“Ini macam satu kebetulan , the rocking 70s” Dato Ramli membuka bicara mengenai Konsert jelajah untuk Album terbaru beliau ‘Rasa’ , umum mengetahui bagaimana minatnya beliau dengan dengan muzik rock awal 70an antaranya Led Zeppelin, dan bagaimana pengaruhnya dibentuk dalam setiap lagu beliau terutama yang diimprovise dalam setiap konsert.
“70 tahun sebenarnya umur saya tapi saya rasa untuk berjalan dalam industry muzik tempatan, perjalanan kami dah matang juga. Kalau dibandingkan dengan Mat Salleh macam Rolling Stones, The Beatles, Led Zeppelin, Pink Floyd. Adik kepada saya Lefthanded, Man Kidal, Nash yang hampir 45 tahun. Jadi saya rasa kita bekerjasama dari dulu dan mereka juga peminat Sweet Charity. Rata-rata mereka lebih kenal kepada Sweet Charity punya lagu
Lefthanded Bersama Man Kidal , Nash bakal Bersama dalam persembahan Dato Ramli di Zepp Kuala Lumpur pada 29 Oktober nanti, berkongsi pentas dalam membawakan beberapa buah lagu.
“Untuk mereka (Lefthanded) ada dekat Zepp ini adalah satu benda yang istimewa dan saya rasa banyak kenangan yang kita lalui Bersama daripada Lefthanded dulu sampai sekarang dan kita Nampak sangat perjalanan yang indah masih berjalan dan itu banyak tinggalkan kita satu kenangan yang indah seperti Arwah Samad mereka dewasa di depan mata saya, sama juga Arwah Abdul Rahman Osman , Dato Ramli sambung bicara
Ketika di tanya mengenai persembahan lagu nanti , Dato Ramli terus sambung
“Muzik ini ada yang bermacam , mungkin kalau kita cakap Adam Dan Hawa, ada segelintir orang je yang tahu, tapi lagu tu sangat dalam, berbisa dan bermakna. Begitu juga Syair Timur dan misalnya ada lagu folk kita nak persembahkan di Zepp tu nanti tak semua lagu-lagu kita sesuaikan kat big arena, kita kena kecikkan tapi ada satu moment yang indah. Saya rasa Lefthanded ada benda tu juga tapi kali ini Lefthanded akan membantu saya, memberikan satu persembahan yang berlainan, mungkin kita akan bergabung sama atas dasar persaudaraan dan perjalanan muzik yang seimbang. Konsert ini mungkin memakan masa 2 jam setengah hingga 3 jam. Dia ada muzik yang agak keras tapi padat, dewasa and folk dan rakyat”
“Yang penting kita kena tau ada benda atau tak, kadang-kadang kita nak buat 1 atau 2 show, tapi habis tak ada bahan , Jadi bagi saya ada tempat kita buat sekali je, lain negeri kita pergi Perak dan Pahang penerimaannya berlainan, jadi lagu-lagu yang bakal kita persembahkan dalam jelajah kita sesuaikan dengan keadaan. Ada yang buat dinner show tapi ala konsert dan ada yang nak lagu-lagu yang bertemakan kehidupan, misalnya dia nak Hari Wanita, Hari Palestine. Jadi kita kena imbangkan, nasib baik kita ada banyak lagu yang boleh digabungkan untuk buat persembahan misalnya Sabah, mereka nak hari Wanita, jadi kita letaklah Srikandi Zaman, sama juga Sarawak, kita akan letak Sentosa Di Kubah Hayat misalnya begitu, setiap negeri ada konsepnya. Kita tahu Johor dia punya stail gini, KL memang Zeep, kita akan gabungkan. Saya rasa takde masalah sebab buat masa ni koleksi lagu-lagu saya ada cukup, dengan kehadiran Man Kidal dan Nash dia lebih menceritakan sejarah perjalanan seni kita.
Dengan umur yang makin meningkat, Dato Ramli semakin aktf dengan konsert dan show, malah muncul lagi dengan album terbaru Rasa. Beliau kelihatan lebih aktif dan penuh semangat walaupun pada usia 70 tahun, ditanya mengenai rehat beliau, Dato Ramli menjawab dengan mudah, ia adalah amalan 30-40 tahun lalu dan yang penting jangan stress
“Selain daripada rehat, jauhkan stress yang tak perlu dan yang penting displin. Biasa lepas show atau konsert saya akan berehat dalam kereta dan tido , lepas show saya mandi dan okay, pemandu saya pun okay, 2 bantal kecik kat belakang, kalau penat berhenti. Kita tau dah kita tiba sana mungkin Subuh, kita boleh tido, jangan kacau, lock semua, telefon takyah tengok. Masa tu dah kena displin, kalau merapu memang tak boleh, makan jaga, jangan selalu makan yang terlalu pedas, yang berminyak. Tapi makanan sunah dah mesti, lebih 30-40 tahun lalu sebelum popular baraqah saya dah on, jadi saya anggap benda ni dah sebati dengan saya macam madu. Travel pun saya akan bawa, tak botol besar, botol kecik, tu antara saya punya falsafah. Kadang-kadang kita kena yakin. Pasal Allah s.w.t dah beritahu Rasullullah s.a.w, kalau tidak Rasullullah s.a.w takkan cakap je tentang madu ni. Kalau dah ambil kena yakin dan makan buah buahan yang lebih, minum air yang lebih. Normal bila kita kadang-kadang nak nyanyi selepas purata 2 jam setengah perut saya jadi lembik , bukan tak boleh nyanyi, energy macam takde, itu kelam kabut cari roti kat belakang, makan roti atau pisang. Pasal saya nyanyi dan persembahan adalah berat, beratnya dekat rasa, dekat penyampaian, jiwa itu berat.”
Sebanyak lapan lokasi sudah dikenal pasti iaitu Johor Bahru (7 Oktober), Melaka (14 Oktober), Kuala Lumpur (29 Oktober), Sabah (12 November), Sarawak (20 November) dan Kelantan (25 & 26 November).
Dato Ramli Sarip memaklumkan beliau juga tidak keseorangan apabila persembahannya itu nanti turut ditemani artis undangan iaitu Datuk Nash dan Man Keedal (KL) Dayang Nurfaizah (Sabah) dan Kamrulbahrin Husin (Kelantan).
“Kadang-kadang ada penganjur yang mahukan artis jemputan untuk menyerikan lagi konsert saya itu dan perkara itu tak jadi masalah buat saya.
“Dan tak salah rasanya untuk mereka sama-sama meraikan dan secara tidak langsung dapat juga saya berkongsi rezeki dengan mereka.
“Kehadiran mereka ini juga dapat menambah warna dalam konsert itu. Lagipun mereka yang diundang ini masing-masing mempunyai keistimewaan yang tersendiri.
‘Nash dan Man Keedal sudah sebati dengan muzik saya kerana saya pernah mencipta lagu untuk mereka. Dayang pula sejak dari dulu lagi saya sudah nampak ciri-ciri kemelayuan dalam dirinya dan kita pun pernah bekerjasama.
“Di Kelantan, saya mengundang penyanyi tradisional iaitu Kamrulbahrin yang boleh menerapkan elemen budaya seperti wayang kulit dalam persembahan,” katanya.
Mengulas konsep persembahan, penyanyi kelahiran Singapura ini menjanjikan kelainan dalam setiap lokasi yang bakal disinggahinya.
“Tak semua tempat persembahannya sama. Apa yang boleh saya beritahu, persamaannya hanyalah 70 peratus sahaja manakala 30 peratus lagi bergantung kepada situasi.
“Selera penonton berbeza-beza kerana ada yang suka muzik yang keras, ada yang lebih menyukai tradisional dan tak kurang pula yang gemar genre puisi.
“Walau apapun yang mereka suka, terasnya sudah tentu muzik rock, Budaya pop perlu ada,” ujar beliau.
Sempena penganjuran Konsert Jelajah Ramli Sarip 2022- Cinta Disebalik Musim dan juga sebagai apresiasi terhadap bekas vokalis kumpulan Sweet Charity itu, pihak Silver Gold
Collector Club Official Empire (SGCC) & NINOX IDEA akan berkolaborasi bersama RASA KARYA untuk menghasilkan set komemoratif emas Ramli Sarip
Set komemoratif emas Ramli Sarip ini akan didatangkan dengan satu unit bar emas seberat 0.5 gram (ketulenan 999.9) dan akan disertakan sekali dengan album Rasa dalam bentuk edisi tehad.
Untuk peminat Ramli Sarip, jangan lepaskan peluang untuk memilikinya kerana edisi ini hanya ada 500 set sahaja.
Maklumat lanjut mengenai Set Komemoratif Emas Ramli Sarip ini boleh didapati di seluruh saluran media sosial rasmi Ramli Sarip.
Sebagai penghargaan kepada peminat yang tidak pernah jemu memberi sokongan, mereka yang membeli cakera padat (CD) dan vinyl album rasa mendapat diskaun menarik hanya dengan menunjukkan tiket konsert di kaunter merchandising.
Tiket untuk menyaksikan konsert boleh didapati dengan melayari laman web www.ilassotickets.com
TARIKH-TARIKH KONSERT JELAJAH:
JOHOR (KONSERT)
Tempat: Persada Johor
Tarikh: Jumaat, 7 Okt 2022
Masa: 8.45mlm
Tiket: www.ilassotickets.com
Harga: RM380.00/RM280.00/RM188.00
MELAKA (KONSERT)
Tempat: LaCrista Hotel
Tarikh: Jumaat, 14 Okt 2022
Masa: 8.45mlm
Tiket: www.ilassotickets.com
Harga: RM385.00/RM205.00
KUALA LUMPUR (KONSERT)
Tempat: Zepp Kuala Lumpur
Tarikh: Sabtu, 29 Okt 2022
Masa: 8.45mlm
Tiket: www.ilassotickets.com
Harga: RM450.00/RM350.00/RM300.00
VIP BOX: RM6,000.00 untuk 6 orang
Untuk VIP Box boleh di dapati dari
Rasa Karya Sdn Bhd: 013 2633938
INT X GROUP Sdn Bhd: 019 3017778
SABAH (CHARITY DINNER)
Tempat: Sabah International Convention Centre, Kota Kinabalu
Tarikh: Sabtu, 12 Nov 2022
Masa: 8.00mlm
Pertanyaan: 012 8370222
SARAWAK (CHARITY DINNER)
Tempat: Dewan Majma Tunku Abdul Halim Mu’adzam Shah, Kuching
Tarikh: Ahad, 20 Nov 2022
Masa: 8.00mlm
Tiket: RM12,000.00/RM10,000.00/RM8,000.00/RM6,000.00/ RM4,000/RM2,000.00 untuk
10 orang semeja
Hubungi: Kurnia 012 8189106 & Ain 014 5970664
KELANTAN (KONSERT & CHARITY DINNER)
Tempat: Grand Riverview Hotel, Kota Bahru
Tarikh: Jumaat, 25 Nov 2022 (Charity Dinner)
Sabtu, 26 Nov 2022 (Konsert)
Masa: 8.30mlm
Tiket: www.ilassotickets.com
RM348.00/RM308.00/RM258.00/RM108.00 (Konsert)
Konsert Rockestra Lefthanded 40 Tahun: Menghidupkan Semula Rock Legenda
Lefthanded 40 Tahun Rockestra Konsert Bersama Kumpulan Rock Legenda
Bantuan Kemanusian Daripada Pertubuhan Peduli Insan Malaysia Ke Turkiye
25 Years Lah Ahmad Live In Concert Kisah Perjalanan Seni Lah Ahmad
Lagu Terbaru INTEAM Selimut Kasih Papar Keperitan Hidup Pelarian
Gabungan Joe Branko Dan Muss Dalam Konsert BARBARIK PENTAS KERAS Pada 24 Dis
Gabungan Rockers Daripada 3 Negara Dalam Konsert Kolaboraci - Three To Rock
Pelancaran Single Sentuhan Man Kidal & Geseken Violin Rania Imtiaz
Konsert Jelajah DATO RAMLI SARIP Bersama LEFTHANDED Di Zepp 29 Oktober Kuala Lumpur
Nostalgia Lagu Nasyid Tahun 70an hingga 90an Di Dalam Konsert Nasyid Lagenda Pada 29 Oktober
Konsert Jelajah Ramli Sarip 2022 Cinta Di Sebalik Musim Di 6 Buah Negeri dan Singapura
Kemeriahan Makanan Food Truck ‘Sembang@PJ Art Lane’ Di Dataran Boulevard MBPJ
Konsert Eksklusif DATO RAMLI Merasmikan Pembukaan Malacca Music Hall
Konsert Eksklusif Datuk Ramli Sarip Sempena Pembukaan Rasmi Malacca Music Hall
Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN
Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang
Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik
Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD
Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati
WWW.RAWK.COM.MY
ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.
With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.
Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my
MANAGEMENT
CONTACT
WEB DESIGN
Piko Fairuz [RAWK Entertainment]
PENAFIAN
Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini
HAK CIPTA TERPELIHARA
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.