Konsert Nasyid Lagenda Berakhir Dengan Cemerlang Kini Boleh Ditonton Secara Online Di peduliinsan.com atau Mypentas.com

05 Nov 2022 23:45

Konsert Nasyid Lagenda

Konsert Nasyid Lagenda

Konsert Nasyid Lagenda

Konsert Nasyid Lagenda

Konsert Nasyid Lagenda

Konsert Nasyid Legenda Gamit Nostalgia Kegemilangan Nasyid Tanahair, Tiket Habis Terjual Bakal Adakan Siaran Amal Tertunda Atas Talian.
 
Konsert Nasyid Legenda yang telah berlangsung dengan gilang-gemilang pada Sabtu, 29 Oktober 2022 adalah merupakan acara konsert anjuran Inteam Records Sdn Bhd dengan sokongan Dana Kandungan Digital dari pihak Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia. 
 
Konsert Nasyid Legenda yang membawa slogan Kembali Bersinar sebagai 'tribute' mengenang jasa penasyid-penasyid tanahair sejak tahun 70-an sehingga ke Zaman Nasyid Kontemporari ini telah menampilkan artis-artis nasyid tanahair seperti Hijjaz, Rabbani, Nazrey Johani, Ustaz Akhil Hayy, Ustaz Hasnul, Ustaz Amal dan Kumpulan Inteam. 
 
Turut ditampilkan ialah penyanyi Shahir Zawawi, Ustaz Raja Suhaimi dan Kumpulan Aydan yang merupakan Artis Nasyid Pelapis di bawah Rabbani.
 
"Alhamdulillah, Konsert ini berjalan lancar seperti yang dirancang dan kami berterima kasih kepada semua yang terlibat menjayakannya khususnya Inteam Records selaku penganjur, Badan Islam MBPJ dan KKOMM serta seluruh penaja dan semua yg hadir memberi sokongan" ujar Asri Ubaidillah dari Rabbani.
 
"Antara saat yang paling menyentuh hati kami ialah slot 'tribute' kepada Almarhum Ustaz Asri Ibrahim apabila anak beliau yang dulunya masih kecil, iaitu Ilham dari kumpulan Aydan kini tampil menyambung nyanyian lagu Munajat yang pernah beliau nyanyikan dulu dihiasi latarbelakang gambar-gambar kenangan bersama Almarhum. Ia ibarat simbolik perjuangan Almarhum akan disambung oleh anaknya dan generasi baru sekarang agar ia kembali bersinar" tambah Azadan Rabbani.
 
Menurut Munif dari kumpulan Hijjaz pula, Konsert Nasyid Legenda ini mengembalikan nostlagia ketika mereka pernah mengadakan Konsert besar di dewan yang sama hampir 30 tahun yang lalu. "Berada di pentas Auditorium Dewan Sivik MBPJ ini mengingatkan kami semula pada Konsert Bila Nur Melimpah di Hati yang pernah diadakan pada tahun 1993 dahulu yang mana selepas konsert itu berlalu, inilah kali pertama kami kembali semula mengadakan persembahan besar di dewan ini. Ia satu pengalaman yang cukup berharga" ujar beliau.
 
Ditanya mengenai sambutan Konsert Nasyid Legenda yang sangat menggalakkan, Hazamin dari Inteam Records selaku penganjur berkata:
 
 "Alhamdulillah, tiket konsert terjual laris dan "Sold Out" pada minggu akhir sebelum ia dilaksanakan. Disebabkan ramai peminat yang terlepas untuk membeli tiket, kami ambil keputusan untuk mengadakan Siaran Tayangan Tertunda Konsert bertiket pada 5 November nanti di platform Mypentas dengan tiket hanya RM25"
 
"Apa yang menariknya ialah, RM5 dari pembelian tiket tersebut akan disumbangkan kepada kempen Musim Sejuk Pelarian Syria yang mana Siaran Tertunda ini adalah dibawakan oleh Pertubuhan Peduli Insan Malaysia yang melancarkan kempen tersebut. Bermaksud peminat akan menonton tayangan konsert sambil beramal" tambah Hazamin.
 
Perjalanan Konsert Nasyid Legenda terbahagi kepada 4 segmen utama iaitu segmen nasyid tahun 70-an, segmen tahun 80-an ke 90-an, segmen tribute pahlawan nasyid dan segmen nasyid kontemporari penghujung tahun 90-an ke tahun 2000. Sebahagian dari hasil jualan tiket Konsert ini disumbangkan ke tabung kebajikan Badan Islam MBPJ dan Persatuan Kebajikan Sahabat Nadamurni.
 
Selain persembahan nasyid yang diiringi pemuzik iringan, penonton turut di sajikan dengan deklamasi puisi oleh pemuisi terkenal Ustaz Dinie Juri dan juga lakonan sketsa.
 
Tiket Tayangan Tertunda Amal atas talian bagi Konsert ini boleh didapati dari laman web www.peduliinsan.com atau Mypentas.com.




TERBARU

Cherry On Top Membawa Rock Progresif ke Arus Perdana dengan Lagu Ketagih

Blues Gang Merayakan Lima Dekad dalam Konsert Solo Berprestij di Zepp KL

50 Tahun Blues Gang Bakal Membawa Semangat Blues & Rock di Konsert Apo Nak Dikato Di Zepp KL 9 Ogos

Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati

Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'

Bergabung dalam Nostalgia 'CONCERT UK’SLAM MUSICAL'

Melodi Gabungan UK's dan SLAM yang Menghadirkan Keunikan Musikal di STADIUM MALAWATI pada 3 FEBRUARI

UK’s dan Slam Bersatu Dalam Konsert Terbesar Di Stadium Malawati Pada 3 Feb 2024

Gema Nostalgia Bersama SWEET CHARITY Semalam Di Malaya Pada 26 Januari Di Zepp KL

Pelancaran Program Realiti TV Pentas Marhaban: Dakwah Melalui Seni Suara dalam Islam

Perjalanan Menuju Konsert 'Tujuh Vibrato Gitar' Pada 3 November Di Zepp KL

25 Tahun Mengukir Kenangan Dalam Konsert Istimewa Lah Ahmad di Istana Budaya

Dari Busking ke Pentas Konsert, Perjalanan Seni Bob Sentuhan

Melodi dan Getaran: Menelusuri Kehebatan 7 Gitaris di Konsert TUJUH VIBRATO GITAR Pada 3 Nov Di Zepp

Gema Rock Di Konsert Double Trouble 2 Di Stadium Malawati 5 Ogos Ini

3 Dekad Perjalanan SLAM Dalam Konsert NurKasih 6 Ogos di Zepp KL

Repvblik Band Ingin Cipta Kenangan Sempena Ulangtahun Ke-19 Di Kuala Lumpur Pada 11 Ogos Di Zepp

Konsert Double Trouble 2 Membawa Gelombang Rock Ke Stadium Malawati Pada 5 Ogos

Kumpulan SLAM Meraikan Ulang Tahun Ke-30 dengan Konsert NurKasih

Konsert Amal Pengasih Tampilkan Artis Hebat

KONSERT/TEATER/GIG

Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati

Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'

JAMAL ABDILLAH Dan M. NASIR Memaparkan Penghibur Sebenar

Persembahan Hebat Dalam The Best Of Joe

Persembahan Unik Oleh PITAHATI Di DPAC

Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN

Superstar ANGELA ZHANG Memukau Peminat

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Lagu Terbaik Dan Persembahan Hebat Di Konsert 3 Suara

Konsert Cinta NADIRA ADNAN Mempesona Peminat

Konsert Ulangtahun Yang Penuh Kenangan Daripada SHEILA ON 7

Gema Wirama Wings Menerjah Padang B Plaza Angsana

Malam Kalimah Cinta Yang Persona Daripada OPICK

Lebih 2000 Peminat Banjiri Konsert "Retrofest Asia 2015"

Ritma SEARCH Menerawang Di Hard Rock Cafe Melaka

Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik

Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD

"Konsert Wings 30 Tahun", Johor Bakal Di Jajah

Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.