Paling Hangat, 3 Band Rock Dari 2 Negara Di 1 Pentas, ROXtheNATION

06 Dec 2024 00:33

ROXtheNATION

Buat julung kalinya, menampilkan Waris, Barbarik dan EdanE yang dinaungi legendaris rock - Man Keedal, Jo Branko dan Eet Sjahranie - dalam sebuah persembahan spektakular pada 25 Januari 2025. 
 
Muzik rock terus utuh dengan kedatangan tahun 2025 diraikan menerusi konsert ROXtheNATION yang mempertemukan legenda rock, Man Keedal, Jo Branko dan Eet Sjahranie di satu pentas, buat pertama kalinya.
 
Dianjurkan oleh Menara Kuala Lumpur, konsert dijadual berlangsung di lokasi ikonik itu pada 25 Januari depan. Ini merupakan projek usahasama antara Menara Kuala Lumpur, FAR Worldwide sebagai Penganjur Acara, dan SU.RE Sihat KL (Persatuan Sukan, Rekreasi & Kesihatan Kuala Lumpur) sebagai Rakan Rasmi Program CSR (Tanggungjawab Korporat Sosial).
 
Pengerusi Projek, Ellie G, menyifatkan ROXtheNATION sebagai sebuah impian tertunda yang akhirnya terlaksana menerusi penyatuan figura muzik rock dua negara, Malaysia dan Indonesia, yang bakal memberikan energi luar biasa.
 
Dirancang sebagai pembuka paling menggegarkan bagi kalendar 2025 Menara Kuala Lumpur, menurutnya, tiga gitaris terkemuka itu akan tampil bersama dalam sebuah segmen khas pada konsert yang menyaksikan kemunculan band rock Waris, Barbarik dan EdanE itu.
 
“ROXtheNATION adalah terjemahan kepada muzik rock dalam erti kata sebenar, iaitu sebagai sebuah konsert yang akan menggegarkan Malaysia, dan juga sampai terdengar di Indonesia dengan persembahan yang spektakular.
 
“Kenapa segmen khas Man Keedal, Jo Branko dan Eet Sjahranie? Bukan saja kerana masing-masing merupakan pendukung band rock Waris, Barbarik dan EdanE, malah sebagai individu, mereka bertahan empat dekad dalam industri muzik dan masih memberikan sentuhan berbisa yang bakal menjadikan kolaborasi ini cukup magikal,” katanya pada sidang media yang diadakan di Menara Kuala Lumpur di sini, hari ini.
 
Turut hadir, Man Keedal dan Jo, selain Eet yang diterbangkan khas dari Indonesia.
 
Bagi memantapkan penganjuran, Man Keedal juga menggalas tanggungjawab sebagai Pengarah Konsert & Muzik, selain Samsul Kamal (Penolong Pengarah Projek), Jerry Hend (Pengarah Kreatif), Mewah Event Management (Promosi) dan Ilasso Tickets (Pengurusan Tiket).
 
Tiket dijual pada harga RM188 (Silver), RM288 (Gold) dan RM388 (VIP), manakala hanya RM30 ditawarkan bagi tontonan secara Live Streaming. Pra jualan tiket secara dalam talian dibuka mulai 26 November, manakala penjualan biasa bermula 15 Disember ini. Sila layari www.ilassotickets.com untuk pembelian tiket.
 
Sebagai menyokong usaha SU.RE Sihat KL yang kini dipimpin Presiden, Shameem Akhtar Mohd Ashraf, Ellie G juga mengumumkan bagi setiap tiket terjual, sebanyak 5 peratus daripada hasilnya akan disumbangkan kepada persatuan berkenaan.
 
Ditubuhkan pada Julai 2019, SU.RE Sihat KL bertujuan menggalakkan penduduk ibu kota, khasnya mengamalkan kehidupan yang lebih aktif dan kreatif dalam mencapai tahap kesihatan yang baik.
 
“Penajaan oleh Farmasi, iaitu sebuah jenama kecantikan yang dibangunkan di Turki, juga membolehkan peminat berhibur sambil beramal apabila 5 peratus daripada hasil jualan akan disumbangkan kepada persatuan, sama ada menerusi pembelian produk Farmasi Shield Man atau tiket konsert,” ujarnya.
 
Jelasnya, umum mengetahui mengenai pembabitan Man Keedal, 61, antara peneraju muzik rock tanahair yang mencipta nama bersama Lefthanded yang diasaskannya pada 1983 dan kini membina pelapisnya menerusi band Waris. Jo Branko, 55, pula merupakan pemain gitar utama Wings sebelum menubuhkan Barbarik.
Eet, 62, menurutnya pula adalah pemuzik kelahiran Bandung yang lebih dulu meraih perhatian bersama band rock terkenal Indonesia, God Bless, sebelum meneruskan perjuangan muziknya bersama band EdaneE.
 
“Baik individu, mahu pun berkumpulan, kolaborasi julung kali band yang dinaungi Man Keedal, Jo Branko dan Eet Sjahranie ini memperlihatkan keunikan ROXtheNATION yang dijangka meraih kehadiran fizikal sehingga 3,000 peminat, sekali gus menjadi jenama ikonik bagi para pemuzik legenda.
“Kebetulan ketiga-tiga mereka juga adalah gitaris rock dan ia menyempurnakan lagi konsert ini,” katanya yang turut mengumumkan hadiah sebuah motosikal Harley Davidson menanti audiens bertuah ROXtheNATION.
 
Enggan membataskan jenama ROXtheNATION pada hiburan semata, kata Ellie G, penganjuran konsert ini malahan menjangkau ke hal penyelenggaraan acara CSR.
“Selain sebuah motorsikal Harley Davidson yang identitik dengan genre muzik rock yang disediakan sebagai hadiah untuk audiens bertuah, ada acara CSR yang turut membabitkan SU.RE sihat KL akan disertai ikon ROXtheNATION.
 
“CSR ini antara lain bagi menyampaikan mesej bahawa melalui muzik, berkolaborasi antara dua negara, semakin memperkuat persahabatan negara serumpun ini, iaitu Malaysia dan Indonesia,” tambahnya.
 
Justeru, beliau tidak menolak kemungkinan ROXtheNATION menjadi acara tahunan yang memanfaatkan industri, apatah lagi dengan edisi sulung ini yang telah direalisasikan oleh Menara Kuala Lumpur bagi meraikan tahun 2025nya, sekali gus menyemarakkan lagi sektor pelancongan negara.




TERBARU

The Real Cromok: Konsert yang Menghidupkan Jiwa dan Nostalgia

Paling Hangat, 3 Band Rock Dari 2 Negara Di 1 Pentas, ROXtheNATION

Ulangtahun 36 Tahun Cromok: Legenda Thrash Metal Malaysia Terus Menginspirasi

SHOWCASE EKSKLUSIF UK’s UP CLOSE AND PERSONAL DITUNDA KE TARIKH BAHARU

Malam Amal Legends di Sabah 11 Legenda dan Bintang Bergabung untuk Kutipan Dana Kebajikan Persatuan Karyawan Malaysia

Konsert The Real Cromok Menampilkan Hillary Ang dan Man Keedal di Pentas yang Sama

Malam Ikonik BCL Di Konsert Farmasi Soundzation Dihangatkan Dengan Penampilan Sulung Ghea Indrawari Dan Elly Mazlein 30 November Ini!

Cromok Hangatkan Festival Muzik, Soulfest 2024 Dengan Persembahan Secara Unplugged, Buat Julung Kalinya

Malam Intimasi Buat Para Pecinta: Julung Kali, Eksklusif dalam UK’s: Up Close and Personal

Nostalgia Blues Mengimbau Perjalanan Ikonik Blues Gang dalam Konsert Apo Nak Di Kato

Cherry On Top Membawa Rock Progresif ke Arus Perdana dengan Lagu Ketagih

Blues Gang Merayakan Lima Dekad dalam Konsert Solo Berprestij di Zepp KL

50 Tahun Blues Gang Bakal Membawa Semangat Blues & Rock di Konsert Apo Nak Dikato Di Zepp KL 9 Ogos

Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati

Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'

Bergabung dalam Nostalgia 'CONCERT UK’SLAM MUSICAL'

Melodi Gabungan UK's dan SLAM yang Menghadirkan Keunikan Musikal di STADIUM MALAWATI pada 3 FEBRUARI

UK’s dan Slam Bersatu Dalam Konsert Terbesar Di Stadium Malawati Pada 3 Feb 2024

Gema Nostalgia Bersama SWEET CHARITY Semalam Di Malaya Pada 26 Januari Di Zepp KL

Pelancaran Program Realiti TV Pentas Marhaban: Dakwah Melalui Seni Suara dalam Islam

KONSERT/TEATER/GIG

Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati

Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'

JAMAL ABDILLAH Dan M. NASIR Memaparkan Penghibur Sebenar

Persembahan Hebat Dalam The Best Of Joe

Persembahan Unik Oleh PITAHATI Di DPAC

Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN

Superstar ANGELA ZHANG Memukau Peminat

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Lagu Terbaik Dan Persembahan Hebat Di Konsert 3 Suara

Konsert Cinta NADIRA ADNAN Mempesona Peminat

Konsert Ulangtahun Yang Penuh Kenangan Daripada SHEILA ON 7

Gema Wirama Wings Menerjah Padang B Plaza Angsana

Malam Kalimah Cinta Yang Persona Daripada OPICK

Lebih 2000 Peminat Banjiri Konsert "Retrofest Asia 2015"

Ritma SEARCH Menerawang Di Hard Rock Cafe Melaka

Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik

Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD

"Konsert Wings 30 Tahun", Johor Bakal Di Jajah

Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.