The Real Cromok: Konsert yang Menghidupkan Jiwa dan Nostalgia

10 Dec 2024 00:21

Konsert The Real Cromok

Konsert The Real Cromok

Konsert "The Real Cromok" melabuhkan tirai dengan gemilang, menghadirkan sebuah konsert epik untuk perjalanan panjang kumpulan thrash metal ikonik ini. Makna "The Real" terbentang di hadapan mata apabila setiap individu yang pernah menjadi sebahagian daripada Cromok bersatu di atas satu pentas—antaranya Hillary Ang, yang menyumbang kepada tiga album penting kumpulan itu, serta Man Kidal, yang memahat sejarah melalui solo gitar beremosi dalam lagu "Misery". Tidak ketinggalan, kehadiran Mat Puck, gitaris asal Cromok, yang menambah lagi sentuhan istimewa pada malam itu.  
 
Konsert bermula tepat pada pukul 8.30 malam, membuka tirai dengan rentak padu lagu-lagu seperti "Memories", "Final Ticking", dan "Obsessed". Setiap riff dan dentuman menghidupkan semula era kegemilangan album klasik seperti "Forever In Time" dan "Yours Truly", dua karya ikonik yang menjulang nama Cromok sebagai gergasi muzik keras Malaysia, mencatat jualan melebihi ratusan ribu unit. Dari penggemar bawah tanah hingga menjadi legenda, perjalanan Cromok tidak pernah pudar dalam ingatan peminat mereka.  
 
Lagu-lagu seperti "Unicorn" dan "Stranger" terus menghidupkan malam penuh nostalgia. Namun, "Another You" membawa suasana berubah menjadi lebih hening—segmen tribute kepada anggota asal Cromok yang telah pergi, Arwah Kharuddin Muhammad (Din) dan Arwah Tarmizi Mokhtar (Miji). Al-Fatihah dihadiahkan kepada mereka, mengingatkan penonton akan legasi mereka yang tidak ternilai.  
 
Lagu instrumental terbaru, "Fallen Heroes", menjadi penghubung kepada babak penuh emosi apabila projektor menayangkan gambar-gambar lama kumpulan Cromok. Saat itu menjadi lebih mendalam apabila anak-anak ahli kumpulan iaitu Arwah Din dan Arwah Mini, tampil berkongsi kisah tentang minat muzik ayah mereka. Hubungan antara muzik dan keluarga dirungkai dengan penuh kejujuran, menjadikan momen tersebut tidak hanya sekadar hiburan, tetapi juga refleksi yang menyentuh jiwa.  
 
"Ulek Mayang" tampil sebagai bukti keunikan Cromok dalam menyulam unsur budaya tempatan ke dalam muzik keras mereka. Mat Puck, gitaris terawal Cromok yang diterbangkan khas dari Australia, muncul bersama untuk memeriahkan konsert The Real Cromok ini. Namun, penanda aras sebenar Cromok tetap terletak pada karisma Sam, vokalis utama mereka. Dengan tenaga luar biasa, Sam menyampaikan setiap lirik dengan semangat yang tidak luntur walaupun usia kian meningkat. Vokal beliau adalah trademark asli untuk Cromok . Cromok dan Mat Puck menamatkan bersama lagu "LaCrosse".
 
Suka atau tidak, kemunculan Man Kidal, dengan lagu "Misery". Walaupun berasal dari latar belakang rock, Man Kidal begitu 'sporting' untuk satu pentas bersama dengan Cromok. Dan seperti yang kita semua tahu Man Kidal telah menyumbang solo beliau ketika rakaman lagu ini. Bersama Man Kidal, Cromok menamtkan dengan lagu-lagu klasik iaitu "Seedling" dan "Farewell". Persembahan hebat, membuktikan fleksibiliti muziknya dengan penuh gaya, bergantian solo bersama Karl Cromok, mencipta momen yang sukar dilupakan.  
 
 
Kejutan berterusan dengan kemunculan Hillary Ang, yang memainkan peranan penting dalam tiga album Cromok, termasuk album album *Mean, Meaner, Meanest*. walaupun adalah rakaman semula lagu-lagu lama dan ditambah dengan beberapa lagu baru mereka ia adalah pengubat rindu yang begitu bermakna buat peminat setia mereka, menandakan mereka kekal relevan walaupun pada waktu itu muzik Thrash Metal dipandang serong dengan pelbagai tuduhan liar seperti kumpulan pemuja Syaitan. Hillary, bersama Karl, memacu konsert dengan lagu-lagu seperti "Turning Point", "Enough", "PIP", dan "Modern".
 
Kehadiran empat gitaris—Karl, Hillary, Man Kidal, dan Mat Puck—di atas satu pentas menjadi kemuncak konsert. Lagu "I Don’t Belong Here" menutup malam dengan harmoni solo gitar yang saling bersahutan. Persembahan mereka bukan sahaja menunjukkan kehebatan teknikal, tetapi juga membuktikan bahawa Cromok masih berdiri megah sebagai tiang utama muzik thrash metal tanah air.  
 
Konsert "The Real Cromok" adalah lebih daripada sekadar konsert; ia adalah penghormatan, pengimbauan, dan perayaan yang menghidupkan kembali era keemasan Cromok. Malam itu menjadi bukti bahawa gabungan pemuzik-pemuzik ini adalah sesuatu yang tidak akan dapat dilihat lagi di masa hadapan—sebuah kenangan yang akan terus tersemat dalam hati setiap peminat mereka.  

Konsert The Real Cromok

Konsert The Real Cromok

Konsert The Real Cromok

Konsert The Real Cromok

Konsert The Real Cromok

Konsert The Real Cromok




TERBARU

The Real Cromok: Konsert yang Menghidupkan Jiwa dan Nostalgia

Paling Hangat, 3 Band Rock Dari 2 Negara Di 1 Pentas, ROXtheNATION

Ulangtahun 36 Tahun Cromok: Legenda Thrash Metal Malaysia Terus Menginspirasi

SHOWCASE EKSKLUSIF UK’s UP CLOSE AND PERSONAL DITUNDA KE TARIKH BAHARU

Malam Amal Legends di Sabah 11 Legenda dan Bintang Bergabung untuk Kutipan Dana Kebajikan Persatuan Karyawan Malaysia

Konsert The Real Cromok Menampilkan Hillary Ang dan Man Keedal di Pentas yang Sama

Malam Ikonik BCL Di Konsert Farmasi Soundzation Dihangatkan Dengan Penampilan Sulung Ghea Indrawari Dan Elly Mazlein 30 November Ini!

Cromok Hangatkan Festival Muzik, Soulfest 2024 Dengan Persembahan Secara Unplugged, Buat Julung Kalinya

Malam Intimasi Buat Para Pecinta: Julung Kali, Eksklusif dalam UK’s: Up Close and Personal

Nostalgia Blues Mengimbau Perjalanan Ikonik Blues Gang dalam Konsert Apo Nak Di Kato

Cherry On Top Membawa Rock Progresif ke Arus Perdana dengan Lagu Ketagih

Blues Gang Merayakan Lima Dekad dalam Konsert Solo Berprestij di Zepp KL

50 Tahun Blues Gang Bakal Membawa Semangat Blues & Rock di Konsert Apo Nak Dikato Di Zepp KL 9 Ogos

Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati

Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'

Bergabung dalam Nostalgia 'CONCERT UK’SLAM MUSICAL'

Melodi Gabungan UK's dan SLAM yang Menghadirkan Keunikan Musikal di STADIUM MALAWATI pada 3 FEBRUARI

UK’s dan Slam Bersatu Dalam Konsert Terbesar Di Stadium Malawati Pada 3 Feb 2024

Gema Nostalgia Bersama SWEET CHARITY Semalam Di Malaya Pada 26 Januari Di Zepp KL

Pelancaran Program Realiti TV Pentas Marhaban: Dakwah Melalui Seni Suara dalam Islam

KONSERT/TEATER/GIG

Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati

Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'

JAMAL ABDILLAH Dan M. NASIR Memaparkan Penghibur Sebenar

Persembahan Hebat Dalam The Best Of Joe

Persembahan Unik Oleh PITAHATI Di DPAC

Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN

Superstar ANGELA ZHANG Memukau Peminat

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Lagu Terbaik Dan Persembahan Hebat Di Konsert 3 Suara

Konsert Cinta NADIRA ADNAN Mempesona Peminat

Konsert Ulangtahun Yang Penuh Kenangan Daripada SHEILA ON 7

Gema Wirama Wings Menerjah Padang B Plaza Angsana

Malam Kalimah Cinta Yang Persona Daripada OPICK

Lebih 2000 Peminat Banjiri Konsert "Retrofest Asia 2015"

Ritma SEARCH Menerawang Di Hard Rock Cafe Melaka

Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik

Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD

"Konsert Wings 30 Tahun", Johor Bakal Di Jajah

Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.