Konsert The Real Cromok Menampilkan Hillary Ang dan Man Keedal di Pentas yang Sama

01 Oct 2024 00:09

The Real Cromok.

The Real Cromok.

Cromok mencipta kejutan sempena ulang tahun ke-36 penubuhannya dengan sebuah persembahan ikonik yang menampilkan pemuzik Hillary Ang dan Man Keedal dalam konsert bertajuk "The Real Cromok."
 
Dianjurkan oleh Pointlink Ventures, konsert ini dijadualkan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 7 Disember akan datang. Ini merupakan penampilan pertama band thrash heavy metal ini bersama dua gitaris tersohor tersebut.
 
Karl, salah seorang anggota terawal Cromok, menyatakan bahawa ia akan menjadi malam bersejarah, bukan hanya untuk Cromok tetapi juga bagi para peminat yang setia mengikuti perjalanan band ini, yang mencetuskan fenomena seawal album sulung mereka, "Image of Purity," pada tahun 1991 dengan karya klasik seperti "Journey" dan "Metallurgical."
 
Menurut Karl, persembahan ini sememangnya telah lama dinantikan, terutama sekali dengan kemunculan semula Hillary, yang menggantikannya pada tahun 1999 dan sempat merakamkan empat album studio bersama Cromok, bermula dengan album "Mean, Meaner, Meanest."
 
“Ibarat sirih pulang ke gagang, kembalinya Hillary selepas 24 tahun untuk Konsert The Real Cromok pastinya akan mengubati kerinduan peminat, apatah lagi dengan gandingan ikonik julung kali antara Karl dan Hillary,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
 
“Juga gandingan Karl-Man Keedal, buat pertama kalinya, yang bakal menghadiahkan momen bersejarah memandangkan Man Keedal langsung tidak pernah bermain secara live dengan Cromok sejak merakamkan gitar solo untuk lagu Misery bagi album 1993, "Forever in Time" ”
 
 
Selain Karl, atau nama sebenarnya Khairul Anuar Shariff, perjuangan band yang juga peneraju muzik fusion yang menggabungkan muzik tradisional dan heavy metal sehingga tercipta istilah "thrashditional" ini turut diteruskan bersama Shamsudin Ali atau Sam, yang bermain bass.
 
Sam merupakan salah seorang pengasas bersama pemain dram, Allahyarham Tarmizi Mokhtar atau Miji, yang meninggal dunia pada Mac lalu. Seorang lagi pengasas, Allahyarham Muhammad Khairuddin atau Din, telah meninggal dunia pada tahun 1997 setelah terlebih dahulu meninggalkan Cromok.
 
Konsert tersebut akan diiringi oleh Apis Cropox (dram), Shah Sidious (gitar), dan Archer (keyboard). Dengan sokongan MyCreative Ventures Sdn Bhd, konsert ini turut mendapat penajaan daripada Sudoku Drums & Keyboards, JL Guitars, The Guitar Store, Cort Guitars, NEO In-Ear Monitors, HOT Kambing, dan Gama Rock House, bersama Mewah Event Management, Karl Legacy, dan MyArteez sebagai rakan strategik.
 
Karl menyifatkan konsert ini sebagai penuh kejutan, dengan berkata, “Gandingan rare The Real Cromok ini amat signifikan bagi perjalanan Cromok yang ditubuhkan di Australia ketika kami semua masih menuntut di University of Wollongong, New South Wales. Jika ingin melihat Cromok sebenar, inilah dia.
 
“Cuba bayangkan empat pemain gitar di atas satu pentas, bermain serentak. Ini bukan konsert biasa tetapi dipenuhi kejutan. Apa sahaja boleh berlaku, namun percayalah, The Real Cromok akan melakar sejarahnya yang tersendiri.”
 
Tiket Early Bird (Berdiri) berharga RM168 akan mula dijual pada 8 malam, 27 September ini dan dibuka sehingga 10 Oktober. Tiket biasa dijual pada harga RM188 (Berdiri), serta RM288 dan RM338 (Duduk). Manakala Royal Box ditawarkan pada harga RM888 seorang, termasuk sesi Meet & Greet serta cenderahati eksklusif seperti baju-T The Real Cromok.
 
Tiket boleh dibeli melalui www.therealcromok.com atau hubungi hotline +601113297822 (whatsapp). Juga akan dilancarkan serentak, produk eksklusif The Real Cromok seperti baju-T dan hoodie. Untuk pembelian, muat turun aplikasi MyArteez di Apple Store dan Play Store untuk jaminan produk tulen.
 
Dalam konsert berdurasi dua jam ini, Karl, yang kembali menyertai Cromok pada tahun 2012, berkata bahawa ada lagu baharu yang akan dipersembahkan, selepas album studio terakhir mereka, "Untitled" pada tahun 2004.
 
“Sebagai tambahan kepada tidak kurang daripada 18 judul yang dipersiapkan untuk konsert ini, ada lagu baharu yang akan dipersembahkan buat kali pertama secara langsung. Untuk mengenang Allahyarham Miji dan Din, kami juga merancang segmen khas sebagai penghormatan kepada mereka.
 
“Konsert ini akan mengimbau kembali perjalanan 36 tahun Cromok, yang bermula di sirkit underground Australia. Justeru, pertemuan ini wajar diraikan,” katanya sambil mengumumkan tiga buah gitar tajaan Cort Guitars daripada The Guitar Store, lengkap dengan tandatangan keempat-empat gitaris legenda untuk cabutan bertuah kepada pembeli tiket.
 
Cabutan ini dibuka untuk semua kategori tiket, termasuk hadiah berupa dua pakej penginapan 2H/1M di Hard Rock Hotel, Penang, dan satu pakej di Hard Rock Hotel, Desaru. Seramai 15 pemegang tiket bertuah juga berpeluang menyertai sesi Meet & Greet di Studio Cromok pada tarikh yang akan diumumkan kemudian.
 
INFO
ACARA: Konsert The Real Cromok
TARIKH: 7 Disember 2024
LOKASI: Zepp Kuala Lumpur
PENGANJUR: Pointlink Ventures
DISOKONG OLEH: MyCreative Ventures Sdn Bhd
PENAJA: Sudoku Drums & Keyboards, JL Guitars, The Guitar Store, Cort Guitars, NEO In-Ear
Monitors, HOT Kambing dan Gama Rock House
RAKAN STRATEGIK: Mewah Event Management, Karl Legacy dan MyArteez
TIKET: Early Bird, RM168 (Berdiri) dijual bermula jam 8pm, 27 September sehingga 10
Oktober. TIket biasa RM188 (Berdiri), RM288 dan RM338 (Duduk). Royal Box, RM888
seorang (Meet & Greet, pelbagai barangan cenderahati, termasuk baju-T eksklusif The Real
Cromok dan hidangan ringan)
PEMBELIAN TIKET: Layari www.therealcromok.com atau hotline (whatsapp) +601113297822




TERBARU

SHOWCASE EKSKLUSIF UK’s UP CLOSE AND PERSONAL DITUNDA KE TARIKH BAHARU

Malam Amal Legends di Sabah 11 Legenda dan Bintang Bergabung untuk Kutipan Dana Kebajikan Persatuan Karyawan Malaysia

Konsert The Real Cromok Menampilkan Hillary Ang dan Man Keedal di Pentas yang Sama

Malam Ikonik BCL Di Konsert Farmasi Soundzation Dihangatkan Dengan Penampilan Sulung Ghea Indrawari Dan Elly Mazlein 30 November Ini!

Cromok Hangatkan Festival Muzik, Soulfest 2024 Dengan Persembahan Secara Unplugged, Buat Julung Kalinya

Malam Intimasi Buat Para Pecinta: Julung Kali, Eksklusif dalam UK’s: Up Close and Personal

Nostalgia Blues Mengimbau Perjalanan Ikonik Blues Gang dalam Konsert Apo Nak Di Kato

Cherry On Top Membawa Rock Progresif ke Arus Perdana dengan Lagu Ketagih

Blues Gang Merayakan Lima Dekad dalam Konsert Solo Berprestij di Zepp KL

50 Tahun Blues Gang Bakal Membawa Semangat Blues & Rock di Konsert Apo Nak Dikato Di Zepp KL 9 Ogos

Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati

Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'

Bergabung dalam Nostalgia 'CONCERT UK’SLAM MUSICAL'

Melodi Gabungan UK's dan SLAM yang Menghadirkan Keunikan Musikal di STADIUM MALAWATI pada 3 FEBRUARI

UK’s dan Slam Bersatu Dalam Konsert Terbesar Di Stadium Malawati Pada 3 Feb 2024

Gema Nostalgia Bersama SWEET CHARITY Semalam Di Malaya Pada 26 Januari Di Zepp KL

Pelancaran Program Realiti TV Pentas Marhaban: Dakwah Melalui Seni Suara dalam Islam

Perjalanan Menuju Konsert 'Tujuh Vibrato Gitar' Pada 3 November Di Zepp KL

25 Tahun Mengukir Kenangan Dalam Konsert Istimewa Lah Ahmad di Istana Budaya

Dari Busking ke Pentas Konsert, Perjalanan Seni Bob Sentuhan

KONSERT/TEATER/GIG

Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati

Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'

JAMAL ABDILLAH Dan M. NASIR Memaparkan Penghibur Sebenar

Persembahan Hebat Dalam The Best Of Joe

Persembahan Unik Oleh PITAHATI Di DPAC

Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN

Superstar ANGELA ZHANG Memukau Peminat

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Lagu Terbaik Dan Persembahan Hebat Di Konsert 3 Suara

Konsert Cinta NADIRA ADNAN Mempesona Peminat

Konsert Ulangtahun Yang Penuh Kenangan Daripada SHEILA ON 7

Gema Wirama Wings Menerjah Padang B Plaza Angsana

Malam Kalimah Cinta Yang Persona Daripada OPICK

Lebih 2000 Peminat Banjiri Konsert "Retrofest Asia 2015"

Ritma SEARCH Menerawang Di Hard Rock Cafe Melaka

Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik

Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD

"Konsert Wings 30 Tahun", Johor Bakal Di Jajah

Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.