Kedatangan 2 kumpulan Amerika iaitu We The King dan juga We Are In The Crowd begitu amat ditunggu-tunggu oleh para peminat mereka di Malaysia , sedia untuk rocking bersama-sama . Headliner We The King adalah kumpulan yang telah mencorak muzik menjadi pujaan para remaja , album pertama yang bertajuk “We The King” meletup dipasaran dan seterusnya melanda Malaysia pada tahun 2007 , ia adalah debut album yang benar-benar memperkenalkan We The King ke pasaran antarabangsa .
Konsert yang dianjurkan oleh Talent Harvest Sdn Bhd turut mengundang kumpulan tempatan sebagai opening iaitu Bunkface , Kyoto Protocol dan Oh Chentaku . Kedatangan dengan majoriti ialah peminat remaja bagaikan diduga .Konsert yang bermula lebih kurang dalam 8 malam dibuka oleh kumpulan terkenal tanahair iaitu Bunkface , mereka memberikan showmanship yang begitu mantap ditambah lagi dengan lagu-lagu mereka yang telah popular , vokalis Sam dengan suara dan vocal yang cukup lantang berjaya membuat peminat untuk bergembira bersama-sama , Bunkface benar-benar “memanaskan badan” penonton yang ada , mempersembahkan beberapa buah lagu yang telah popular antaranya “Silly Lilly” , “More” , “Panik” dan juga lagu cover daripada kumpulan Queen “We Will Rock You” .
Meneruskan persembahan ialah Kyoto Protocol kumpulan yang integrasi dengan pelbagai sound pada permulaan lagu , terus memukau peminat dengan muzik rock mereka , mereka adalah kumpulan yang boleh dikira telah lama , dengan album pertama dikeluarkan pada tahun 2011 yang bertajuk “An Album” . Memainkan beberapa buah lagu antaranya single popular mereka “Pussycat Doll” dan “Gimme Nothing” ,dengan music rock yang penuh pelbagai dan vocal yang unik Kyoto Protocol mampu menarik minat kepada sesapa yang tidak pernah mendengar lagu mereka sebelum ini.
OhChentaku mengambil tempat persembahan malam itu , mereka mula mencipta nama sejak di scene indie lagi , dengan pelbagai pengiktirafan , OhChentaku membuktikan kejayaan yang besar untuk mereka , dengan line-up yang menambah seorang DJ pada malam itu , mereka mula menambah muzik yang menjadi kegilaan para remaja sekarang iaitu Dub Step dengan muzik yang mereka ada sekarang ini , ia bagaikan satu perkara yang menyakitkan telinga kepada yang tidak pernah mendengar Dub Step. Namun sebagaimana sebelum ini OhChentaku mula mengorak langkah dengan gabungan muzik tersebut , ia adalah gabungan antara muzik chorus yang catchy dan elektronik . Tidak perlu memperkenalkan lagu mereka dan ia tentunya membuka mata kepada yang pertama kali melihat OhChentaku !
Secara keseluruhan kumpulan tempatan membuktikan mereka berada pada kelas yang tersendiri bukan sahaja daripada persembahan yang mantap tapi barisan-barisan lagu yang begitu kuat untuk menunjukkan kemampuan mereka dalam industri muzik .
Selepas itu, We Are In The Crowd mula mengambil tempat dengan duo vokalis, disamping vokalis wanita mereka iaitu Taylor Jardine yang agak cilik namun memberikan persembahan yang bertenaga , We Are In The Crowd memainkan muzik pop punk , memulakan persembahan dengan lagu “Rumour Mill” dan meneruskan dengan “Exits & Enterances” , "This Isn't Goodbye, It's BRB" dan “On Your Own” merupakan lagu-lagu daripada album terbaru mereka pada 2011 , menyambung set ialah “The Worst Thing About Me” dan “Kiss Me Again” serta lagu “For The Win” . Lagipun kedatangan We Are In The Crowd sebenarnya dalam rangka tour seluruh dunia untuk album mereka “Best Intentions” , begitupun para peminat kelihatan agak gembira dapat melihat kumpulan yang diminati didepan mata , malah ia berterusan apabila We Are In The Crowd mula memainkan lagu-lagu yang telah menaikkan nama mereka semenjak dizaman My Space lagi antaranya "Never Be What You Want" , "Lights Out" dan menutup dengan lagu "Both Sides Of The Story" .
Headliner pada malam itu We The King diumumkan akan mengambil alih pentas , namun kelihatan krew-krew sedang sibuk menukar monitor sistem dan melakukan sound-check , sayang sekali mereka mengambil masa hampir satu jam untuk melakukan semua itu dan set We The King terpaksa dipendekkan kerana kesuntukkan masa , mereka membuka dengan lagu “She Takes Me High” dan “Sky Way Avenue” , meneruskan dengan lagu yang amat ditunggu-tunggu oleh peminat setia mereka “Secret Valentines” . Dengan lebih 3 jam peminat setia We The King masih penuh tenaga untuk bersama-sama menjerit untuk kumpulan pujaan .We The King terus memukau para penonton dengan lagu-lagu mereka antaranya “We’ll Be A Dream” , “Heaven Can Wait” , “Say You Like Me” . Banyak lagu tidak dimainkan , We The King menamatkan persembahan pada jam 12 malam dengan lagu “The Middle” dan tentunya lagu mereka yang paling popular iaitu “Check Yes Juliet” .
Ia adalah malam yang penuh panjang , kumpulan-kumpulan tempatan dan antarabangsa berjaya mempersonakan para penonton , ia adalah show yang setaraf .
; | |
Ulangtahun 36 Tahun Cromok: Legenda Thrash Metal Malaysia Terus Menginspirasi
SHOWCASE EKSKLUSIF UK’s UP CLOSE AND PERSONAL DITUNDA KE TARIKH BAHARU
Konsert The Real Cromok Menampilkan Hillary Ang dan Man Keedal di Pentas yang Sama
Malam Intimasi Buat Para Pecinta: Julung Kali, Eksklusif dalam UK’s: Up Close and Personal
Nostalgia Blues Mengimbau Perjalanan Ikonik Blues Gang dalam Konsert Apo Nak Di Kato
Cherry On Top Membawa Rock Progresif ke Arus Perdana dengan Lagu Ketagih
Blues Gang Merayakan Lima Dekad dalam Konsert Solo Berprestij di Zepp KL
50 Tahun Blues Gang Bakal Membawa Semangat Blues & Rock di Konsert Apo Nak Dikato Di Zepp KL 9 Ogos
Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati
Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'
Melodi Gabungan UK's dan SLAM yang Menghadirkan Keunikan Musikal di STADIUM MALAWATI pada 3 FEBRUARI
UK’s dan Slam Bersatu Dalam Konsert Terbesar Di Stadium Malawati Pada 3 Feb 2024
Gema Nostalgia Bersama SWEET CHARITY Semalam Di Malaya Pada 26 Januari Di Zepp KL
Pelancaran Program Realiti TV Pentas Marhaban: Dakwah Melalui Seni Suara dalam Islam
Perjalanan Menuju Konsert 'Tujuh Vibrato Gitar' Pada 3 November Di Zepp KL
25 Tahun Mengukir Kenangan Dalam Konsert Istimewa Lah Ahmad di Istana Budaya
Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati
Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'
Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN
Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang
Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik
Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD
Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati
WWW.RAWK.COM.MY
ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.
With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.
Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my
MANAGEMENT
CONTACT
WEB DESIGN
Piko Fairuz [RAWK Entertainment]
PENAFIAN
Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini
HAK CIPTA TERPELIHARA
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.