Greyson Chance membuktikan penyebaran seni melalui yotube sesuatu yang diluar jangkaan beliau sendiri, malah di Malaysia ia terus melanda untuk pemuzik bergiat dalam keadaan yang lebih ‘independent’ dalam menyerlahkan sifat artistic yang ada .Greyson Chance yang bagaikan mempunyai segala ‘pakej’ yang ada untuk seorang artis kini bergerak terus kehadapan dalam melakar karier sebagai penyanyi , kedatangan beliau kali ke-2 kali ini bukan seperti dahulu tapi dalam rangka jelajah asia .
Konsert yang bertempat di KL Live ini dibawakan oleh JS Concert , jelas kelihatan rata-rata peminat yang hadir adalah remaja awal belasan tahun dan dengan tarikh konsert pada hari kerja dan sekolah , Greyson Chance terus menarik lebih 1800 peminat mengkerumuni KL Live . Beliau yang muncul pada pukul 8.45 bergaya dengan jaket askar dengan patches bendera Malaysia dibelakang dan lengan , penampilan yang sangat berkesan sebenarnya . Dalam jeritan peminat beliau yang yang memekikan , lagu pembuka “Unfriend You” merasmikan konsert yang paling ditunggu-tunggu oleh peminat-peminat kecil ini , ia adalah antara lagu single kedua beliau sebelum muncul dengan debut album . Mengikuti lagu-lagu lain ialah “Heart Like Stone” , “Light Up The Dark” dan tentunya lagu “Paparazi” yang memperkenalkan beliau kepada media antarabangsa , tentunya dimainkan disamping piano.
Antara lagu yang terus dimainkan pada malam itu ialah “Fire” , “Running Away” , “Little London Girl” , “Home Is In Your Eyes” dan lagu cover daripada Adele “Rolling In The Deep” . Greyson Chance yang kelihatan terlalu muda dalam bidang hiburan sebenarnya sangat matang dan tahu apa yang perlu dikatakan apabila peminat mula menjerit pada beliau apabila ingin memulakan sesebuah lagu. Konsert ini jelasnya sangat energetic , kehadiran remaja belasan tahun yang masih mempunyai suara yang nyaring membuatkan KL Live bukan sahaja bergema tapi memeritkan telinga tapi jelasnya semuanya dalam keadaaan yang seronok , lagu-lagu Greyson Chance juga bukanlah pop rock yang terlalu biasa ianya matang walaupun lirik-lirik beliau lebih berkisar kepada usia beliau sendiri namun kebanyakkan begitu sesuai untuk golongan peminat dewasa .
Greyson chance meneruskan lagi dengan lagu “Purplesky” , “Summertrain” dan “Cheyenne” . Beliau yang menampakkan wajah penuh puas hati dan mengungkapkanya apabila melihat kebanyakkan lagu-lagu beliau mampu dinyanyikan bersama-sama oleh semua peminat , betapa beliau sangat dikenali disini . Selepas itu beliau meneruskan dengan lagu cover “Pump up Kick” daripada Foster The People , tentunya lagu popular ini turut bergema dengan nyanyian peminat . Dengan konsert yang telah melebihi satu jam , Greyson Chance masih kelihatan penuh semangat , kekal berdiri dipentas dan tidak berasa letih untuk bersama-sama peminat yang tidak berhenti-henti menjerit , secara jujurnya saya melihat persembahan beliau sangat padat , beliau tahu apa yang perlu dilakukan , bagaikan seorang dewasa yang sudah lama dalam bidang ini . Lagu “Hold On Till The Night” dan “Waiting Outside The Lines” cuba mengakhiri persembahan malam itu . Tapi peminat-peminat kecil ini lebih bertenaga dan terus menjerit nama “Greyson Chance, Greyson Chance” mengatakan bahawa mereka inginkan lagi . Greyson Chance muncul lagi untuk tidak menghampakan dan mengakhiri dengan lagu “Take A Look At Me Now” , single terbaru beliau yang turut dimuatkan dalm album “Hold On 'til the Night” yang bagaikan disimpan untuk sesuatu seperti ini . Lagu yang penuh melodi ballad , Pengakhiran yang penuh kenangan .
Ulangtahun 36 Tahun Cromok: Legenda Thrash Metal Malaysia Terus Menginspirasi
SHOWCASE EKSKLUSIF UK’s UP CLOSE AND PERSONAL DITUNDA KE TARIKH BAHARU
Konsert The Real Cromok Menampilkan Hillary Ang dan Man Keedal di Pentas yang Sama
Malam Intimasi Buat Para Pecinta: Julung Kali, Eksklusif dalam UK’s: Up Close and Personal
Nostalgia Blues Mengimbau Perjalanan Ikonik Blues Gang dalam Konsert Apo Nak Di Kato
Cherry On Top Membawa Rock Progresif ke Arus Perdana dengan Lagu Ketagih
Blues Gang Merayakan Lima Dekad dalam Konsert Solo Berprestij di Zepp KL
50 Tahun Blues Gang Bakal Membawa Semangat Blues & Rock di Konsert Apo Nak Dikato Di Zepp KL 9 Ogos
Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati
Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'
Melodi Gabungan UK's dan SLAM yang Menghadirkan Keunikan Musikal di STADIUM MALAWATI pada 3 FEBRUARI
UK’s dan Slam Bersatu Dalam Konsert Terbesar Di Stadium Malawati Pada 3 Feb 2024
Gema Nostalgia Bersama SWEET CHARITY Semalam Di Malaya Pada 26 Januari Di Zepp KL
Pelancaran Program Realiti TV Pentas Marhaban: Dakwah Melalui Seni Suara dalam Islam
Perjalanan Menuju Konsert 'Tujuh Vibrato Gitar' Pada 3 November Di Zepp KL
25 Tahun Mengukir Kenangan Dalam Konsert Istimewa Lah Ahmad di Istana Budaya
Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati
Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'
Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN
Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang
Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik
Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD
Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati
WWW.RAWK.COM.MY
ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.
With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.
Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my
MANAGEMENT
CONTACT
WEB DESIGN
Piko Fairuz [RAWK Entertainment]
PENAFIAN
Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini
HAK CIPTA TERPELIHARA
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.