Konsert ROCK MANIA Di Singapura Melakar Sejarah Tersendiri

05 Jun 2012 22:02

Gambar: Na-Kimura

crowd

Jmie 01 Ally 01
yantzen 01 bandi 01
ali terra rossa 01 rahmat 01

Konsert Rock Mania Live in Singapore yang telah berlangsung pada Sabtu 2 Jun lalu di Marina Barrage bukan sahaja telah menarik lebih 3000 pengunjung untuk menyaksikan 11 vokalis Rock ternama di atas pentas persembahan, namun ianya mempunyai dramanya yang tersendiri. Banyak faktor-faktor istimewa mengenai Rock Mania Live in Singapore sebenarnya. Dari lokasi yang indah dengan pemandangan panorama bandaraya Singapura, pemuzik iringan iaitu kumpulan Kristal yang bermain selama 7 jam, sehinggalah kepada konsep santai bersama keluarga dan kawan-kawan yang diterapkan oleh penganjur. Namun, yang paling menonjol sekali pastinya wira pada malam konsert tersebut iaitu G.G.

SiapakahG.G. ? Beliau bukanlah antara 11 artis yang beraksi pada kemuncak acara. Beliau terpaksa bertindak sebagai pemain drums bidan terjun untuk sepanjang separuh terakhir konsert tersebut setelah pemain drums Kristal iaitu Acap mengalami kekejangan kaki dan terpaksa dikejarkan ke hospital. G.G. merupakan pemain drums kumpulan Sky Juice yang kebetulan mengikuti rombongan Kristal ke Singapura. Kehadiran beliau merupakan satu rahmat. Ketika ditemubual sejurus selepas konsert, G.G. menyatakan sememangnya beliau tidak bersedia. “Rasa macam nak lari ajer” jawab G.G. dengan penuh rasa lega. Ada lagu-lagu yang beliau tidak menghafal rentak drums-nya dan beliau akui terpaksa mengagak sahaja. Namun di akhir konsert, semua barisan artis dan kumpulan Kristal serta pihak penganjur telah meluru kearah G.G. menghambur kata pujian, ada yang berpelukan, berjabat tangan tanda penghargaan. Perkataan “Hero Kita” jelas terdengar diungkapkan beberapa kali. Begitulah aksi dibelakang pentas, penuh keceriaan!

Rock Mania Live in Singapore telah dimulakan seawal 3 petang, dengan persembahan kumpulan-kumpulan dari Singapura iaitu Klutz, Rockvival dan Revolusi – 3 pemenang audition yang telah dianjurkan oleh penganjur D’Touchz International pada April lalu. Pihak media kami agak terlewat tiba di lokasi akibat kesesakkan di tambak Johor dan setibanya kami, Mus (MAY) artis pertama di antara 11 artis yang tersenarai baru sahaja selesai membuat persembahan. Jmie (Screen) pula mengambil alih pentas dan menyampaikan lagu-lagu beliau “Bukan Milikku Lagi”, “Bila Kau Kata Kau Sayang”, “Kita Ditakdirkan Berpisah” dan “Bila Cinta Didusta” dengan penuh penghayatan. Balada-balada yang menusuk kalbu penonton-penonton yang hadir. Ally (AXL’S) pula menyusul terus menghiburkan penonton dengan balada-balada ‘lentuk’ seperti “Taman Rindu”, “Seratus Kali”, “Andai Dapatku Undurkan Masa” dan “Akulah Kekasihmu” dengan persembahan yang begitu bersahaja.

Tepukkan gemuruh para penonton seterusnya adalah buat anak watan Singapura sendiriJ.Yantzen (Rusty Blade)! Berbeza dengan persembahan beliau bersama kumpulan Rusty Blade pada April lalu, Yantzen kali ini menyampaikan lagu beliau sendiri “Keindahan Cinta Suci” yang dipetik dari album terbaru beliau dan“Meniti Suratan” lagu ketika beliau menjadi vokalis MAY. Sebagai menghormati permintaan para peminat yang lebih mengenali penampilan beliau bersama Rusty Blade, beliau turut mendendangkan lagu “Tiada Lagi Aku” sebelum mengakhiri persembahan dengan lagu “Kamelia” sebuah lagu saduran dari Sweet Charity. Agak nostaljik buat diri saya sendiri kerana pada awal 80’an yang lalu, pertama kali saya saksikan Yantzen adalah ketika beliau tampil menjadi penyanyi Sweet Charity juga pada satu konsert outdoor di Singapura.

Giliran Bagio (Damasutra) pula untuk mengubati rindu para peminat beliau di Singapura melalui lagu-lagu beliau yang tetap evergreen seperti “Antara Sutera Dan Bulan”, “Asyik”, “Sufi” dan pastinya “Umpama Mimpi Dalam Mimpi” yang turut dinyanyikan bersama oleh para peminat beliau. Mungkin juga bertepatan dengan waktu maghrib yang bakal menjelang, konsert dihentikan seketika buat satu jam sementara pemain drums kumpulan Kristal, Acap yang pada ketika itu telah pun membuat persembahan selama lebih 3 jam mendapatkan rawatan kekejangan kaki di belakang pentas. Pada 8 malam, konsert diteruskan dengan persembahan Bandi (Amuk). Dua lagu terawal beliau, “Lancang Kuning” dan “Matahari” disampaikan dengan iringan minus-one. Setelah mendapat pengesahan dari Acap bahawa keadaan kaki beliau sudah pulih, kumpulan Kristal mula mengiringi Bandi pada lagu seterusnya – “Jangan Tinggal Daku”. “Untukmu Sayang” mengembalikan juga nostalgia kumpulan Febians, lagu yang pernah popular di sekitar Singapura pada penghujung 80’an dulu. Bandi bertindak  turun dari pentas dan menuju ke kawasan ribuan penonton sambil menyanyikan lagu tersebut dan berjabat tangan dengan mereka yang hadir. Persembahan  Bandi diakhiri dengan “Akar Dan Bumi”.

Ali (Terra Rossa) kemudiannya tampil ke pentas dan terus menyampaikan lagu-lagu hit beliau bersama XPDC iaitu “Teman” dan “Sakinah”. “Hidup Bersama”, walaupun merupakan nyanyian Mael di dalam XPDC turut didendangkan oleh Ali pada malam itu. Pada akhir lagu tersebut, bermulalah drama singkat di mana kekejangan kaki yang dialami Acap berulang. Syabas dari kami buat pihak penganjur D’Touchz International kerana mengambil tindakan pantas dengan segera menghantar beliau ke hospital. Ali, sementara itu menghabiskan set beliau dengan lagu hit beliau bersama Terra Rossa iaitu “Bunga Angkasa” dengan G.G. mula mengambil alih posisi drums.

Rahmat (Mega) menjadi artis ke-8 membuat persembahan. Dengan kekuatan vokal yang ada dan kebijaksanaan melayan penonton, Rahmat membawakan lagu-lagu hits beliau bersama Mega seperti “Nina Karina”, “Takdir Dan Waktu” dan “Bayangan Gurauan”. Tidak dilupakan juga lagu ketika Zarith menjadi vokalis Mega dahulu, Rahmat turut menyampaikan “Sekuntum Bunga Sakura Di Gurun Sahara” dan “Pasti”. Sorakkan paling gemuruh pada malam itu seakan dilontarkan buat Man Bai ! Man Bai dan Gersang seakan nama lagenda dalam persada muzik Rock. Singapura tidak pernah melupakan bagaimana kumpulan anak-anak muda ketika itu pada era 80’an telah menguasai arena muzik. Pakej Gersang ketika itu Pop-Rock, penampilan kemas, wajah segak-tampan dan muzik yang menyentuh hati amat digilai. Man Bai kali ini tampil dengan imej tidak berambut, namun itu bukan satu permasalahan buat peminat-peminat beliau. 3 lagu beliau bersama Gersang “Bersama Suara Hati”, “Masih Aku Terasa” dan “Suratan Takdir” disampaikan dengan penuh penjiwaan. Begitu juga lagu beliau sendiri “Kau Ilhamku”. Man Bai pada malam itu turut menampilkan Along (Exist) sebagai gitaris khas beliau. Apakah Singapura bakal melihat Man Bai kembali bersama Gersang pada jangka waktu terdekat ini? Biarkan ianya menjadi satu persoalan buat masa ini.

Joey, bekas vokalis Bumiputera Rockers pula naik ke pentas dan memulakan persembahan rancak dengan lagu “Dajal”. Ini disusuli pula oleh “Aku Hanya Serangga”, “Harum Subur Di Hati” , “Dari Sinar Mata” dan “Seribu Tahun Takkan Mungkin”. Yang menarik mengenai Joey, beliau sempat menceritakan kepada para peminat yang hadir mengenai sejarah beliau bersama Singapura, di mana di negara itulah pertama kali beliau melihat rakaman Sweet Charity pada 1983. Namun ada berita yang lebih gempak sebenarnya hasil perbualan saya bersama Joey mengenai aktiviti beliau selepas beliau keluar dari BPR dan juga mengenai Joey and Friends yang bakal mengadakan persembahan di Rum Jungle pada 24 Jun nanti. Lebih mengenai itu akan dipaparkan dalam artikel temubual khas bersama Joey.

Nash (Lefthanded) menjadi penyanyi terakhir membuat persembahan. Nash mempunyai kekuatan menarik penonton untuk bersama beliau sepanjang persembahan beliau dan berkali-kali menghamburkan penghargaan kepada penganjur D’Touchz International kerana penganjuran konsert yang begitu gah dan pemilihan lokasi yang sangat sempurna. Lagu-lagu dendangan Nash pada malam itu kesemuanya dinyanyikan bersama oleh para penonton. Siapa yang tidak hafal lirik-lirik pada lagu-lagu “Debunga Wangi”, “Ku Di Halaman Rindu”, “Tiada Lagi Kidungmu”, dan “Pada Syurga Di Wajahmu”?

Konsert Rock Mania Live in Singapore kemudiannya diakhiri dengan nyanyian beramai-ramai kesemua artis yang terlibat melalui lagu-lagu “Bukan Kerana Nama” dan “Highway Star”, penutup yang tetap menampakkan kesegaran walaupun konsert telah pun berlangsung hampir 9 jam! Buat D’Touchz International, syabas di atas penganjuran konsert outdoor pertama mereka dengan jayanya. Tidak dapat dinafikan lagi, D’Touchz International sememangnya mempunyai keupayaan untuk pengendalian konsert Rock Melayu di Singapura apatah lagi dengan 2 Jun 2012, pada Konsert Rock Mania, sejarah telah tercipta sebagai konsert outdoor Rock Melayu terbesar dan paling panjang jangka waktu ianya berlangsung. Hanya D’Touchz International mampu merealisasikannya. Perancangan D’Touchz International seterusnya adalah untuk menjadikan Rock Mania konsert jelajah di kota-kota di Malaysia. Warga Malaysia, kita nantikan !

Jmie 01 Ally 01
yantzen 01 bagio 01
bandi 01 bandi 02
ali terra rossa 01 rahmat 01
man bai 02 man bai 01
joey 02 joey 01
Kristal nash 01
all artiste 01 all artiste 02




TERBARU

Ulangtahun 36 Tahun Cromok: Legenda Thrash Metal Malaysia Terus Menginspirasi

SHOWCASE EKSKLUSIF UK’s UP CLOSE AND PERSONAL DITUNDA KE TARIKH BAHARU

Malam Amal Legends di Sabah 11 Legenda dan Bintang Bergabung untuk Kutipan Dana Kebajikan Persatuan Karyawan Malaysia

Konsert The Real Cromok Menampilkan Hillary Ang dan Man Keedal di Pentas yang Sama

Malam Ikonik BCL Di Konsert Farmasi Soundzation Dihangatkan Dengan Penampilan Sulung Ghea Indrawari Dan Elly Mazlein 30 November Ini!

Cromok Hangatkan Festival Muzik, Soulfest 2024 Dengan Persembahan Secara Unplugged, Buat Julung Kalinya

Malam Intimasi Buat Para Pecinta: Julung Kali, Eksklusif dalam UK’s: Up Close and Personal

Nostalgia Blues Mengimbau Perjalanan Ikonik Blues Gang dalam Konsert Apo Nak Di Kato

Cherry On Top Membawa Rock Progresif ke Arus Perdana dengan Lagu Ketagih

Blues Gang Merayakan Lima Dekad dalam Konsert Solo Berprestij di Zepp KL

50 Tahun Blues Gang Bakal Membawa Semangat Blues & Rock di Konsert Apo Nak Dikato Di Zepp KL 9 Ogos

Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati

Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'

Bergabung dalam Nostalgia 'CONCERT UK’SLAM MUSICAL'

Melodi Gabungan UK's dan SLAM yang Menghadirkan Keunikan Musikal di STADIUM MALAWATI pada 3 FEBRUARI

UK’s dan Slam Bersatu Dalam Konsert Terbesar Di Stadium Malawati Pada 3 Feb 2024

Gema Nostalgia Bersama SWEET CHARITY Semalam Di Malaya Pada 26 Januari Di Zepp KL

Pelancaran Program Realiti TV Pentas Marhaban: Dakwah Melalui Seni Suara dalam Islam

Perjalanan Menuju Konsert 'Tujuh Vibrato Gitar' Pada 3 November Di Zepp KL

25 Tahun Mengukir Kenangan Dalam Konsert Istimewa Lah Ahmad di Istana Budaya

KONSERT/TEATER/GIG

Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati

Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'

JAMAL ABDILLAH Dan M. NASIR Memaparkan Penghibur Sebenar

Persembahan Hebat Dalam The Best Of Joe

Persembahan Unik Oleh PITAHATI Di DPAC

Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN

Superstar ANGELA ZHANG Memukau Peminat

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Lagu Terbaik Dan Persembahan Hebat Di Konsert 3 Suara

Konsert Cinta NADIRA ADNAN Mempesona Peminat

Konsert Ulangtahun Yang Penuh Kenangan Daripada SHEILA ON 7

Gema Wirama Wings Menerjah Padang B Plaza Angsana

Malam Kalimah Cinta Yang Persona Daripada OPICK

Lebih 2000 Peminat Banjiri Konsert "Retrofest Asia 2015"

Ritma SEARCH Menerawang Di Hard Rock Cafe Melaka

Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik

Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD

"Konsert Wings 30 Tahun", Johor Bakal Di Jajah

Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.