Konsert Sulung 25 Tahun Lah Ahmad Di PJPAC 1 Utama

04 Nov 2022 23:38
25 Tahun Lah Ahmad
25 Years Lah Ahmad Live In Concert – adalah sebuah konsert sulung beliau setelah 25 tahun menceburi dalam bidang industri seni muzik tanah air. Abdullah bin Ahmad atau dikenali sebagai Lah Ahmad penyanyi yang tidak asing lagi dalam industri seni muzik tanah air bakal menjayakan konsert ini selepas showcase pertama beliau pada tahun 2018 mendapat sambutan yang hangat. Konsert ini akan menampilkan hampir 20 buah lagu sepanjang perjalanan karier beliau. Baik lagu lama dan juga lagu baru dari album album beliau. Selain daripada itu, konsert pertama ini akan menampilkan dan meraikan album ke – 4 beliau yang bertajuk ‘Jatuh’. Konsert ini pasti akan membawa peminatnya menikmati impian beliau yang ingin menjayakan konsert julung kalinya, perjalanan kerjayanya dan menjiwai seni suara dan lagunya.
 
Bakal menggegarkan 25 Years Lah Ahmad Live In Concert di Stage 1 Theatre, PJPAC 1 Utama E pada 28 Januari 2023. Jualan tiket akan di jual secara online onetix.com.my dan jualan ticket akan bermula pada hari ini 2 November 2022. Harga jualan tiket bermula dari :
 
Sempuarna & Terbaik – RM330 (Meet & Greet + Jatuh Album)
Ayu – RM190
Adinda– RM120
 
Konsert yang diidamkan oleh Lah Ahmad ini juga 25 Years Lah Ahmad Live In Concert di PJPac nanti. Selain daripada itu, Syawal Hussin selaku muzik director bersama ahli muzik seperti Don (gitar), Khazri (gitar ), Wan (drum), Amai (Bass), Mirzan (keyboard) dan Ude Sitar (Programmer). Mereka ini bakal mewarnai sepanjang malam 25 Years Lah Ahmad Live In Concert.
 
Mempunyai kelebihan dari segi vokal dan bakat mencipta lagu, kini beliau tampil menghasilkan album terbaru bertajuk ‘Jatuh’ yang bakal dijual pada hari konsert tersebut secara fizikal. ‘Jatuh’ juga merupakan salah satu judul lagu daripada album terbaru beliau. Kerana itu, Judul ‘Jatuh’ ini serta merta diangkat dan dijadikan sebagai judul album ke 4 beliau. Salah satu kelebihan album ‘Jatuh’ ini adalah, hampir 95% lagu lagu yang diciptakan sepenuhnya oleh hasil karya Lah Ahmad tersendiri. Menggunakan bakat dan kelebihan beliau, lagu ‘Jatuh’ juga dicipta sepenuhnya oleh Lah Ahmad sendiri. Single ‘Jatuh’ yang memberi maksud jatuh cinta pada sesorang yang telah lama dinantikan dan jatuh cinta pada seseorang itu sehingga ke akhir hayat.
 
Single ‘Jatuh’ bakal dilancarkan sepenuhnya pada bulan Disember 2022 nanti. Selain daripada itu, single ke 2 dari album ‘Jatuh’ yang bertajuk Ulangtahun dicipta sepenuhnya oleh Asfan Shah yang juga bakal dilancarkan pada bulan Januari 2023. Ulangtahun merupakan lagu untuk pasangan yang bahagia dan sedang menyambut hari ulangtahun percintaan mereka.
 
Konsep album ‘Jatuh’ akan menampilkan beberapa buah lagu baru dan yang lama tetapi akan memberi nafas baru pada lagu lagu tersebut. Semestinya, album ini akan mengekalkan penyanyi bersuara lunak Lah Ahmad ini sebagai penyanyi Pop Rnb. Album ini boleh didapatkan di Shopee Salam Official pada bulan Febuari 2023 nanti dengan berharga RM50.00 sahaja.
 
Akhir sekali diharapkan pihak media dan peminat peminat dapat terus memberi sokongan pada karya karya Lah Ahmad dan mendapat siulan di corong corong radio.




TERBARU

Konsert Rockestra Lefthanded 40 Tahun: Menghidupkan Semula Rock Legenda

Konsert Kumpulan SLAM NURKASIH Di Zepp Kuala Lumpur 6 Ogos

Lefthanded 40 Tahun Rockestra Konsert Bersama Kumpulan Rock Legenda

Bantuan Kemanusian Daripada Pertubuhan Peduli Insan Malaysia Ke Turkiye

Kumpulan Nasyid Zawfan Yang Mirip Raihan

25 Years Lah Ahmad Live In Concert Kisah Perjalanan Seni Lah Ahmad

Lagu Terbaru INTEAM Selimut Kasih Papar Keperitan Hidup Pelarian

Gabungan Joe Branko Dan Muss Dalam Konsert BARBARIK PENTAS KERAS Pada 24 Dis

Konsert Nasyid Lagenda Berakhir Dengan Cemerlang Kini Boleh Ditonton Secara Online Di peduliinsan.com atau Mypentas.com

Konsert Sulung 25 Tahun Lah Ahmad Di PJPAC 1 Utama

Gabungan Rockers Daripada 3 Negara Dalam Konsert Kolaboraci - Three To Rock

Pelancaran Single Sentuhan Man Kidal & Geseken Violin Rania Imtiaz

Konsert Jelajah DATO RAMLI SARIP Bersama LEFTHANDED Di Zepp 29 Oktober Kuala Lumpur

Nostalgia Lagu Nasyid Tahun 70an hingga 90an Di Dalam Konsert Nasyid Lagenda Pada 29 Oktober

Konsert Jelajah Ramli Sarip 2022 Cinta Di Sebalik Musim Di 6 Buah Negeri dan Singapura

JAMAL ABDILLAH Kini Usahawan Kosmetik ZARANIA BEAUTY

Konsert Jubli Emas HETTY KOES ENDANG Di Berjaya Times Square Hotel Kuala Lumpur pada 27 Ogos Mendapat Sambutan Hangat

Kemeriahan Makanan Food Truck ‘Sembang@PJ Art Lane’ Di Dataran Boulevard MBPJ

Konsert Eksklusif DATO RAMLI Merasmikan Pembukaan Malacca Music Hall

Konsert Eksklusif Datuk Ramli Sarip Sempena Pembukaan Rasmi Malacca Music Hall

KONSERT/TEATER/GIG

JAMAL ABDILLAH Dan M. NASIR Memaparkan Penghibur Sebenar

Persembahan Hebat Dalam The Best Of Joe

Persembahan Unik Oleh PITAHATI Di DPAC

Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN

Superstar ANGELA ZHANG Memukau Peminat

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Lagu Terbaik Dan Persembahan Hebat Di Konsert 3 Suara

Konsert Cinta NADIRA ADNAN Mempesona Peminat

Konsert Ulangtahun Yang Penuh Kenangan Daripada SHEILA ON 7

Gema Wirama Wings Menerjah Padang B Plaza Angsana

Malam Kalimah Cinta Yang Persona Daripada OPICK

Lebih 2000 Peminat Banjiri Konsert "Retrofest Asia 2015"

Ritma SEARCH Menerawang Di Hard Rock Cafe Melaka

Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik

Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD

"Konsert Wings 30 Tahun", Johor Bakal Di Jajah

Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati

WINGS Merubah Atmosfera Stadium Merdeka

Sokongan Tiada Berbelah Bagi Bukti Irama Rock Terus Bergema

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.