Kewujudan semula kumpulan-kumpulan rock yang pernah mewarnai industri hiburan tempatan pastinya menjadi igauan buat semua penggemar wirama tersebut, apatah lagi generasi yang membesar dengan lagu-lagu mendayu karyaan mereka. Saban hari lagu-lagu ‘berhantu’ mereka mula menjajah minda peminat-peminat baru yang sudah pasti tidak mengenali apatah lagi menyaksikan kehebatan mereka beraksi dipentas. Berinspirasikan semangat serta iltizam yang jitu maka terlalu ramai promoter yang ingin merialisasikan impian peminat generasi baru dan lama demi memastikan ‘kembalinya’ aura rock yang sekian lama menjajah minda.
Informasi mengenai penggabungan semula anggota-angota kumpulan rock sudah lama kedengaran, namun untuk menyaksikannya dalam sebuah konsert yang berskala besar belum pernah direalisasikan. Salah sebuah syarikat iaitu G&G Prima Internation bakal mengadakan sebuah konsert yang menampilkan kumpulan GERSANG,
Gersang merupakan salah sebuah kumpulan yang diasaskan di Johor, ianya telah ditubuhkan pada tahun 1981. Nama Gersang mula meniti bibir penggemar muzik rock setelah mereka tampil dengan album pertama yang menggunakan nama “Gersang” sebagai judul album. Album yang telah diriliskan pada tahun 1988 itu telah mempertaruhkan lagu ‘Masih Aku Terasa’ yang terus menjadi hits sehingga kini. Kumpulan Gersang dianggotai oleh Man Bai – Vokalis, Man Greng - Bass Gitar, Jojet –Dram, Acis – Keyboard, Kid – Gitar dan Ajib – Gitar terus menjadi sebutan para penggemar muzik rock ketika itu. Setelah kejayaan album pertama, mereka terus tampil dengan album kedua yang berjudul “Takdir” yang telah diriliskan pada tahun 1988. Album “B29” adalah album terakhir dari Gersang, album ini diriliskan pada tahun 1989.
Kumpulan Gersang kemudiannya memasuki Juara Lagu '89dan diurus oleh komposer Rahim Othman di bawah syarikat Rahim Othman Production (
Kumpulan Slam juga telah ditubuhkan di negeri Johor pada tahun 1993,ianya dibarisi oleh Shah Nizam Abd Halim - Gitar elektrik & Gitar Akoustik , Zamani Ibrahim – Vokalis, Nor Azli Masrani - Bass , Eddie Ahmad - Keyboard , Programmer & percussion , Abd Razak Bajuri - Second Gitar dan Osman Khalid – Drummer. Slam tampil dengan 4 buah album iaitu “Slam” (1993), “Kesan Terbukti” (1995), “Kembali Merindu” (1996) dan “Dalam Harapan” (1998). Terlalu banyak pencapaian yang telah dikecapi oleh Slam disepanjang mereka bergelar artis rakaman.
Kumpulan Exists juga merupakan salah sebuah kumpulan yang telah ditubuhkan di negeri Johor, Kumpulan yang dianggotai oleh 4 orang anggota ini telah ditubuhkan sekitar tahun 1991 telah dianggotai olehMamat (vokalis,), Shah (guitar), Along (guitar ke-2), Musa (bass), Ajai (keyboard) dan Ujang (drum).
Album pertama mereka yang berjudul “Exists” telah diriliskan pada tahun 1991 di bawah Syarikat rakaman JOJO's Production yang berpusat di Johor Bahru. Album mereka yang pertama ini telah melonjakkan nama mereka di persada muzik tanah air apabila lagu 'Untukmu Ibu' berjaya mencuri hati peminat. Album ini juga telah mencatatkan jualan yang membanggakan dengan 250,000 unit.
Exists kemudiannya muncul dengan album kedua yang berjudul “Anugerah”, album ini telah diriliskan pada tahun 1993. Keluar masuk anggota adalah lumrah bagi mereka yang bergelar kumpulan, lantaran itu Shah telah menarik diri untuk terus bersama dengan Exist. Album “Diammu Gunung Berapi” (1995) telah memberikan impak kepada Exist apabila Ezad telah menggantikan tempat Mamat selaku vokalis.
Semasa album “Jangan Gentar” (1997), Exist telah menukarkan nama kepada EXISTS dimana telah menambahkan huruf S dibelakang Exist. Seterusnya mereka terus tampil dengan beberapa album lagi antaranya ialah “Mutan” (1998), “ADA”(2001), “Seperti Dulu” (2003) dan “Paragon” (2004).
Manakala Kumpulan Mega merupakan antara kumpulan rock, yang cukup gah di awal tahun 90an dimana ketika itu lagu mereka yang berjudul ‘Sekuntum Bunga Sakura Di Gurun Sahara’ telah melonjakkan nama mereka dalam arena rock tempatan. Lagu nyanyian Zarith it uterus menjadi siulan sehingga kini. Zarith, Rahmad, Sam, Adi dan Munir adalah antara tenaga ‘kuat’ yang telah menaikkan nama Mega. Album pertama mereka yang berudul “Mega” telah diterbitkan pada tahun 1990, “Rentak Kaki Lima” pula telah diterbitkan pada tahun 1993 dimana mereka menggunakan Rahmad (Ekamatra) sebagai vokalis. Album “Kita” (1994), Album “Ilustrasi” (1991),album “Megalomania” (1996) dan album “Potret” pula telah diterbitkan pada tahun 2001 selepas itu mereka membawa haluan masing-masing.
Bersandarkan kepada populariti yang dimiliki oleh keempat-empat kumpulan ini iaitu Gersang, Mega, Exists dan Slam, pihak penganjur mensasarkan penggemar muzik rock tempatan sebagai sasaran utama selain generasi baru. Harga-harga tiket yang bakal ditawarkan nanti adalah cukup ‘mesra peminat’. Sebarang informasi terkini pasti kami kongsikan bersama anda di www.meportal.net
The Real Cromok: Konsert yang Menghidupkan Jiwa dan Nostalgia
Paling Hangat, 3 Band Rock Dari 2 Negara Di 1 Pentas, ROXtheNATION
Ulangtahun 36 Tahun Cromok: Legenda Thrash Metal Malaysia Terus Menginspirasi
SHOWCASE EKSKLUSIF UK’s UP CLOSE AND PERSONAL DITUNDA KE TARIKH BAHARU
Konsert The Real Cromok Menampilkan Hillary Ang dan Man Keedal di Pentas yang Sama
Malam Intimasi Buat Para Pecinta: Julung Kali, Eksklusif dalam UK’s: Up Close and Personal
Nostalgia Blues Mengimbau Perjalanan Ikonik Blues Gang dalam Konsert Apo Nak Di Kato
Cherry On Top Membawa Rock Progresif ke Arus Perdana dengan Lagu Ketagih
Blues Gang Merayakan Lima Dekad dalam Konsert Solo Berprestij di Zepp KL
50 Tahun Blues Gang Bakal Membawa Semangat Blues & Rock di Konsert Apo Nak Dikato Di Zepp KL 9 Ogos
Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati
Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'
Melodi Gabungan UK's dan SLAM yang Menghadirkan Keunikan Musikal di STADIUM MALAWATI pada 3 FEBRUARI
UK’s dan Slam Bersatu Dalam Konsert Terbesar Di Stadium Malawati Pada 3 Feb 2024
Gema Nostalgia Bersama SWEET CHARITY Semalam Di Malaya Pada 26 Januari Di Zepp KL
Pelancaran Program Realiti TV Pentas Marhaban: Dakwah Melalui Seni Suara dalam Islam
Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati
Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'
Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN
Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang
Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik
Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD
Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati
WWW.RAWK.COM.MY
ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.
With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.
Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my
MANAGEMENT
CONTACT
WEB DESIGN
Piko Fairuz [RAWK Entertainment]
PENAFIAN
Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini
HAK CIPTA TERPELIHARA
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.