Tanggal 27 Ogos 2022, bertempat di Manhattan Ballroom, Berjaya Times Square Hotel Kuala Lumpur.
Hetty Koes Endang bakal menjayakan Konsert Jubli Emas Hetty Koes Endang. Konsert yang berkonsepkan makan malam ini dianjurkan sepenuhnya oleh Mahajaya Empire Sdn Bhd.
Konsert ini begitu bermakna buat bunda kerana ia merupakan perayaan Jubli Emas, 50 tahun bunda berkarya dalam industri muzik sebagai penyanyi dan penghibur.
Mengikut perancangan awal, sepatutnya konsert ini bakal diadakan pada tahun 2020. Namun semua maklum akan keadaan semasa berikut pelaksanaan perintah kawalan (PKP) bagi mengekang penularan wabak Covid 19, menyebabkan ianya tertangguh. Hinggalah tahun 2022 konsert Jubli Emas ini akanterlaksana.
Konsert berkonsepkan makan malam ini akan berdurasi selama 120 minit yang bakal menyaksikan bunda mendendangkan sekitar 15 buah lagu hit dan beberapa buah lagu khas tribute buat komposer dan penyanyi legenda seperti Broery dan Datuk Ahmad Nawab.
Sekali lagi, bunda bekerjasama bersama Dato Ramli MS sebagai pengarah muzik pada konsert itu nanti serta diiringi pemuzik-pemuzik professional tanahair. ‘Muzik Tok Ram sangat hidup dan sentiasa yang terbaik’, ujar Bunda.
Bagi yang ingin menyaksikan konsert Jubli Emas Hetty Koes Endang ini, bolehlah mendapatkan tiket-tiket dari tiket agen ilassoticket.com atau oleh menghubungi terus penganjur di talian 012 466 7299
28 Buah Lagu Bakal Di Persembahkan Dalam Konsert 35 Tahun Dato Hattan
Konsert Satu Hari Di Hari Raya Bersama Dato M.Nasir Di PWTC 27 Mei
Konsert 35 Tahun Dato Hattan Di Planery Hall KLCC Pada 4 Dan 5 Jun
Persembahan Istimewa Majlis Berbuka Puasa Bersama RAMLI SARIP Di Royale Chulan 24 April
4 Selebriti Tanah Air Bakal Lalui Pengalaman Sambut Ramadhan di Kota Makkah
Tiada Penyingkiran Episod Kelima, Semua Bintang Hijrahkan Laguku Terus Ke Suku Akhir
IWAN , Rahmad Mega Dan Dato Nash Menyinar Dalam Rancangan Realiti TV AlHijrah Hijrahkan Laguku
Dakwah Menerusi Lirik Lagu Dalam Realiti TV HIJRAHKAN LAGUKU
Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN
Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang
Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik
Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD
Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati
WWW.RAWK.COM.MY
ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.
With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.
Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my
MANAGEMENT
CONTACT
WEB DESIGN
Piko Fairuz [RAWK Entertainment]
PENAFIAN
Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini
HAK CIPTA TERPELIHARA
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.