Dengan tidak mengambil serius , LMFAO adalah sangat menghiburkan walaupun penampilan mereka bagaikan satu parody , fesyen mereka sebenarnya boleh dikatakan amat tidak digemari jika mereka hanya seorang yang biasa tapi dengan lagu-lagu mereka yang menjadi anthem untuk setiap party dan menjadi nombor satu didunia mereka tetap dikritik oleh pengkritik fesyen di MTV . Namun buat 15000 ribu penonton yang melihat LMFAO di Surf Beach Sunway , Isnin lalu , ia adalah kenyataan kepada keseronokan . Tanpa Sky Blu , kemunculan Redfoo dan Party crew tetap amat dinanti-nantikan oleh para peminat yang hadir.
Konsert yang bermula pada jam 10 malam , telah memecahkan kepenatan peminat dalam masa menunggu mereka dengan lagu “Sorry For Party Rocking” yang mana peminat mula bersorak apabila lagu pembuka “Rock The Beat” membuka tirai . Redfoo muncul dengan trademark fesyen beliau . “Yeah Baby” tagline kegemaran Redfoo seringkali disebut dan tentunya kepada sesiapa yang mengikuti perkembangan konsert jelajah mereka dan sebagaimana ditempat yang telah disinggah , patung zebra juga telah dicampak ke penonton , menyemarakkan lagi party dengan lambaian tangan dan sorakan yang tanpa henti.
Beliau kelihatan amat bertenaga walaupun beberapa lagu dimainkan seperti “Get Crazy” , “Put That A$$ To Work” . Redfoo telah membuktikan kumpulan duo elektro/pop/dance LMFAO , yang kelihatan agak gila-gila namun keupayaan sebenar sebagai penghibur telah dibuktikan . Beliau juga seringkali berinteraksi dengan penonton , perkara yang amat jarang dilakukan mana-mana artis dalam konsert jelajah mereka , kegembiraan beliau bersama-sama peminat di Malaysia amat dirasakan penonton secara peribadi . Adrelin tidak berhenti setakat itu , dengan lagu “I Am Not A Whore” , lagu cover David Guetta , “Gettin’ Over You” dan turut memainkan lagu cover The Black Eyes Peas iaitu “Boom Boom Pow” terus membuatkan party ini semakin hangat.
Skill Redfoo untuk menghibur peminat dan mengawal peminat telah membuatkan penonton tidak merasakankan sangat ketidakhadiran Sky Blu , beliau yang seringkali menyanyi dan menari tanpa henti sambil bergerak ke kiri dan kanan benar-benar bersama-sama rakan penari lain membuatkan penonton menari bersama . Tanpa berlengah lagu “Reminds Me Of You” meneruskan party malam itu . “Shots” yang popular dikelab-kelab tidak ketinggalan untuk dimainkan . Dan tentunya lagu “Party Rock Anthem” berkemundang sambil ramai penonton turut sama bershuffle , mereka meneruskan beberapa lagu popular “Sexy And I Know It” .
Ia adalah sebuah konsert yang hangat dan sentiasa bertenaga . Sebelum mengakhiri konsert di Malaysia ,Redfoo telah memainkan lagu menggunakan aplikasi Iphone beliau.. Konsert ini dipersembahkan khas oleh Samsung dan dengan penganjur JS Concert Production
Ulangtahun 36 Tahun Cromok: Legenda Thrash Metal Malaysia Terus Menginspirasi
SHOWCASE EKSKLUSIF UK’s UP CLOSE AND PERSONAL DITUNDA KE TARIKH BAHARU
Konsert The Real Cromok Menampilkan Hillary Ang dan Man Keedal di Pentas yang Sama
Malam Intimasi Buat Para Pecinta: Julung Kali, Eksklusif dalam UK’s: Up Close and Personal
Nostalgia Blues Mengimbau Perjalanan Ikonik Blues Gang dalam Konsert Apo Nak Di Kato
Cherry On Top Membawa Rock Progresif ke Arus Perdana dengan Lagu Ketagih
Blues Gang Merayakan Lima Dekad dalam Konsert Solo Berprestij di Zepp KL
50 Tahun Blues Gang Bakal Membawa Semangat Blues & Rock di Konsert Apo Nak Dikato Di Zepp KL 9 Ogos
Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati
Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'
Melodi Gabungan UK's dan SLAM yang Menghadirkan Keunikan Musikal di STADIUM MALAWATI pada 3 FEBRUARI
UK’s dan Slam Bersatu Dalam Konsert Terbesar Di Stadium Malawati Pada 3 Feb 2024
Gema Nostalgia Bersama SWEET CHARITY Semalam Di Malaya Pada 26 Januari Di Zepp KL
Pelancaran Program Realiti TV Pentas Marhaban: Dakwah Melalui Seni Suara dalam Islam
Perjalanan Menuju Konsert 'Tujuh Vibrato Gitar' Pada 3 November Di Zepp KL
25 Tahun Mengukir Kenangan Dalam Konsert Istimewa Lah Ahmad di Istana Budaya
Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati
Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'
Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN
Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang
Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik
Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD
Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati
WWW.RAWK.COM.MY
ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.
With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.
Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my
MANAGEMENT
CONTACT
WEB DESIGN
Piko Fairuz [RAWK Entertainment]
PENAFIAN
Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini
HAK CIPTA TERPELIHARA
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.