EVANESCENCE Gegar KL Life

Oleh : nazghoul
24 Feb 2012 10:40

Evanescence Live In Kuala LumpurKunjungan kumpulan yang terkenal dengan lagu Bring Me To Life ini adalah bersempena sesi jelajah album studio ketiga mereka yang berjudul “Evanescence” yang mula dipasarkan sejak Oktober tahun lalu.  Kumpulan Evanescence yang dibarisi oleh Amy Lee (vokal), Terry Balsamo (gitar), Troy McLawhorn (gitar), Tim McCord (bass, sythesizer) dan Will Hunt (dram) telah mengadakan konsert sulung mereka, “Evanescence Live in Malaysiadi KL Life, Kuala Lumpur pada 23 Feb yang lalu.

Setelah hampir lima tahun berehat biarpun mengalami krisis pertukaran anggota kumpulan. Namun mereka masih tetap terus bermain muzik malah setiap kali beraksi di pentas mereka masih menerima sorak-jerit-pekik histeria para peminat.

Evanescence Live In Kuala LumpurKumpulan rock dari Amerika Syarikat ini, memulakan persembahan sekitar jam 8.30 malam dilihat begitu teruja beraksi dihadapan lebih 3000 peminat fanatik mereka yang mula memenuhi segenap ruang di dalam KL Life apatah lagi ini adalah persembahan sulung mereka di Malaysia.

Evanescence mula menggegarkan pentas dengan lagu pertama mereka yang berjudul ‘What You Want’. Amy Lee selaku vokalis tampil stailo dengan gaun hitam diiringi teman-temannya, bijak mengambil kesempatan daripada lonjakkan adrenalin bertenaga fans. Lantaran menciptakan persembahan pembuka penuh pesona. Impresif, tanpa dipinta peminat yang hadir turut bernyanyi bersama beliau.

Evanescence Live In Kuala LumpurTanpa banyak bicara Amy dan rakan-rakannya meneruskan persembahan dengan lagu seterusnya yang berjudul Going Under’Weight Of The World’, disusuli The Other Side’, My Last Breath’ dan Made Of Stone.

Suasana yang sedari awalnya ‘tegang’ dengan persembahan yang bertenaga kini ditukarkan kepada suasana yang lebih romantic dengan muzik perlahan yang diabadikan melalui instrumen piano menampakkan keterampilan mereka sebagai sebuah kumpulan yang berpaksikan muzik gothic. Lagu-lagu Lost In Paradise,’ My Heart Is Brokendan‘Lithium’, memang bermula dengan tune yang membuai jiwa namun Evanescence pantas menyuntik mood head banging.

Evanescence Live In Kuala LumpurSwimming Home’, ‘Sick, Call Me When You’re Sober’,’ Imiginary, dan Bring Me To Life’, terus membuatkan para peminatnya tidak keruan. Mereka menyanyi bersama, mereka head banging bersama, ternyata penangan band yang pernah dinobat sebagai “Best Hard Rock Performance” di  anugerah Grammy'04 ini terlalu sukar untuk digugat.

Evanescence terus mendodoi para fanatikanya dengan lagu-lagu yang membuai perasaan namun kehebatan para pendukungnya memang terlalu sukar untuk ditandingi.  Persembahan yang mantap dengan ketukan Will Hunt selaku pemain drum. Tim McCord selaku bassis dilihat cukup bertenaga begitu juga dua gitaris, Terry Balsamo dan Troy McLawhorn yang tanpa mengenal erti kepenatan berselang seli memberikan persembahan bertenaga yang membuatkan para peminat tidak berganjak apatah lagi untuk terus ‘mematikan’ diri.  Inilah muzik garapan Evanescence yang kaya dengan rencah eksperimentasi goth –rock.

Evanescence Live In Kuala LumpurSetiap yang bermula pastinya akan berakhir, begitu jugalah dengan konsert “Evanescence Live in Malaysia”.  Sebelum melabuhkan tirai persembahan Evanescene yang mengkhayalkan peminatnya dengan lagu yang berjudul ‘Your Star’.  Tanpa mengalunkan ‘My Immortal’ mungkin persembahan mereka tidak lengkap dan sudah pastinya ianya bakal menyaksikan keresahan dari penonton yang hadir, lagu ‘berhantu’ itu nyata meninggalkan seribu nostalgia yang sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata untuk diterjemahkan , suara peminat dan kebingitan muzik sama-sama bergema di KL Live apabila lagu “My Immortal” dimainkan , lagu yang telah menaikkan nama Evanescence dengan debut album yang dijual lebih 17 juta unit , kejayaan sekelip mata buat mereka .

Sebelum ini, kumpulan yang ditubuhkan pada 1995 oleh Lee dan bekas pemain gitar Ben Moody di Little Rock, Arkansas ini pernah mengeluarkan dua album studio iaitu Fallen (2003) dan The Open Door (2006).

Ternyata pengaruh Evanescence di Malaysia masih kuat sehinggakan ramai yang mengeluh kerana masa yang diperuntukan untuk persembahan dirasakan terlalu singkat. Apa pun tahniah kepada pihak penganjur iaitu JS Concert diatas kelancaran konsert yang hebat ini.

Photo By : hazmiljapilus.com




TERBARU

Ulangtahun 36 Tahun Cromok: Legenda Thrash Metal Malaysia Terus Menginspirasi

SHOWCASE EKSKLUSIF UK’s UP CLOSE AND PERSONAL DITUNDA KE TARIKH BAHARU

Malam Amal Legends di Sabah 11 Legenda dan Bintang Bergabung untuk Kutipan Dana Kebajikan Persatuan Karyawan Malaysia

Konsert The Real Cromok Menampilkan Hillary Ang dan Man Keedal di Pentas yang Sama

Malam Ikonik BCL Di Konsert Farmasi Soundzation Dihangatkan Dengan Penampilan Sulung Ghea Indrawari Dan Elly Mazlein 30 November Ini!

Cromok Hangatkan Festival Muzik, Soulfest 2024 Dengan Persembahan Secara Unplugged, Buat Julung Kalinya

Malam Intimasi Buat Para Pecinta: Julung Kali, Eksklusif dalam UK’s: Up Close and Personal

Nostalgia Blues Mengimbau Perjalanan Ikonik Blues Gang dalam Konsert Apo Nak Di Kato

Cherry On Top Membawa Rock Progresif ke Arus Perdana dengan Lagu Ketagih

Blues Gang Merayakan Lima Dekad dalam Konsert Solo Berprestij di Zepp KL

50 Tahun Blues Gang Bakal Membawa Semangat Blues & Rock di Konsert Apo Nak Dikato Di Zepp KL 9 Ogos

Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati

Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'

Bergabung dalam Nostalgia 'CONCERT UK’SLAM MUSICAL'

Melodi Gabungan UK's dan SLAM yang Menghadirkan Keunikan Musikal di STADIUM MALAWATI pada 3 FEBRUARI

UK’s dan Slam Bersatu Dalam Konsert Terbesar Di Stadium Malawati Pada 3 Feb 2024

Gema Nostalgia Bersama SWEET CHARITY Semalam Di Malaya Pada 26 Januari Di Zepp KL

Pelancaran Program Realiti TV Pentas Marhaban: Dakwah Melalui Seni Suara dalam Islam

Perjalanan Menuju Konsert 'Tujuh Vibrato Gitar' Pada 3 November Di Zepp KL

25 Tahun Mengukir Kenangan Dalam Konsert Istimewa Lah Ahmad di Istana Budaya

KONSERT/TEATER/GIG

Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati

Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'

JAMAL ABDILLAH Dan M. NASIR Memaparkan Penghibur Sebenar

Persembahan Hebat Dalam The Best Of Joe

Persembahan Unik Oleh PITAHATI Di DPAC

Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN

Superstar ANGELA ZHANG Memukau Peminat

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Lagu Terbaik Dan Persembahan Hebat Di Konsert 3 Suara

Konsert Cinta NADIRA ADNAN Mempesona Peminat

Konsert Ulangtahun Yang Penuh Kenangan Daripada SHEILA ON 7

Gema Wirama Wings Menerjah Padang B Plaza Angsana

Malam Kalimah Cinta Yang Persona Daripada OPICK

Lebih 2000 Peminat Banjiri Konsert "Retrofest Asia 2015"

Ritma SEARCH Menerawang Di Hard Rock Cafe Melaka

Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik

Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD

"Konsert Wings 30 Tahun", Johor Bakal Di Jajah

Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.