Cromok Hangatkan Festival Muzik, Soulfest 2024 Dengan Persembahan Secara Unplugged, Buat Julung Kalinya

23 Aug 2024 13:36

FESTIVAL MUZIK, SOULFEST 2024

FESTIVAL MUZIK, SOULFEST 2024

Festival muzik yang dikenali sebagai SoulFest telah mengesahkan penyertaan band legenda Cromok dalam konsert yang akan berlangsung secara fizikal dan juga melalui Live Streaming, sebagai usaha untuk mengantarabangsakan bakat dan karya tempatan. Dianjurkan oleh Stagemaker Sdn Bhd, festival yang mengusung tema “Inspirasi artistik. Kreativiti tanpa batas” ini akan menampilkan rock alternatif dan metal sebagai tema utama acara sulungnya. Festival ini dijadualkan berlangsung di pentas Metal Dreamscape, Studio Mantin, Negeri Sembilan pada 8 September ini.

Sebagai acara tahunan, Penerbit dan Pengarah Teknikal, Nazrul Embia Nazarudin, menyatakan bahawa SoulFest dibangunkan untuk menjadi jenama yang membina perspektif baharu dalam usaha pengembangan seni dan budaya tanah air. Festival ini dibahagikan kepada lima segmen: Arts Meet Tech, Rising Stars, Icon Lounge, Arts Bazaar, dan Music Haven, yang akan menampilkan konsert di pentas canggih dengan gabungan animasi dan teknologi.

Festival yang berdurasi selama tiga jam ini akan bermula pada jam 8.30 malam. Bertema rock alternatif dan metal, konsert utama akan menampilkan persembahan unplugged pertama Cromok di segmen Music Haven. Turut memeriahkan festival ini adalah Nrocinu dan Tebabo!. SoulFest 2024 boleh dihadiri secara fizikal dengan kapasiti terhad kepada 300 peminat di Metal Dreamscape, Studio Mantin, atau secara Live Streaming.

“Sejarah akan tercipta melalui SoulFest, yang menawarkan perjalanan ke dalam dunia ekspresi artistik, melodi penuh jiwa, inovasi seni teknologi, dan inspirasi. Ia juga menjadi platform untuk menampilkan bakat-bakat muda dalam muzik, teater, dan ukiran,” kata Nazrul Embia.

Tiket fizikal kini boleh didapati pada harga RM159, manakala tiket untuk tontonan dalam talian berharga RM69. Untuk pembelian tiket, sila layari www.soulfest.my.

Nazrul Embia juga menambah bahawa festival ini akan diselang-seli dengan penampilan dua pemain gitar muda dalam segmen Rising Stars, iaitu Nur Irfana Mohd Ibrahim, 17, yang terkenal menerusi akaun TikTok @fan4aa, dan Harris Ikmal Mohd Saifulnazim, 12, yang dikenali sebagai @whynotharris.

“Tamu Rising Stars diharap dapat menjadi sumber inspirasi untuk anak-anak seni dan artis berbakat, serta menjana ekonomi melalui industri hiburan, selaras dengan visi menjadikan SoulFest platform untuk mempromosi seni dan budaya, terutamanya bakat tempatan. SoulFest juga menyediakan platform e-dagang melalui Arts Bazaar untuk produk kreatif, dan penonton akan berpeluang mengenali ZFX Industries, yang menghasilkan pedal gitar berkelas dunia menerusi segmen Arts Meet Tech,” jelasnya.

Sementara itu, pemain gitar Cromok, Karl, menganggap Live Streaming sebagai alternatif bagi ribuan peminat mereka, terutama yang berada di luar Kuala Lumpur, untuk menyaksikan persembahan unplugged tersebut. “Kerana Cromok sering beraksi di Kuala Lumpur, ini adalah peluang untuk peminat di luar ibu kota, termasuk di luar negara, menonton Cromok. Ini adalah penampilan pertama Cromok secara unplugged dengan alat akustik dan susunan muzik yang unik, sesuatu yang jarang dilakukan oleh sebuah band metal.”

Menurut Karl, Cromok akan berkongsi pentas dengan Nrocinu, yang memenuhi piawaian sebagai sebuah band rock alternatif dan metal, serta Tebabo! yang bertujuan untuk mempromosikan band baharu. Dia juga menyokong penyertaan pemuzik semuda Nur Irfana dan Harris Ikmal, yang kemahiran bermain gitar mereka patut ditonjolkan.

 

Tandakan 8 September dalam kalendar anda untuk menikmati pengalaman unik di SoulFest 2024, dan merasai trend hiburan dalam talian yang merentasi sempadan dunia.




TERBARU

Ulangtahun 36 Tahun Cromok: Legenda Thrash Metal Malaysia Terus Menginspirasi

SHOWCASE EKSKLUSIF UK’s UP CLOSE AND PERSONAL DITUNDA KE TARIKH BAHARU

Malam Amal Legends di Sabah 11 Legenda dan Bintang Bergabung untuk Kutipan Dana Kebajikan Persatuan Karyawan Malaysia

Konsert The Real Cromok Menampilkan Hillary Ang dan Man Keedal di Pentas yang Sama

Malam Ikonik BCL Di Konsert Farmasi Soundzation Dihangatkan Dengan Penampilan Sulung Ghea Indrawari Dan Elly Mazlein 30 November Ini!

Cromok Hangatkan Festival Muzik, Soulfest 2024 Dengan Persembahan Secara Unplugged, Buat Julung Kalinya

Malam Intimasi Buat Para Pecinta: Julung Kali, Eksklusif dalam UK’s: Up Close and Personal

Nostalgia Blues Mengimbau Perjalanan Ikonik Blues Gang dalam Konsert Apo Nak Di Kato

Cherry On Top Membawa Rock Progresif ke Arus Perdana dengan Lagu Ketagih

Blues Gang Merayakan Lima Dekad dalam Konsert Solo Berprestij di Zepp KL

50 Tahun Blues Gang Bakal Membawa Semangat Blues & Rock di Konsert Apo Nak Dikato Di Zepp KL 9 Ogos

Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati

Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'

Bergabung dalam Nostalgia 'CONCERT UK’SLAM MUSICAL'

Melodi Gabungan UK's dan SLAM yang Menghadirkan Keunikan Musikal di STADIUM MALAWATI pada 3 FEBRUARI

UK’s dan Slam Bersatu Dalam Konsert Terbesar Di Stadium Malawati Pada 3 Feb 2024

Gema Nostalgia Bersama SWEET CHARITY Semalam Di Malaya Pada 26 Januari Di Zepp KL

Pelancaran Program Realiti TV Pentas Marhaban: Dakwah Melalui Seni Suara dalam Islam

Perjalanan Menuju Konsert 'Tujuh Vibrato Gitar' Pada 3 November Di Zepp KL

25 Tahun Mengukir Kenangan Dalam Konsert Istimewa Lah Ahmad di Istana Budaya

KONSERT/TEATER/GIG

Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati

Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'

JAMAL ABDILLAH Dan M. NASIR Memaparkan Penghibur Sebenar

Persembahan Hebat Dalam The Best Of Joe

Persembahan Unik Oleh PITAHATI Di DPAC

Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN

Superstar ANGELA ZHANG Memukau Peminat

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Lagu Terbaik Dan Persembahan Hebat Di Konsert 3 Suara

Konsert Cinta NADIRA ADNAN Mempesona Peminat

Konsert Ulangtahun Yang Penuh Kenangan Daripada SHEILA ON 7

Gema Wirama Wings Menerjah Padang B Plaza Angsana

Malam Kalimah Cinta Yang Persona Daripada OPICK

Lebih 2000 Peminat Banjiri Konsert "Retrofest Asia 2015"

Ritma SEARCH Menerawang Di Hard Rock Cafe Melaka

Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik

Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD

"Konsert Wings 30 Tahun", Johor Bakal Di Jajah

Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.