Nostalgia Blues Mengimbau Perjalanan Ikonik Blues Gang dalam Konsert Apo Nak Di Kato

14 Aug 2024 00:11

Konsert Blues Gang Apo Nak Di Kato

Konsert Blues Gang Apo Nak Di Kato

Perjalanan lima dekad Blues Gang dalam konsert eksklusif mereka, Apo Nak Di Kato, ditutup dengan penuh gemilang, disaksikan oleh 1,200 peminat yang setia. Kumpulan yang telah menempuh pelbagai liku dan cabaran ini masih teguh berdiri, membuktikan bahawa mereka dalam industri muzik tempatan masih kuat dan berbisa. Blues Gang bukan sekadar sebuah kumpulan muzik, mereka adalah legenda, warisan yang mengukir nama dalam sejarah muzik Malaysia. Walaupun menghadapi pelbagai isu, mereka tetap teguh, membuktikan diri sebagai pemuzik sejati yang tiada tandingannya.
 
Konsert dibuka dengan persembahan dikir barat yang membangkitkan semangat, menyuntik unsur budaya dan tradisi yang menjadi nadi Blues Gang. Dengan keunikan membawakan lagu-lagu dalam loghat Negeri Sembilan serta lirik yang menyentuh kisah rakyat, mereka berjaya membuka mata kita kepada keindahan cerita-cerita yang sederhana namun sarat dengan makna. Malam itu, mereka menghidupkan semula nostalgia dengan lagu-lagu klasik seperti 'Malaya Blues', 'Oh Mak Siti', dan 'Ibu', yang tidak asing bagi para peminat setia mereka. 'Oh Mak Siti' dan 'Ibu', dua lagu yang sering bergema di corong radio, kembali membawa kita kepada kenangan masa lalu yang tak dilupakan.
 
Tanpa berlengah mereka teruskan dengan lagu 'Jumpo Kawan Lamo', 'Sakit Sakit Sakit' dan 'Cinta Oh Cinta'. Indahnya lirik, bila kita turut menyanyi bersama-sama, pasti penuh kenangan buat mereka yang yang sentiasa dengar pada era 80an dan 90an lagu-lagu daripada Blues Gang. 
 
Sound pada malam itu memang padu, seronok dengar lagu-lagu simple ni tapi dengan sound yang padat daripada petikan gitar Julian Mokhtar , mainan piano oleh Ghani Dato Abu Talib dan tentunya suara trademark Ito .
 
Konsert Apo Nak Di Kato oleh Blues Gang bukan sekadar sebuah persembahan muzik, ia adalah sebuah perjalanan nostalgia yang menggamit kenangan indah sepanjang lima dekad. Dengan lagu-lagu yang telah menjadi sebahagian daripada identiti mereka, Blues Gang membawa penonton merasai semula segala kenangan yang masih segar dalam ingatan.
 
Blues Gang meneruskan dengan lagu nostalgia 'Ku Tetap Menanti' dan klasik mereka iaitu 'Ceritaku' menjadi saksi Blues Gang dalam menyampaikan kisah-kisah hidup melalui muzik, 'Dont You Hide', 'Help Me' lagu cover daripada Sonny Boy Williamson dan 'The Catfish Blues' memaparkan mainan harmonika unik oleh Alex Terry daripada Australia bersama Blues Gang membawa penonton merasai getaran blues yang asli dan penuh dengan semangat.
 
Lagu 'Panasnya Hari Ini' memberikan blues segar buat peminat Blues Gang dan tentunya rakan mereka iaitu penyanyi Shasya Zainal ambil alih pentas dengan lagu 
'Proud Mary', sebuah lagu asal oleh kumpulan Creedence Clearwater Revival (CCR). Dengan suara yang bertenaga, Shasya memberikan sentuhan segar kepada lagu ikonik ini.
 
Tidak dilupakan, 'Ribut Pendamai' dan 'Katakan' yang membawakan mesej-mesej mendalam tentang kehidupan dan merenung makna yang tersirat di sebalik setiap bait kata. Walaupun telah lebih 5 dekad mereka didalam industri muzik, Blues Gang tampak semangat untuk menghiburkan peminat yang hadir
 
Meneruskan dengan lagu-lagu 'Panglima Awang Hitam', 'Apo Nak Di Kato', 'Khatulistiwa', 'Bebaskanlah' dan menutup dengan 'Oh Mama. Saya Mahu Kawin' 
 
Konsert ini bukan sahaja mengukuhkan status Blues Gang sebagai legenda muzik, tetapi juga mengingatkan kita semua tentang kekuatan muzik sebagai medium yang menyatukan, inspirasi, dan merentas generasi. Blues Gang telah membuktikan bahawa mereka adalah kumpulan yang akan terus dihargai dan diingati sampai bila-bila.

Konsert Blues Gang Apo Nak Di Kato

Konsert Blues Gang Apo Nak Di Kato

Konsert Blues Gang Apo Nak Di Kato

Konsert Blues Gang Apo Nak Di Kato




TERBARU

SHOWCASE EKSKLUSIF UK’s UP CLOSE AND PERSONAL DITUNDA KE TARIKH BAHARU

Malam Amal Legends di Sabah 11 Legenda dan Bintang Bergabung untuk Kutipan Dana Kebajikan Persatuan Karyawan Malaysia

Konsert The Real Cromok Menampilkan Hillary Ang dan Man Keedal di Pentas yang Sama

Malam Ikonik BCL Di Konsert Farmasi Soundzation Dihangatkan Dengan Penampilan Sulung Ghea Indrawari Dan Elly Mazlein 30 November Ini!

Cromok Hangatkan Festival Muzik, Soulfest 2024 Dengan Persembahan Secara Unplugged, Buat Julung Kalinya

Malam Intimasi Buat Para Pecinta: Julung Kali, Eksklusif dalam UK’s: Up Close and Personal

Nostalgia Blues Mengimbau Perjalanan Ikonik Blues Gang dalam Konsert Apo Nak Di Kato

Cherry On Top Membawa Rock Progresif ke Arus Perdana dengan Lagu Ketagih

Blues Gang Merayakan Lima Dekad dalam Konsert Solo Berprestij di Zepp KL

50 Tahun Blues Gang Bakal Membawa Semangat Blues & Rock di Konsert Apo Nak Dikato Di Zepp KL 9 Ogos

Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati

Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'

Bergabung dalam Nostalgia 'CONCERT UK’SLAM MUSICAL'

Melodi Gabungan UK's dan SLAM yang Menghadirkan Keunikan Musikal di STADIUM MALAWATI pada 3 FEBRUARI

UK’s dan Slam Bersatu Dalam Konsert Terbesar Di Stadium Malawati Pada 3 Feb 2024

Gema Nostalgia Bersama SWEET CHARITY Semalam Di Malaya Pada 26 Januari Di Zepp KL

Pelancaran Program Realiti TV Pentas Marhaban: Dakwah Melalui Seni Suara dalam Islam

Perjalanan Menuju Konsert 'Tujuh Vibrato Gitar' Pada 3 November Di Zepp KL

25 Tahun Mengukir Kenangan Dalam Konsert Istimewa Lah Ahmad di Istana Budaya

Dari Busking ke Pentas Konsert, Perjalanan Seni Bob Sentuhan

KONSERT/TEATER/GIG

Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati

Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'

JAMAL ABDILLAH Dan M. NASIR Memaparkan Penghibur Sebenar

Persembahan Hebat Dalam The Best Of Joe

Persembahan Unik Oleh PITAHATI Di DPAC

Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN

Superstar ANGELA ZHANG Memukau Peminat

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Lagu Terbaik Dan Persembahan Hebat Di Konsert 3 Suara

Konsert Cinta NADIRA ADNAN Mempesona Peminat

Konsert Ulangtahun Yang Penuh Kenangan Daripada SHEILA ON 7

Gema Wirama Wings Menerjah Padang B Plaza Angsana

Malam Kalimah Cinta Yang Persona Daripada OPICK

Lebih 2000 Peminat Banjiri Konsert "Retrofest Asia 2015"

Ritma SEARCH Menerawang Di Hard Rock Cafe Melaka

Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik

Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD

"Konsert Wings 30 Tahun", Johor Bakal Di Jajah

Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.