RUSTY BLADE Buktikan Erti Sebenar Lagenda

18 Apr 2012 22:32

RUSTY BLADE 01

TOYAK 03 WIWIK JULAIHA AND UNHOLY PROJECT 03
TOYAK 01 THE UNWANTED 01

Konsert Lagenda Rock Singapura telah berlangsung dengan berjayanya pada 15 April lalu bertempat di Kallang Theatre. Selain band-band yang terlibat yang kelihatannya memberikan persembahan lebih dari 100% pada malam tersebut, credit terbesar harus diberikan kepada pihak penganjur iaitu Chintabelle Go-Diva kerana usaha mereka dalam mengembalikan demam Rock di kalangan penggemar genre tersebut di Singapura. Sinonimnya Rock Melayu dengan Singapura sememangnya ada pada sejarah muzik itu sendiri dengan kumpulan-kumpulan seperti Sweet Charity, Kingdom In Rock mahupun The Unwanted terlebih dahulu mendominasi arena Rock serantauan pada era 70’an sebelum kegilaannya menular ke Malaysia pada pertengahan 80’an.

Melihat pada senarai band-band yang bakal beraksi ketika konsert tersebut diumumkan oleh penganjurnya Chintabelle Go-Diva beberapa bulan yang lalu, pastinya tumpuan umum adalah pada dua lagenda Rock Singapura – The Unwanted dan Rusty Blade. Dua nama gah yang tidak perlu diperkenalkan lagi kewibaan mereka. Dua band pembuka acara iaitu Toyak dan Wiwik Julaiha and Unholy Project juga bukan calang-calang band. Nama mereka mungkin baru, tetapi dibarisi oleh pemuzik-pemuzik berpengalaman. Toyak umpamanya, nama yang dicarik dari vokalisnya iaitu Man Toyak, bertahun sudah beliau melayari arena Rock di Singapura samada sebagai penyanyi solo mahupun bersama band-band beliau sebelum ini iaitu Tribe dan Cradle. Gitarisnya Aim pula masih juga aktif bersama band Thrash Metal dari Singapura iaitu Ossuary. Wiwik Julaiha and Unholy Project pula turut dibarisi bekas-bekas anggota Black Dog Bone, Rockers dan Varna.

Dua emcee pada malam itu iaitu Hamzah Adon dan Rafaat Hamzah menghidupkan acara dengan lawak jenaka dalam istilah Rocker-Rocker Singapura membuatkan mereka yang hadir tidak kering gusi dengan telatah mereka. Mereka tampil setiap kali sebelum band-band memulakan persembahan … selingan yang amat menghiburkan. Video backdrop yang digunakan di atas pentas pula nyata begitu menakjubkan. Ianya menguasai keseluruhan belakang serta kanan dan kiri pentas memaparkan klip-klip gambar menarik sepanjang sesebuah band itu beraksi.

Toyak membuka tirai Konsert Lagenda Rock Singapura pada 8.40 malam, memainkan lagu-lagu saduran kesemuanya. “Serigala Segalanya”(Search), “Billie Jean”(Michael Jackson) dan “Seruan”(Lefthanded) disampaikan dalam versi mereka sendiri yang berat. Mutu vokal Man Toyak yang lantang dan baik kawalannya menjadi rencah utama persembahan Toyak. Band 5-piece tersebut,saya akui adalah yang paling kemas permainan mereka pada malam itu. Dari perbualan ringkas bersama salah seorang anggotanya, dapat dimaklum bahawa Toyak merupakan satu band yang serius dan bukan sekadar satu projek sampingan. Kini, yang dinantikan adalah komposisi mereka sendiri dalam bentuk sebuah rakaman. Pastinya satu band yang berpotensi untuk pergi jauh lagi dalam dunia Rock tempatan yang penuh cabaran ini.

Wiwik Julaiha and Unholy Project pula mengambil alih pentas, membawakan lagu-lagu saduran juga antaranya “Beraksi” (Kotak), “Kesal” (Ella), “Ares Lament” (Loudness) dan “Bintang Kehidupan”(Nike Ardilla). Hampir keseluruhan originaliti lagu-lagu tersebut dikekalkan dengan perubahan yang agak minimal. Rock yang agak sederhana, tidak terlalu berat dan tidak juga mendayu. Persembahan mereka tampak simple , walaupun tiada apa yang boleh dikatakan gempak, namun menghiburkan. Mungkin disebabkan lagu-lagu yang dimainkan merupakan lagu-lagu yang pernah hit satu ketika dulu dan agak familiar buat penonton-penonton yang hadir. Seperkara yang menarik dapat dilihat adalah ketukkan drums Irman Masrom yang amat dirindui Rocker-Rocker tempatan yang pernah lihat penampilan beliau bersama kumpulan Rockers.

Giliran The Unwanted pula untuk menghiburkan para peminat mereka. Sememangnya nostalgik penampilan The Unwanted pada malam itu. Sudah begitu lama mereka tidak beraksi dan ianya merupakan penantian yang berbaloi bagi para peminat mereka. Rock komersil dari era awal 80’an bergema di Kallang Theatre. Hanafie Warren, walaupun sudah kelihatan agak berusia, namun masih sama suaranya seperti pada penglibatan awal beliau dalam arena muzik. Hebat! Satu perkataan sahaja yang dapat menggambarkan suara Hanafie… Peminat-Peminat turut sing-a-long pada balada-balada hit seperti “Penyesalan” dan “Terperangkap Dalam Sinaran”. Lain-lain lagu yang turut The Unwanted persembahkan termasuk “Nasi Lemak Kopi Susu”, “Pedoman”, “Mawar Idaman” dan “Sampai Bila”. Paling istimewa adalah lagu “Tom Sawyer” yang dipopularkan oleh Rush,  yang dimainkan hasil permintaan oleh para peminat. Lagu tersebut, seperti kata Hanafie Warren ketika sesi interviu media kami bersama The Unwanted selepas persembahan mereka, sama sekali tidak dirancang untuk dibawakan pada konsert tersebut. Rata-rata, persembahan The Unwanted begitu rapi dan bersahaja… berkat pengalaman yang ada.

Rusty Blade ! Pastinya band yang paling dinantikan ratusan yang hadir pada Konsert Lagenda Rock Singapura… Band yang sering mendapat jolokkan sebagai Iron Maiden Singapura itu terus menjajah dewan teater tersebut dengan kegarangan muzik mereka, irama berat yang menjadi trademark mereka selama ini. “Langsuir Liar” dimainkan dengan penuh tenaga lagikan agresif. Suara serak-nyaring J.Yantzen, diiringi petikkan serta goreng gitar(istilah Rockers) dari Khalid Mobin sememangnya dirindui para peminat mereka di Singapura. Man Karen hebat dengan dentuman bass beliau, pukulan padu drums dari Zan tetap mantap dan khas sekali penampilan Jemboo (Def-Gab-C) buat julung-julung kalinya bersama Rusty Blade selaku pemain gitar kedua menjadi satu lagi tarikan. Pada pertengahan lagu tersebut, Rusty Blade sempat menggunakan stage-prop. – jelmaan Langsuir di atas pentas !

“Wira” terus mencengkam dada dan menusuk halwa telinga para peminat Rusty Blade sebelum persembahan diperlahankan dengan “Tercipta Kasihku”. Lagu tersebut yang menjadi seakan antem balada bagi Rusty Blade dan pernah menduduki carta-carta lagu hit di Malaysia suatu ketika dulu, dinyanyikan bersama oleh para peminat mereka. “Ali Baba”, “PLO” dan “Tiada Lagi Aku” menjadi lagu-lagu yang senikatanya turut tersedia melekat pada bibir peminat Rusty Blade. Walaupun sering diganggu masalah teknikal pada sistem bunyi yang disediakan, Rusty Blade tetap meneruskan persembahan demi peminat-peminat mereka. “Pertama Dan Terakhir”, sebuah lagi balada evergreen yang masih diputarkan di corong-corong radio di Malaysiadisampaikan dengan penuh penghayatan oleh J.Yantzen. “Ikrar Perwira” melabuhkan tirai Konsert Lagenda Rock Singapura. Sesuai dengan nama konsert tersebut, para penonton pastinya baru sahaja memahami maksud lagenda yang sebenar – Rusty Blade !

RUSTY BLADE 06 RUSTY BLADE 05
RUSTY BLADE 10 RUSTY BLADE 07
RUSTY BLADE 08 RUSTY BLADE 01
RUSTY BLADE 09 RUSTY BLADE 03
RUSTY BLADE 02 RUSTY BLADE 04
THE UNWANTED 03 THE UNWANTED 04
THE UNWANTED 02 THE UNWANTED 01
WIWIK JULAIHA AND UNHOLY PROJECT 03 WIWIK JULAIHA AND UNHOLY PROJECT 02
WIWIK JULAIHA AND UNHOLY PROJECT 01 TOYAK 02
TOYAK 03 TOYAK 01




TERBARU

Ulangtahun 36 Tahun Cromok: Legenda Thrash Metal Malaysia Terus Menginspirasi

SHOWCASE EKSKLUSIF UK’s UP CLOSE AND PERSONAL DITUNDA KE TARIKH BAHARU

Malam Amal Legends di Sabah 11 Legenda dan Bintang Bergabung untuk Kutipan Dana Kebajikan Persatuan Karyawan Malaysia

Konsert The Real Cromok Menampilkan Hillary Ang dan Man Keedal di Pentas yang Sama

Malam Ikonik BCL Di Konsert Farmasi Soundzation Dihangatkan Dengan Penampilan Sulung Ghea Indrawari Dan Elly Mazlein 30 November Ini!

Cromok Hangatkan Festival Muzik, Soulfest 2024 Dengan Persembahan Secara Unplugged, Buat Julung Kalinya

Malam Intimasi Buat Para Pecinta: Julung Kali, Eksklusif dalam UK’s: Up Close and Personal

Nostalgia Blues Mengimbau Perjalanan Ikonik Blues Gang dalam Konsert Apo Nak Di Kato

Cherry On Top Membawa Rock Progresif ke Arus Perdana dengan Lagu Ketagih

Blues Gang Merayakan Lima Dekad dalam Konsert Solo Berprestij di Zepp KL

50 Tahun Blues Gang Bakal Membawa Semangat Blues & Rock di Konsert Apo Nak Dikato Di Zepp KL 9 Ogos

Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati

Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'

Bergabung dalam Nostalgia 'CONCERT UK’SLAM MUSICAL'

Melodi Gabungan UK's dan SLAM yang Menghadirkan Keunikan Musikal di STADIUM MALAWATI pada 3 FEBRUARI

UK’s dan Slam Bersatu Dalam Konsert Terbesar Di Stadium Malawati Pada 3 Feb 2024

Gema Nostalgia Bersama SWEET CHARITY Semalam Di Malaya Pada 26 Januari Di Zepp KL

Pelancaran Program Realiti TV Pentas Marhaban: Dakwah Melalui Seni Suara dalam Islam

Perjalanan Menuju Konsert 'Tujuh Vibrato Gitar' Pada 3 November Di Zepp KL

25 Tahun Mengukir Kenangan Dalam Konsert Istimewa Lah Ahmad di Istana Budaya

KONSERT/TEATER/GIG

Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati

Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'

JAMAL ABDILLAH Dan M. NASIR Memaparkan Penghibur Sebenar

Persembahan Hebat Dalam The Best Of Joe

Persembahan Unik Oleh PITAHATI Di DPAC

Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN

Superstar ANGELA ZHANG Memukau Peminat

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Lagu Terbaik Dan Persembahan Hebat Di Konsert 3 Suara

Konsert Cinta NADIRA ADNAN Mempesona Peminat

Konsert Ulangtahun Yang Penuh Kenangan Daripada SHEILA ON 7

Gema Wirama Wings Menerjah Padang B Plaza Angsana

Malam Kalimah Cinta Yang Persona Daripada OPICK

Lebih 2000 Peminat Banjiri Konsert "Retrofest Asia 2015"

Ritma SEARCH Menerawang Di Hard Rock Cafe Melaka

Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik

Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD

"Konsert Wings 30 Tahun", Johor Bakal Di Jajah

Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.