Populariti Maher Zain di Malaysiakini, bukanlah satu perkara yang layak kita sangkal terutamanya di kalangan peminat muzik Islamik. Lantaran populariti beliau di arena muzik Malaysiayang cukup besar maka syarikat rakaman Inteam Records dan Warner Music Malaysia sekali lagi menyokong usaha murni di dalam memenuhi kehendak peminat Maher Zain.
Konsert “Maher Zain Forgive Me Live In Malaysia” yang telah berlangsung di Stadium Merdeka pada 16 Jun lalu telah dipersembahkan oleh Canon Malaysia dan dianjurkan oleh Marctensia Concerts dan Awakening Records. Ianya juga mendapat sokongan dari Tourism Malaysia dan ditaja oleh Etiqa Takaful Sdn Bhd, konsert yang berlangsung lebih dari 3 jam ini menampilkan dua orang lagi artis baru iaitu Irfan Makki dan Raef.
Irfan Makki yang baru menghasilkan album pertamanya, “I Believe” telah dipertanggungjawabkan untuk memulakan persembahan pada malam itu. Antara lagu yang telah dipersembahkan adalah Waiting For The Call, Palestine, Mamma, You Are Not Alone, Mabrookdan You & I. Irfan turut bernaung dibawah label Awakening Records.
Suasana di dalam Stadium yang dipenuhi hampir 8,000 peminat pada mulanya ‘agak hambar’ dengan persembahan yang kurang bertenaga dari Irfan Makki akhirnya disurami kemeriahan apabila kemunculan Raef, seorang artis baru dari Awakening Records muncul dengan gitarnya dan menghidupkan kembali semangat peminat yang menunggu kemunculan Maher Zain di atas pentas. Raef tampil dengan lagunya, I’m Yours, Mawlay, Allah, With You, You’re The One dan Jumu’ah. Raef mampu menghiburkan penonton yang hadir dan mampu bertutur dengan bahasa Inggeris yang baik.
Tepat jam 9.30 malam riak muka peminat Maher Zain mula bertukar, kuntuman senyuman mula terukir apabila beliau mula berada di atas pentas. Maher Zain yang tampil dengan pakaian yang berwarna hitam dan putih sedikit sebanyak memberikan impak kepada personalitinya. Ini bukanlah persembahan sulung beliau di Malaysia malah merupakan persembahan ketiga selepas showcase “Maher Zain Save The Soul” dan “Maher Zain Live in Concert” pada tahun 2011 telah berlangsung dengan jayanya dan mendapat sambutan yang menggalakkan.
Maher Zain yang jarang berkomunikasi dengan penonton sepertimana konsert-konsert terdahulu terus memulakan persembahannya dengan lagu Sepanjang Hidup, Assalamu Alayka, One Big Family, Ya Nabi Salam Alayka, Freedom, Forgive Me dan My Little Girl. Maher Zain turut memberikan kejutan buat peminat di Malaysiaapabila pertama kali memperdengarkan sebuah gubahan baru dalam bentuk instrumental. Dia turut menonjolkan bakatnya bermain piano dengan baik, diikuti dengan nyanyian lagu Thank You Allah dan So Soon. Persembahan berikutnya dengan menyanyikan lagu I Believe dan Kiya Karo bersama Irfan Makki.
Penonton turut dihiburkan dengan penampilan pemain seksofon terkenal Malaysia, Jari yang telah sekian lama menyepi. Rata-rata para peminat Maher Zain menganggap konsert kali ini telah memberikan nafas baru dan kepuasan buat peminatnya di Malaysia, yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama.
Kebanyakan penonton yang hadir dilihat mampu mengingati lirik lagu dan menyanyi bersama apabila diminta oleh Maher Zain. Selain itu, apa yang lebih menarik, penyanyi ini juga kelihatan tidak kekok menyanyikan lagu -lagu berbahasa Melayu dan menguasai sebutannya dengan baik. Tanpa banyak bicara, dia terus melagukan Mawlaya, Raditu Billahi Rabba, Guide Me All The Way, Man In The Mirror, For The Rest Of My Life, Paradise, Number One For Me, InsyaAllah danMasha Allah.
Konsert “Maher Zain Forgive Me Live In Malaysia” berakhir sekitar jam 11.30 malam setelah beliau memperdengarkan lagunya yang berjudul Baraka Allah Lakuma. Pastinya terukir sebuah memori indah di kalangan peminat Maher Zain ketika menyaksikan konsert artis kesayangan mereka disamping dapat menyaksikan keindahan pentas yang dihiasi dengan penataan cahaya yang cantik dan menarik serta iringan muzik yang mempersonakan. Konsert ini juga diadakan bertujuan untuk mempromosikan album terbarunya yang berjudul “Forgive Me”.
Ulangtahun 36 Tahun Cromok: Legenda Thrash Metal Malaysia Terus Menginspirasi
SHOWCASE EKSKLUSIF UK’s UP CLOSE AND PERSONAL DITUNDA KE TARIKH BAHARU
Konsert The Real Cromok Menampilkan Hillary Ang dan Man Keedal di Pentas yang Sama
Malam Intimasi Buat Para Pecinta: Julung Kali, Eksklusif dalam UK’s: Up Close and Personal
Nostalgia Blues Mengimbau Perjalanan Ikonik Blues Gang dalam Konsert Apo Nak Di Kato
Cherry On Top Membawa Rock Progresif ke Arus Perdana dengan Lagu Ketagih
Blues Gang Merayakan Lima Dekad dalam Konsert Solo Berprestij di Zepp KL
50 Tahun Blues Gang Bakal Membawa Semangat Blues & Rock di Konsert Apo Nak Dikato Di Zepp KL 9 Ogos
Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati
Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'
Melodi Gabungan UK's dan SLAM yang Menghadirkan Keunikan Musikal di STADIUM MALAWATI pada 3 FEBRUARI
UK’s dan Slam Bersatu Dalam Konsert Terbesar Di Stadium Malawati Pada 3 Feb 2024
Gema Nostalgia Bersama SWEET CHARITY Semalam Di Malaya Pada 26 Januari Di Zepp KL
Pelancaran Program Realiti TV Pentas Marhaban: Dakwah Melalui Seni Suara dalam Islam
Perjalanan Menuju Konsert 'Tujuh Vibrato Gitar' Pada 3 November Di Zepp KL
25 Tahun Mengukir Kenangan Dalam Konsert Istimewa Lah Ahmad di Istana Budaya
Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati
Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'
Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN
Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang
Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik
Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD
Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati
WWW.RAWK.COM.MY
ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.
With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.
Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my
MANAGEMENT
CONTACT
WEB DESIGN
Piko Fairuz [RAWK Entertainment]
PENAFIAN
Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini
HAK CIPTA TERPELIHARA
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.