Bunga Citra Lestari, atau lebih dikenali sebagai BCL sedia untuk kembali menebarkan haruman menerusi Konsert FARMASI Soundzation, November ini yang bakal melakar sejarah dalam industri muzik dan kecantikan, rantau ini sebagai sebuah malam paling ikonik.
Kehadiran penyanyi dan pelakon Indonesia itu yang hit, antaranya dengan lagu Cinta Sejati akan dihangatkan dengan penampilan Ghea Indrawari yang meledak, tahun lalu, dengan single Jiwa Yang Bersedih, dan artis terkenal tanahair, Elly Mazlein.
Pengarah Projek dan Konsert, Ellie G, berkata Konsert FARMASI Soundzation bakal menghadiahkan sebuah pengalaman luar biasa kepada audiens apabila gandingan seni muzik dan kecantikan mencernakan pengisian bermakna, antaranya dalam pemerkasaan wanita.
Dianjurkan oleh INT X Group, ia dijadual berlangsung di Megastar Arena, di sini, pada 30 November nanti. Konsert diperindahkan oleh FARMASI, iaitu peneraju jenama kosmetik antarabangsa yang berpangkalan di Turkiye dengan pensijilan halal sebagai penaja utama.
“Konsert FARMASI Soundzation menyaksikan elemen muzik dan kecantikan diadun menerusi persembahan hampir tiga jam oleh BCL dan Ghea, dan dihangatkan oleh kehadiran Elly sebagai pengacara dan penyanyi, sekali gus mencipta gandingan tidak diduga.
“Sambil berhibur, ada mesej pemerkasaan wanita dibawa dalam konsert ini. BCL, misalnya dipilih bukan saja kerana popularitinya, tapi juga pesonanya yang menjadi lambang kebangkitan wanita. Ia bersesuaian prinsip kecemerlangan dan integriti yang dipegang FARMASI yang memperkasa kecantikan sejati daripada luaran dan dalaman.
“Begitu juga Ghea yang menyerlah, termasuk mengungguli pelbagai anugerah pada usia muda. Manakala Elly adalah penghibur serba boleh yang berupaya menguasai pentas, baik dalam interaksi dengan audiens mahu pun nyanyian. Elly tentunya menjanjikan malam yang lebih happening, seraya mencatat momen manis buat audiens kelak,” katanya.
Pemuzik legenda, Man Kidal bertindak sebagai Pengarah Konsert dan Muzik bagi konsert ini, dan Jerry Hend sebagai Pengarah Kreatif. Urusan promosi dikendalikan Mewah Event Management, manakala iLasso Tickets bagi pengurusan tiket.
Pengumuman mengenai Konsert FARMASI Soundzation telah disempurnakan pada sidang media di Menara Kuala Lumpur. Acara tersebut turut dimeriahkan oleh kehadiran BCL, Ghea, Elly, dan Presiden FARMASI, Emre Tuna, serta Pengerusi Projek, Datuk Safizan Ikhzani.
Menurut Ellie G, konsert FARMASI Soundzation memberikan definisi baharu dalam penganjuran konsert dengan meraikan 5,000 audiensnya. Setiap peserta secara automatik layak menyertai cabutan bertuah yang akan diadakan. “Ini bukan konsert biasa. Ia adalah malam untuk memberi kembali kepada peminat yang telah menyokong industri seni tanah air. Selain dihiburkan oleh gandingan bintang popular Indonesia-Malaysia, sebuah kereta Bezza menanti dalam cabutan bertuah. Tiada siapa yang akan pulang dengan tangan kosong kerana setiap pemegang tiket boleh menebus hadiah berupa rangkaian produk FARMASI yang berkelas dunia,” tambahnya.
Sementara itu, Emre Tuna, dalam kenyataannya, mengakui teruja melihat jenama FARMASI, yang diasaskan oleh syarikat keluarganya yang berusia 75 tahun, mula berkembang di Asia dengan pelancaran di Malaysia. “Ke mana sahaja FARMASI pergi, kami berjaya dengan cemerlang. Di mana-mana negara, walaupun dengan budaya yang berbeza. Kami kini merupakan peneraju dalam industri Jualan Langsung bagi kosmetik, penjagaan kulit, dan nutrisi di seluruh dunia.”
“Kami berada di 39 negara merangkumi lima benua. FARMASI adalah produk mewah yang mampu milik dan halal, dihasilkan di kilang kami sendiri di Turkiye, yang juga merupakan kilang penghasilan kosmetik terbesar di Eropah. Kami menawarkan pelan pulangan terbaik dalam industri. Dalam masa lima bulan sahaja, FARMASI telah dilancarkan di United Kingdom, Brazil, Peru, dan Malaysia. Malaysia adalah pasaran Asia pertama kami dan amat signifikan bagi kami. Kami yakin akan mencipta kejayaan di sini.”
Datuk Safizan, dalam ucapannya pada majlis tersebut, menyifatkan integrasi antara industri hiburan dan kecantikan yang dilakukan melalui penganjuran Konsert FARMASI Soundzation sebagai platform yang mempromosikan pelaburan asing, sekaligus menyumbang kepada ekonomi negara. “Pemilihan Malaysia sebagai pintu masuk jenama bertaraf antarabangsa seperti FARMASI ke Asia menunjukkan potensinya. Ini ditunjukkan melalui gandingan BCL, Ghea, dan Elly, yang selaras dengan misi FARMASI untuk meraikan kecantikan dan individualiti,” katanya.
Tiket berharga RM288 (Silver), RM488 (Gold), RM688 (Platinum), RM888 (Diamond), dan RM1,088 (VIP) boleh didapati secara dalam talian di www.ilassotickets.com. Untuk info lanjut mengenai konsert, sila layari Soundzation Official di semua platform media sosial.
Latar Belakang FARMASI*
FARMASI adalah peneraju dalam industri Jualan Langsung bagi kosmetik, penjagaan kulit, dan nutrisi. Diasaskan oleh Dr. Cevdet Tuna, syarikat global yang berusia 75 tahun dan berpangkalan di Turkiye ini memiliki kilang penghasilan produk kosmetik terbesar di dunia. FARMASI terkenal dengan komitmennya terhadap standard kecantikan yang bersih dan selamat.
Dengan pelan pulangan yang kompetitif, FARMASI menawarkan peluang perniagaan yang unik di mana para usahawan boleh menyertai komuniti kami yang meliputi empat juta pemengaruh di seluruh dunia dan menjual produk bersijil halal untuk meraih komisen yang menarik.
Beroperasi di 38 negara dan semakin berkembang, FARMASI menyasarkan untuk menjadi jenama kosmetik No.1 menjelang 2025. FARMASI terus meraih pengiktirafan global melalui rangkaian penjagaan kulit, Dr. C Tuna; rangkaian nutrisi, Nutriplus; dan rangkaian kosmetik.
Produk FARMASI, dari penjagaan kulit dan kosmetik hingga nutrisi dan produk penjagaan rumah, diformulasi dengan standard tertinggi dan keberkesanan yang terjamin. Penghasilannya memenuhi standard Eropah, menggunakan bahan-bahan selamat dan berkesan, serta melalui pengawasan ketat terhadap bahan kimia dalam formula-produknya.
Untuk info lanjut, sila layari www.farmasi.my.