MAY 25th Anniversary Live In Singapore @ Kallang Theater

22 May 2012 23:56

Ulasan: Aniz Kin
Gambar: UmairahYasir (Mai’s Photography)

 

MAY 25 Anniversary In Singapore

MAY 25 Anniversary In Singapore MAY 25 Anniversary In Singapore
MAY 25 Anniversary In Singapore MAY 25 Anniversary In Singapore

Konsert ulang tahun kumpulan MAY yang ke-25 telah berlangsung di Singapura pada hari Sabtu, 19 Mei 2012 yang lalu bertempat di Kallang Theatre. Ianya telah berlangsung selama tiga jam mulai 8 malam. Persembahan di Singapura dikatakan adalah Konsert terakhir dalam siri perayaan ulang tahun MAY yang ke-25 ujar vokalis Mus ketika pihak media kami menemuramah beliau bersama kumpulan MAY sebelum acara malam itu bermula. Setinggi penghargaan kami buat pihak penganjur iaitu Green Media kerana telah mengatur sesi temubual tersebut.

MAY telah tiba di Kota Singa sehari sebelum konsert tersebut untuk membuat persiapan awal. Menerusi temubual tersebut juga, kami diberitahu bahawa MAY tiada perancangan seterusnya untuk membuat sebarang album baru kerana menurut mereka ini bukan zaman “scene”membuat album akan tetapi jikalau ada projek single, kemungkinan besar MAY akan menerbitkannya. Untuk acara-acara akan datang MAYtidak akan menggunakan tajuk "May 25th Anniversary" lagi. Pemain bass iaitu Yus akui bahawa mereka akan terus bersama anggota-anggota asli tersebut selagi hayat dikandung badan. Pemain drums, Man pula menjelaskan bahawasanya beliau cukup puas hati dengan pencapaian MAY selama ini.

Konsert ulang tahun MAY tersebut telah dianjurkan oleh Green Media, dan ditaja oleh Limosin rasmi iaitu Presidential Limousine Pte Ltd dan BZY Limousine Services. Caférasmi pula merupakan Kampung Glam Café sementara jurugambar rasmi pula adalah alittleplaylifestyle photography. Radio Station rasmi seperti lazimnya bagi konsert-konsert Melayu di Singapura adalah RIA89.7FM, sebuah stesen Mediacorp. SMC Production Pte Ltd. pula bertindak selaku pembekal rasmi system bunyi pada malam itu.

Sebelum itu, seawall 6:15 petang, Green Media telah mengaturkan sesi meet-n-greet  MAY bersama peminat-peminat mereka. Sesi tersebut dibuka bagi 50 pembeli-pembeli pertama tiket berharga $88. Antara para peminat ada yang membawa barangan lama MAY dari koleksi vinyl, kaset dan cakera padat serta ada juga yang membawa gitar untuk mendapatkan tandatangan dari anggota-anggota kumpulan MAY. Ada seorang peminat dilihat telah meminta MAY menurunkan autograf pada kemeja-T'nya kerana tidak membawa apa-apa barangan bersamanya!

MAY 25 Anniversary In Singapore MAY 25 Anniversary In Singapore
MAY 25 Anniversary In Singapore MAY 25 Anniversary In Singapore

Peminat-peminat kumpulan MAY memenuhi lebih kurang setengah ruang Kallang Theatre pada malam itu, anggaran dalam 750 penonton telah hadir untuk menyaksikan satu sejarah yang indah menyaksikan konsert solo pertama kumpulan MAY di Singapura. AURAS, salah satu kugiran yang mewakili Singapura juga turut diundang oleh penganjur untuk membuat persembahan pembuka acara. Tepat pada 8:00malam, Puan Noor Azimah Jaafar selaku pengurus artis bagi pihak Green Media, turut bertindak selaku pengacara pada konsert tersebut dan telah memperkenalkan AURAS kepada para hadirin. AURAS dianggotai oleh pemuzik-pemuzik yang berpotensi seperti finalis dalam persaingan pertandingan Anugerah iaitu Wawan selaku penyanyi utama, pemain gitar yang dikenali ramai di Singapura iaitu Aliff, pemain gitar berpengalaman Nazree Amin, pemain drum Franz yang juga dikenali di Singapura dan Malaysia, sementara pemain bass Andiz yang berpotensi besar kini menggantikan tempat pemain bass asal Auras iaitu Buggy dari kumpulan Helven. AURAS turut menggunakan pemain keyboard undangan mereka iaitu Theophilus. AURAS telah membuka tirai dengan petikkan instrumental gitar solo oleh Nazree Amin, diikuti pula dengan penampilan Aliff dengan gitar canggihnya yang berlampu menerangi suasana pentas yang agak gelap ketika itu. AURAS mempersembahkan lagu-lagu asli mereka seperti “Arjuna”, “Misteri Rasa” dan single terbaru Terimalah.Mereka mengakhiri persembahan dengan lagu yang kini berada di Carta Hits Ria di stesen RIA89.7FM, iaitu single terbaru Wawan“Diriku Dirimu”,dimainkan dalam versi sebuah band. Keseluruhan, AURAS mengambil masa persembahan selama 45 minit sebelum acara sebenar yang dinanti-nantikan berlangsung, iaitu kemunculan MAY di atas pentas.

Sementara menantikan kumpulan MAY beraksi, klip video rakaman wawancara MAY dipaparkan di skrin besar pentas Kallang Theatre selama 10 minit. Kemudian, lampu pada teater mula dimalapkan, kedengaran pula klip bunyian suara bayi menangis diputarkan diiringi dengan klip video yang suspen dan misteri di skrin. Genap jam 9 malam, suluhan neon dipancarkan kearah pemain gitar MAY, Abu yang memulakan alunan gitar solo beliau. Penampilan Abu dengan gitar “dirty yellow flying V” itu mendapat sambutan hangat sekali oleh penonton yang kini ghairah menanti penampilan anggota-anggota MAY yang lain.Man selaku pemain drums diikuti Yus selaku pemain bass memenuhi pentas dan akhir sekali penyanyi utama Mus muncul di hujung pentas. Mus terus turun kearah penonton di bawah bahagian tengah pentas dan mula menyanyikan dengan lagu pembukaan “Hakikat Perjuangan”. Dengan suara yang lantang, penuh semangat Mus menyambung pula lagu “Penghuni Kota” dan kembali di atas pentas. Mus kemudiannya berinteraksi bersama penonton sambil meneruskan lagu ketiganya“Strategi”dan suasana dihangatkan lagi dengan impak berat dan keras pada lagu seterusnya “Jiwa Karat”. Lagu yang mengujakan untuk“headbang”daripada para peminat MAY.

Walaupun sudah setengah jam beraksi, MAY masih terus mengekalkan prestasi mereka di atas pentas dengan membawakan lagu “Dari Kacamata”.Sambutan dari penonton seluruh teater terhadapMus dan rakan-rakan beliau dengan begitu meriah sekali. Penonton di bahagian bawah bukan hanya berduduk diam, tapi ada yang berdiri sambil bertepuk tangan. Ternyata Mus memberi kepuasan yang tidak terhingga terhadap para penonton. Beliau kemudiannya berkomunikasi khas dengan peminat-peminat setia MAY dengan ucapanterimakasih  buat semua yang hadir dan juga kalungan kata-kata penghargaan untuk para penganjur, sementaraYus memetik bass solo selama3 minit. Lagu"Dari Kacamata"disambung kembali dan kelihatan ramai penonton ikut nyanyi bersama sewaktu chorus akhir. Lagu seterusnya, lagu yang telah dimuatkan di dalam May Live & Unplugged at Planet pada tahun 2005 di KL yang bertajuk “Siapa Kau?”diikuti pula lagu ketujuh mereka Nafas.Mus berehat seketika sambil memberi ucapan sekali lagi dengan mesej-mesej yang positif pada setiap dua buah lagu sbagai cara beliau berinteraksi dengan peminat-peminat MAY. Lagu kelapan yang dipersembahkan merupakan lagu yang telah mendapat sambutan hangat di Malaysia dan Singapura  iaitu “Mai Pen Rei”yang dipetik dari album kesebelas MAY berjudul “Sinar”. MAY terus membangkitkan semangat penonton dengan mesej penuh bermakna dari Mus - “Kerana anda lah kami masih berkarya”.Lagu yang menjadi siulan ramai dari awal tahun 1989 hingga kini, Grafiti menyusul membuatkan penonton terus bersorak.

Persembahan MAY direhatkan seketika untuk krew-krew menyiapkan pentas bagi kejutan selanjutnya iaitu persembakan Akustik tatkala jam menunjukkan malam semakin larut iaitu 10 malam.MAY kembali di atas pentas dengan penampilan seorang anak muda menjadi pemain gitar undangan.Putra dari kumpulan STARDUST bersama Mus, Yus dan Abu. Mereka berempat menyajikan 3 buah lagu, “Ku Dalam Dilema” dipetik dari album pertama MAY yang diterbit pada tahun 1988 bertajuk “Dilema”,“Sketsa Sebuah Cinta”dari album kompilasi “Juara Juara Rock”yang juga dimuatkan ke dalam album“Dilema” dan lagu “Sinar”dari album "The Best of May” terbitan 2002. Persembahan Akustik yang sungguh memukau! Masih kekal dengan persembahan Akustik, Man pemain drum kembali beraksi untuk lagu dari album"Rahsia" pada tahun 1990iaitu“Gadis Bertudung Putih”.

Setelah itu, Mus meminta penonton supaya mereka memberi setinggi penghargaan dengan tepukan gemuruh untuk Oney dan Yantzen yang sebelumnya melengkapkan kumpulan MAY selaku penyanyi mereka suatu ketika dahulu. Mus membawa lagu “Jemu” yang pernah dinyanyi oleh Oney dan “Wira Cyborg”yang pernah dinyanyi oleh Yantzen. Akustik live telah pun berakhir namun MAY masih lagi bertenaga di pentas dengan lagu-lagu seterusnya. Mus turut meminta supaya pemegang-pemegang tiket berharga S$58 yang berada di bahagian atas theater turun ke bahagian bawah untuk memenuhkan hadapan pentas. Keadaan bertukar kelihatan seperti Rock zaman 80’an. Penonton semua bergegas kehadapan, yang atas turun kebawah, mereka yang asalnya duduk di bahagian bawah pula tidak berlengah ke depan pentas. 2 lagu seterusnya yang disampaikan merupakan  “Sendiri” dan “Pelayaran” yang dipetik dari album May Live & Unplugged at Planet in KL.Lagu terakhir“Cintamu Mekar Dihati”dari album kedua “Hakikat” mendapat sing-a-long dari semua penonton. MAY Sekali lagi mengucapkan terimakasih  buat  semua, kali ini bersama anggota-anggota AURAS dan kakitangan Green Media, MD Encik Mohd Razif bin Hj Radi, Pengurus Konsert Marlinah Ahmad dan Pengurus Artis Noor Azimah Jaafar yang juga turut berada di pentas. Letupan konfeti mengakhiri persembahan MAY pada jam 11malam. Perancangan MAY mempersembahkan kombinasi 18 buah lagu hebat diakhiri tepat pada waktunya tanpa perlengahan pada program.

Menurut pengasas Green Media, Encik Razif yang selama ini telah menganjurkan 8 buah acarabagi kugiran-kugiran hanya dari Indonesia seperti PADI, WALI, ST12, RADJA dan yang terbaru GIGI pada akhir tahun lepas, kali ini Green Media membuka luas untuk aliran muzik secara terbuka dan membawa kugiran-kugiran dari Malaysia pula. Beliau begitu teruja untuk membawa muzik kearah sejagat dan ingin membina hubungan yang positif diantara negara-negara jiran, Singapura, Malaysia dan Indonesia. Anda boleh lungsuri lelaman web Green Media di www.green-media.sgatau menjadi pengikut mereka di facebook  http://www.facebook.com/pages/Green-Media

MAY 25 Anniversary In Singapore

MAY 25 Anniversary In Singapore MAY 25 Anniversary In Singapore
MAY 25 Anniversary In Singapore MAY 25 Anniversary In Singapore




TERBARU

Ulangtahun 36 Tahun Cromok: Legenda Thrash Metal Malaysia Terus Menginspirasi

SHOWCASE EKSKLUSIF UK’s UP CLOSE AND PERSONAL DITUNDA KE TARIKH BAHARU

Malam Amal Legends di Sabah 11 Legenda dan Bintang Bergabung untuk Kutipan Dana Kebajikan Persatuan Karyawan Malaysia

Konsert The Real Cromok Menampilkan Hillary Ang dan Man Keedal di Pentas yang Sama

Malam Ikonik BCL Di Konsert Farmasi Soundzation Dihangatkan Dengan Penampilan Sulung Ghea Indrawari Dan Elly Mazlein 30 November Ini!

Cromok Hangatkan Festival Muzik, Soulfest 2024 Dengan Persembahan Secara Unplugged, Buat Julung Kalinya

Malam Intimasi Buat Para Pecinta: Julung Kali, Eksklusif dalam UK’s: Up Close and Personal

Nostalgia Blues Mengimbau Perjalanan Ikonik Blues Gang dalam Konsert Apo Nak Di Kato

Cherry On Top Membawa Rock Progresif ke Arus Perdana dengan Lagu Ketagih

Blues Gang Merayakan Lima Dekad dalam Konsert Solo Berprestij di Zepp KL

50 Tahun Blues Gang Bakal Membawa Semangat Blues & Rock di Konsert Apo Nak Dikato Di Zepp KL 9 Ogos

Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati

Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'

Bergabung dalam Nostalgia 'CONCERT UK’SLAM MUSICAL'

Melodi Gabungan UK's dan SLAM yang Menghadirkan Keunikan Musikal di STADIUM MALAWATI pada 3 FEBRUARI

UK’s dan Slam Bersatu Dalam Konsert Terbesar Di Stadium Malawati Pada 3 Feb 2024

Gema Nostalgia Bersama SWEET CHARITY Semalam Di Malaya Pada 26 Januari Di Zepp KL

Pelancaran Program Realiti TV Pentas Marhaban: Dakwah Melalui Seni Suara dalam Islam

Perjalanan Menuju Konsert 'Tujuh Vibrato Gitar' Pada 3 November Di Zepp KL

25 Tahun Mengukir Kenangan Dalam Konsert Istimewa Lah Ahmad di Istana Budaya

KONSERT/TEATER/GIG

Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati

Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'

JAMAL ABDILLAH Dan M. NASIR Memaparkan Penghibur Sebenar

Persembahan Hebat Dalam The Best Of Joe

Persembahan Unik Oleh PITAHATI Di DPAC

Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN

Superstar ANGELA ZHANG Memukau Peminat

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Lagu Terbaik Dan Persembahan Hebat Di Konsert 3 Suara

Konsert Cinta NADIRA ADNAN Mempesona Peminat

Konsert Ulangtahun Yang Penuh Kenangan Daripada SHEILA ON 7

Gema Wirama Wings Menerjah Padang B Plaza Angsana

Malam Kalimah Cinta Yang Persona Daripada OPICK

Lebih 2000 Peminat Banjiri Konsert "Retrofest Asia 2015"

Ritma SEARCH Menerawang Di Hard Rock Cafe Melaka

Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik

Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD

"Konsert Wings 30 Tahun", Johor Bakal Di Jajah

Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.