Nostalgia Lagu Nasyid Tahun 70an hingga 90an Di Dalam Konsert Nasyid Lagenda Pada 29 Oktober

03 Sep 2022 16:36

knsertnasyidlagenda

Konsert Nasyid Legenda merupakan sebuah konsert nasyid anjuran Inteam Records Sdn Bhd dengan sokongan Dana Kandungan Digital dari pihak Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM).
 
Konsert Nasyid Legenda yang membawa slogan Kembali Bersinar ini diadakan bertujuan sebagai 'tribute' bagi mengenang jasa penasyid-penasyid tanahair sejak tahun 70-an seperti kumpulan Al-Jawaher, Al-Mizan dan seangkatannya, tahun 80-an seperti Nadamurni dan The Zikr, serta tahun 90-an sehingga ke awal kegemilangan nasyid kontemporari seperti Raihan, Hijjaz, Rabbani, Brothers dan lain-lain. 
 
Konsert ini bakal menampilkan artis-artis nasyid tanahair seperti Hijjaz, Rabbani, Nazrey Johani, Ustaz Akhil Hayy, Ustaz Hasnul, Ustaz Amal dan Kumpulan Inteam. Turut ditampilkan ialah penyanyi Shahir Zawawi dan Ustaz Raja Suhaimi. 
 
"Di antara objektif kami mengadakan konsert ini selain memenuhi tanggungjawab diberikan pihak K-KOMM, ialah sebagai ekspressi penghargaan kami kepada generasi awal penasyid yang merupakan guru-guru kami dan inspirasi kami suatu masa dahulu. Sememangnya kami membesar dengan lagu-lagu hebat alunan mereka dan kami cuba untuk mengembalikan nostalgia lagu-lagu tersebut di dalam konsert ini" Ujar Hazamin Inteam selaku pengarah konsert ini.
 
"Alhamdulillah, kami sangat terharu dengan sambutan peminat dan penyokong industri nasyid tanahair terhadap konsert ini sehinggakan jualan tiket RM50 dan RM100 telah habis dalam masa tidak sampai sehari dari tarikh jualan tiket secara rasmi dilancarkan. Walau bagaimanapun, tiket berharga RM150, RM200 dan RM250 masih lagi dijual di platform ilassotickets.com" tambah beliau lagi.
 
Perjalanan konsert ini akan terbahagi kepada 4 segmen utama iaitu segmen nasyid tahun 70-an, segmen tahun 80-an ke 90-an, segmen tribute pahlawan nasyid dan segmen nasyid kontemporari penghujung tahun 90-an ke tahun 2000.
 
Selain persembahan nasyid yang diiringi pemuzik iringan, penonton akan turut di sajikan dengan deklamasi puisi oleh pemuisi terkenal Ustaz Dinie Juri dan juga lakonan sketsa.
 
Konsert ini turut mendapat kerjasama dan sokongan Radio IKIM sebagai Radio Rasmi, Badan Islam Majlis Bandaraya Petaling Jaya sebagai rakan kerjasama dan beberapa penaja yang lain.
 
Sebahagian dari hasil jualan tiket konsert ini akan turut disumbangkan ke tabung  Persatuan Kebajikan Sahabat Nadamurni serta kepada beberapa rakan artis nasyid yang sedang diuji dengan musibah.
 
Konsert Nasyid Legenda akan diadakan pada 29 Oktober 2022 jam 8.30 malam di Dewan Sivik MBPJ di Petaling Jaya. Tiket masih lagi boleh dibeli melalui platform ilassotickets.com.




TERBARU

Konsert Rockestra Lefthanded 40 Tahun: Menghidupkan Semula Rock Legenda

Konsert Kumpulan SLAM NURKASIH Di Zepp Kuala Lumpur 6 Ogos

Lefthanded 40 Tahun Rockestra Konsert Bersama Kumpulan Rock Legenda

Bantuan Kemanusian Daripada Pertubuhan Peduli Insan Malaysia Ke Turkiye

Kumpulan Nasyid Zawfan Yang Mirip Raihan

25 Years Lah Ahmad Live In Concert Kisah Perjalanan Seni Lah Ahmad

Lagu Terbaru INTEAM Selimut Kasih Papar Keperitan Hidup Pelarian

Gabungan Joe Branko Dan Muss Dalam Konsert BARBARIK PENTAS KERAS Pada 24 Dis

Konsert Nasyid Lagenda Berakhir Dengan Cemerlang Kini Boleh Ditonton Secara Online Di peduliinsan.com atau Mypentas.com

Konsert Sulung 25 Tahun Lah Ahmad Di PJPAC 1 Utama

Gabungan Rockers Daripada 3 Negara Dalam Konsert Kolaboraci - Three To Rock

Pelancaran Single Sentuhan Man Kidal & Geseken Violin Rania Imtiaz

Konsert Jelajah DATO RAMLI SARIP Bersama LEFTHANDED Di Zepp 29 Oktober Kuala Lumpur

Nostalgia Lagu Nasyid Tahun 70an hingga 90an Di Dalam Konsert Nasyid Lagenda Pada 29 Oktober

Konsert Jelajah Ramli Sarip 2022 Cinta Di Sebalik Musim Di 6 Buah Negeri dan Singapura

JAMAL ABDILLAH Kini Usahawan Kosmetik ZARANIA BEAUTY

Konsert Jubli Emas HETTY KOES ENDANG Di Berjaya Times Square Hotel Kuala Lumpur pada 27 Ogos Mendapat Sambutan Hangat

Kemeriahan Makanan Food Truck ‘Sembang@PJ Art Lane’ Di Dataran Boulevard MBPJ

Konsert Eksklusif DATO RAMLI Merasmikan Pembukaan Malacca Music Hall

Konsert Eksklusif Datuk Ramli Sarip Sempena Pembukaan Rasmi Malacca Music Hall

KONSERT/TEATER/GIG

JAMAL ABDILLAH Dan M. NASIR Memaparkan Penghibur Sebenar

Persembahan Hebat Dalam The Best Of Joe

Persembahan Unik Oleh PITAHATI Di DPAC

Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN

Superstar ANGELA ZHANG Memukau Peminat

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Lagu Terbaik Dan Persembahan Hebat Di Konsert 3 Suara

Konsert Cinta NADIRA ADNAN Mempesona Peminat

Konsert Ulangtahun Yang Penuh Kenangan Daripada SHEILA ON 7

Gema Wirama Wings Menerjah Padang B Plaza Angsana

Malam Kalimah Cinta Yang Persona Daripada OPICK

Lebih 2000 Peminat Banjiri Konsert "Retrofest Asia 2015"

Ritma SEARCH Menerawang Di Hard Rock Cafe Melaka

Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik

Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD

"Konsert Wings 30 Tahun", Johor Bakal Di Jajah

Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati

WINGS Merubah Atmosfera Stadium Merdeka

Sokongan Tiada Berbelah Bagi Bukti Irama Rock Terus Bergema

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.