB DESIGN
Piko Fairuz [RAWK Entertainment]
PENAFIAN
Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini
HAK CIPTA TERPELIHARA
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.