Ini adalah konsert kedua Avril Lavigne di Malaysia . Penyanyi yang terus mencengkam para peminat dunia dengan setiap album yang dikeluarkan terus membuktikan kehebatan apabila kedatangan beliau pada 18 Februari lalu disambut oleh 14000 peminat Malaysia , apatah lagi konsert tour seluruh dunia yang bermula semenjak 2011 dalam mempromosi album terbaru beliau “Goodbye Lullaby” telah menjadikan Kuala Lumpur sebagai lokasi terakhir .
Stadium Merdeka bergema dengan sorakan ribuan peminat apabila Avril Lavigne muncul mempersembahkan lagu ‘Blackstar’ sebagai pembuka dan seterusnya ‘What The Hell’ , malah ‘Sk8ter Boi’ lagu beliau yang begitu popular dan dipetik daripada debut album yang terus melonjakkan nama beliau ke persada muzik dunia turut dimainkan .
Avril pada mulanya kelihatan agak kurang berinteraksi meneruskan beberapa lagu tanpa berlengah antaranya ‘He Wasn’t’ , ‘I Always Get What I Want’ , ‘Aline’ . Beliau yang kelihatan seperti agak letih dengan tour dunia dengan kurangnya kelincahan diatas pentas namun tetap dapat memukau para peminat di Stadium Merdeka. Dalam keadaan hujan renyai dan becak di padang , para peminat seakan tidak melepaskan peluang untuk bergembira bersama-sama penyanyi pujaan mereka , hingga ramai yang turut sing-along bersama-sama beliau .
Sebuah konsert yang merangkumi lagu-lagu daripada 4 album beliau , membuatkan para peminat sentiasa mengenang bagaimana Avril Lavigne berdiri seperti hari ini dengan lagu-lagu yang energetik dan ‘fun’ , beliau sememangnya menjadi pujaan ramai peminat remaja.
16 buah lagu menjadi saksi kehebatan Avril , Lagu “Complicated” mengakhiri malam yang panas dan penuh bersesak , secara keseluruhan peminat Avril Lavigne berpuas hati “Konsert Black Tour Star” yang dibawakan khas oleh Tunetalk dan JS Concert.
Ulangtahun 36 Tahun Cromok: Legenda Thrash Metal Malaysia Terus Menginspirasi
SHOWCASE EKSKLUSIF UK’s UP CLOSE AND PERSONAL DITUNDA KE TARIKH BAHARU
Konsert The Real Cromok Menampilkan Hillary Ang dan Man Keedal di Pentas yang Sama
Malam Intimasi Buat Para Pecinta: Julung Kali, Eksklusif dalam UK’s: Up Close and Personal
Nostalgia Blues Mengimbau Perjalanan Ikonik Blues Gang dalam Konsert Apo Nak Di Kato
Cherry On Top Membawa Rock Progresif ke Arus Perdana dengan Lagu Ketagih
Blues Gang Merayakan Lima Dekad dalam Konsert Solo Berprestij di Zepp KL
50 Tahun Blues Gang Bakal Membawa Semangat Blues & Rock di Konsert Apo Nak Dikato Di Zepp KL 9 Ogos
Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati
Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'
Melodi Gabungan UK's dan SLAM yang Menghadirkan Keunikan Musikal di STADIUM MALAWATI pada 3 FEBRUARI
UK’s dan Slam Bersatu Dalam Konsert Terbesar Di Stadium Malawati Pada 3 Feb 2024
Gema Nostalgia Bersama SWEET CHARITY Semalam Di Malaya Pada 26 Januari Di Zepp KL
Pelancaran Program Realiti TV Pentas Marhaban: Dakwah Melalui Seni Suara dalam Islam
Perjalanan Menuju Konsert 'Tujuh Vibrato Gitar' Pada 3 November Di Zepp KL
25 Tahun Mengukir Kenangan Dalam Konsert Istimewa Lah Ahmad di Istana Budaya
Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati
Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'
Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN
Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang
Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik
Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD
Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati
WWW.RAWK.COM.MY
ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.
With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.
Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my
MANAGEMENT
CONTACT
WEB DESIGN
Piko Fairuz [RAWK Entertainment]
PENAFIAN
Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini
HAK CIPTA TERPELIHARA
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.