Konsert Eksklusif DATO RAMLI Merasmikan Pembukaan Malacca Music Hall

02 Aug 2022 00:07

rasa

Industri seni dan hiburan di Melaka akan bertambah meriah dengan pembukaan rasmi Malacca Music Hall (MMH) pada hari ini.

Pembukaan rasmi Malacca Music Hall diserikan dengan penganjuran konsert artis ternama Dato Ramli Sarip yang bertemakan “Concert Ramli Sarip – Up Close & Persona”. Konsert yang berlangsung selama 2 malam, iaitu pada 29 dan 30 Julai 2022 ini adalah khusus untuk para peminat beliau untuk berhibur secara eksklusif di samping berpeluang untuk berinteraksi secara dekat dan santai bersama Dato Ramli Sarip.

Dato Ramli merupakan artis pertama yang diberi penghormatan untuk membuat konsert sulung di Malacca Music Hall, terhad kepada 150 orang peminat sahaja, persembahan Dato Ramli kalini diadakan sambil makan malam, pakej berhibur yang eksklusif.

Paparock yang bersuara emas ini tidak sedikitpun mengambil mudah dan tampil dengan 16 buah lagu untuk peminat beliau pada malam itu, ia bukan persembahan yang bersahaja. Dato Ramli tidak mengambil mudah beliau memberikan sepenuh tenaga buat para penonton.

Apa yang kita lihat adalah semangat Dato Ramli yang terus menyanyikan lagu-lagu popular beliau.

Menariknya Dato Ramli bakal melakukan konsert jelajah dibeberapa buah negeri seperti Johor , Melaka , Perak , Kuala Lumpur , Kelantan , Sabah , Sarawak dan menutup di Singapura . Konsert untuk mempromosikan album terbaru beliau yang bertajuk RASA

Malacca Music Hall merupakan adalah tempat terbaru dengan yang dilengkapi pelbagai kemudahan acara, khususnya bagi penganjuran konsert atau persembahan hiburan yang bersifat eksklusif. Ruang utama Malacca Music Hall telah dilengkapi dengan peralatan audio visual termoden berserta dengan system peralatan bunyi dan cahaya. Malacca Music Hall juga dilengkapi dan kemudahan ruang pelbagai guna dan juga kemudahan tempat letak kereta.

Terletak di Masjid Tanah Melaka, pembangunan Malacca Music Hall adalah merupakan suatu inisiatif pihak persendirian yang mendukung visi sebagai pemangkin dan penyumbang kepada perkembangan dan penggalakkan pembangunan industry muzik tanah air, khususnya di Melaka. Pelbagai acara dan aktiviti senis hiburan telah dirangka dan akan dilancarkan secara berperingkat oleh pihak pengurusan Malacca Music Hall, bertujuan untuk mengembalikan kemeriahan industry seni dan hiburan yang telah  terjejas akibat dari impak pandemic Covid-19.

Selain dari Konsert Ramli Sarip - Malacca Music Hall juga dalah persediaan untuk menganjurkan konsert dan persembahan eksklusif MOHRAM, Azharina dan Amir UK yang bakal berlangsung pada tahun ini.

Malacca Music Hall mengutamakan penganjuran acara muzik yang berkualiti dan kreatif agar dapat mencipta kelainan dan memberi kepuasan kepada penonton yang menghadiri setiap konsert di Malacca Music Hall. Untuk merealisasikan misi ini, pengurusan Malacca Music Hall dan pembangunan strategi pengembangan aktiviti dan acara Malacca Music Hall juga turut dibantu urus oleh pemuzik profesional Malaysia serta penggiat seni yang berpengalaman luas dalam industry muzik dan hiburan.

“Kami hanya mahu memberikan perkhidmatan dan persembahan acara yang terbaik untuk para pelanggan kami, maka tentunya kami merujuk secara professional kepada rakan industry muzik yang tentunya berpengalaman luas dalam setiap aspek muzik, seni dan hiburan” ujar Saudara Hosny Yunus, selaku pengurus Malacca Music Hall.

Selain dari berfungsi sebagai lokasi penganjuran acara, Malacca Music Hall turut menawarkan perkhidmatan lengkap sebagai studio rakaman  muzik. Malacca Music Hall juga boleh disewa oleh penganjur acara dan majlis. Malacca Music Hall juga sedia bekerjasama dengan pihak penganjur berasaskan konsep kongsi-niaga dan keuntungan untuk acara-acara dan aktiviti yang bersesuaian dengan pelan perniagaan dan pemasan Malacca Music Hall.

Selain dari menawarkan ruang untuk penganjuran acara, Malacca Music Hall terletak bersebelahan dengan Villa d’Acqua Resort yang turut bekerjasama dengan Malacca Music Hall dengan menawarkan pakej penginapan bertaraf hotel butik kepada para penonton yang menghadiri konsert Malacca Music Hall.  Hotel yang dilengkapi dengan kemudahan bilik-bilik penginapan, kolam renang, ruang penganjuran acara adalah sesuai untuk percutian secara keluarga dan berkumpulan.

Malacca Music Hall juga berhampiran dengan pusat tarikan pelancong seperti Tanjung Bidara dan Pengkalan Balak yang juga turut menempatkan pelbagai chalet dan resort percutian. Ia menjadikan Malacca Music Hall sebagai lokasi yang strategik kerana para penonton konsert boleh memilih untuk bermalam sama ada di Villa d’Acqua atau di chalet berhampiran sebagai lokasi untuk merehatkan badan selepas menonton konsert atau persembahan artis kesayangan mereka.

Tempahan dibuka sepanjang tahun dan bagi mereka yang berminat, boleh menghubungi  talian 017 331 5111 untuk sebarang pertanyaan dan juga membuat tempahan




TERBARU

Konsert Rockestra Lefthanded 40 Tahun: Menghidupkan Semula Rock Legenda

Konsert Kumpulan SLAM NURKASIH Di Zepp Kuala Lumpur 6 Ogos

Lefthanded 40 Tahun Rockestra Konsert Bersama Kumpulan Rock Legenda

Bantuan Kemanusian Daripada Pertubuhan Peduli Insan Malaysia Ke Turkiye

Kumpulan Nasyid Zawfan Yang Mirip Raihan

25 Years Lah Ahmad Live In Concert Kisah Perjalanan Seni Lah Ahmad

Lagu Terbaru INTEAM Selimut Kasih Papar Keperitan Hidup Pelarian

Gabungan Joe Branko Dan Muss Dalam Konsert BARBARIK PENTAS KERAS Pada 24 Dis

Konsert Nasyid Lagenda Berakhir Dengan Cemerlang Kini Boleh Ditonton Secara Online Di peduliinsan.com atau Mypentas.com

Konsert Sulung 25 Tahun Lah Ahmad Di PJPAC 1 Utama

Gabungan Rockers Daripada 3 Negara Dalam Konsert Kolaboraci - Three To Rock

Pelancaran Single Sentuhan Man Kidal & Geseken Violin Rania Imtiaz

Konsert Jelajah DATO RAMLI SARIP Bersama LEFTHANDED Di Zepp 29 Oktober Kuala Lumpur

Nostalgia Lagu Nasyid Tahun 70an hingga 90an Di Dalam Konsert Nasyid Lagenda Pada 29 Oktober

Konsert Jelajah Ramli Sarip 2022 Cinta Di Sebalik Musim Di 6 Buah Negeri dan Singapura

JAMAL ABDILLAH Kini Usahawan Kosmetik ZARANIA BEAUTY

Konsert Jubli Emas HETTY KOES ENDANG Di Berjaya Times Square Hotel Kuala Lumpur pada 27 Ogos Mendapat Sambutan Hangat

Kemeriahan Makanan Food Truck ‘Sembang@PJ Art Lane’ Di Dataran Boulevard MBPJ

Konsert Eksklusif DATO RAMLI Merasmikan Pembukaan Malacca Music Hall

Konsert Eksklusif Datuk Ramli Sarip Sempena Pembukaan Rasmi Malacca Music Hall

KONSERT/TEATER/GIG

JAMAL ABDILLAH Dan M. NASIR Memaparkan Penghibur Sebenar

Persembahan Hebat Dalam The Best Of Joe

Persembahan Unik Oleh PITAHATI Di DPAC

Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN

Superstar ANGELA ZHANG Memukau Peminat

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Lagu Terbaik Dan Persembahan Hebat Di Konsert 3 Suara

Konsert Cinta NADIRA ADNAN Mempesona Peminat

Konsert Ulangtahun Yang Penuh Kenangan Daripada SHEILA ON 7

Gema Wirama Wings Menerjah Padang B Plaza Angsana

Malam Kalimah Cinta Yang Persona Daripada OPICK

Lebih 2000 Peminat Banjiri Konsert "Retrofest Asia 2015"

Ritma SEARCH Menerawang Di Hard Rock Cafe Melaka

Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik

Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD

"Konsert Wings 30 Tahun", Johor Bakal Di Jajah

Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati

WINGS Merubah Atmosfera Stadium Merdeka

Sokongan Tiada Berbelah Bagi Bukti Irama Rock Terus Bergema

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.