Konsert Satu Hari Di Hari Raya Bersama Dato M.Nasir Di PWTC 27 Mei

15 Apr 2022 00:03
m.nasir
Masih basah dalam ingatan aksi hebat Dato M Nasir menjayakan konsert solo sempena empat dekad pembabitannya dalam belantera seni tiga tahun lalu. Dan siapa sangka itulah persembahan terakhir dari artis artis serba boleh itu kerana pada 2020, industri hiburan ‘sepi’ dari  sebarang penganjuran konsert berskala besar berikutan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan wabak COVID-19.
 
Meskipun keinginan untuk mengadakan konsert serupa masih ada namun  hasrat itu terpaksa beliau pendamkan disebabkan situasi tidak mengiuzinkan. Ternyata doa M.Nasir atau nama sebenar ' Mohamad Nasir  Mohamed ini djiawab Tuhan apabila dia menerima tawaran untuk menjayakan Konsert Satu Hari Di Hari Raya Bersama Dato M.Nasir yang bakal diadakan pada 27 Mei 2022 bertempot di Dewan Merdekat, Pusat Dagangan Putra Kuala Lumpur (WTCKL) jam 8 malam.
 
Mengakui teruja dengan tawaran yang diberikan, M,Nasir menyifatkan konsert yang bertemakan sambutan Aidilfitri itu bakal menjadi penawar untuk kerinduan peminat, 
 
“Selepas penganjuran konsert solo saya pada 2019, saya akui amat rindu untuk membuat persembahan di hadapan peminat. Justeru apabila ditawarkan untuk menjayakan konsert ini, saya terus menerimanya kerana saya tahu peminat memang sudah lama menantikan saat ini.
 
“Sebagai penyanyi, saya sendiri sangat berbesar hati dengan tawaran yang diberikan. Saya anggap persembahan ini adalah sebagai hadiah untuk peminat yang tidak pernah jemu menyokong kerjaya seni saya sejak empat dekad lalu,” kata sosok kelahiran Singapura ini.
 
Memperincikan maklumat mengenai konsert itu, penyanyi berusia 64 tahun ini berkata persembahan durasi 90 minit itu bakal menyaksikan dia mendendangkan 20 buah lagu popularnya.
 
“Untuk konsert selama satu setengahj jam itu,  persembahan saya bakal diiringi oleh sembilan orang pemuzik termasuk penyangi latar. Bersesuaian dengan  konsep, saya juga akan menyampaikan lagu bertemakan Hari Raya termasuk lagu yang pernah hits sebelum ini.
 
“Dari segi persiapan, saya akan mula menjalani latihan tidak lama lagi. Lagipun kebanyakan lagu yang dipilih adalah lagu yang memang kerap saya nyanyikan dalam mana-mana persembahan, Jadi saya tak berdepan dnegan masalah untuk menyanyikannya.
 
“Walaupun konsert ini berlangsung di dalam dewan tertutup dan bukannya di pentas terbuka namun saya akan pastikan peminat bukan sahaja terhibur tetapi dapat bersama-sama menyanyi dam menari bersama saya.
 
“Saya akan bawa atmosfera dan aura konsert yang penah saya jayakan di pentas terbuka ke dalam konsert itu,” janji M.Nasir.
 
Mengulas inisiatif penganjur menganjurkan konsert di dewan tertutup walaupun mengetahui kapasiti penonton tidaklah seramai seperti penganjuran di stadium, pelantun  Mentera Semerah Padi ini memuji dan menyokong penuh usaha yang dijalankan mereka itu.
 
“Apa yang mereka lakukan itu sangat bagus dan saya puji insiatif serta keprihatinan mereka itu. Dalam situasi hari ini, kita memerlukan penganjur yang berani untuk menganjurkan konsert. Tak kisahlah dengan cara apa sekali pun kerana dengan usaha mereka itu, secara tidak langsung dapat merancakkan atau mengerakkan kembali industri muzik yang sebelum ini agak malap susulan pandemik COVID-19,” katanya.
 
Konsert Satu Hari Di Hari Raya Bersama Dato M.Nasir ini dianjurkan oleh Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA) bersama rakan kongsi, Roman Abdi Sdn Bhd dan Luncai Emas Sdn Bhd .
 
Sementara itu, mengulas pembabitan IRAMA, presidennya, Ayob Abd Majid memaklumkan konsert itu juga adalah persembahan amal yang bertujuan untuk membantu IRAMA menyantuni golongan  penggiat seni yang kurang bernasib baik.
 
“Sepanjang IRAMA beroperasi, kami memang tidak mendapat sebarang dana daripada mana-mana pihak atau kerajaan dalam  menjalankan aktiviti kebajikan kami. Justeru saya amat beterima kasih kepada seluruh warga kerja dan juga M, Nasir yang sudi untuk menjayakan konsert ini selepas mendapat tahu persembahan ini juga berkonsepkan amal.
 
"Sebahagian daripada hasil jualan tiket nanti  kami bagi pihak IRAMA akan mengagih agihkan kepada penggiat seni yang kurang bernasib baik,” jelas  Ayob.
 
Ayob turut memberi  jaminan konsert itu nanti bukan sahaja dapat menhiburkan peminat penyanyi yang menpat jolokan Sifu itu tetapi juga turut memberi kepuasan maksimum kepada mereka.
 
“Selagi pilihan lagu yang menarik dan menepati cita rasa peminat,  konsert itu turut sempurna dari aspek teknikal apabila kami menggunakan khidmat penata cahaya dan sistem bunyi yang bagus dan berkualiti sama seperti yang kita lihat dan dengar di konsert yang dibuat di stadium,” katanya,
 
Bagi mereka yang ingin menyaksikan figura hebat kesaangan mereka ini beraksi, harga tiket adalah seperti berikut : VVIP : RM15,000  per meja untuk lapan orang (termasuk sesi meet and greet), VIP: RM9,800  per meja untuk lapan orang, PLATINUM : RM7,800  per meja untuk lapan orang, GOLD: rm5,800 per meja untuk lapan orang serta SILVER: rm3,800 per meja untuk lapan orang.
 
Maklumat pembelian tiket boleh didapati dengan menghubungi Ayob Abd Majid (019 3682548), Sham Amir Hussain (011 55026994), Salimey (016 6720370) 




TERBARU

SHOWCASE EKSKLUSIF UK’s UP CLOSE AND PERSONAL DITUNDA KE TARIKH BAHARU

Malam Amal Legends di Sabah 11 Legenda dan Bintang Bergabung untuk Kutipan Dana Kebajikan Persatuan Karyawan Malaysia

Konsert The Real Cromok Menampilkan Hillary Ang dan Man Keedal di Pentas yang Sama

Malam Ikonik BCL Di Konsert Farmasi Soundzation Dihangatkan Dengan Penampilan Sulung Ghea Indrawari Dan Elly Mazlein 30 November Ini!

Cromok Hangatkan Festival Muzik, Soulfest 2024 Dengan Persembahan Secara Unplugged, Buat Julung Kalinya

Malam Intimasi Buat Para Pecinta: Julung Kali, Eksklusif dalam UK’s: Up Close and Personal

Nostalgia Blues Mengimbau Perjalanan Ikonik Blues Gang dalam Konsert Apo Nak Di Kato

Cherry On Top Membawa Rock Progresif ke Arus Perdana dengan Lagu Ketagih

Blues Gang Merayakan Lima Dekad dalam Konsert Solo Berprestij di Zepp KL

50 Tahun Blues Gang Bakal Membawa Semangat Blues & Rock di Konsert Apo Nak Dikato Di Zepp KL 9 Ogos

Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati

Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'

Bergabung dalam Nostalgia 'CONCERT UK’SLAM MUSICAL'

Melodi Gabungan UK's dan SLAM yang Menghadirkan Keunikan Musikal di STADIUM MALAWATI pada 3 FEBRUARI

UK’s dan Slam Bersatu Dalam Konsert Terbesar Di Stadium Malawati Pada 3 Feb 2024

Gema Nostalgia Bersama SWEET CHARITY Semalam Di Malaya Pada 26 Januari Di Zepp KL

Pelancaran Program Realiti TV Pentas Marhaban: Dakwah Melalui Seni Suara dalam Islam

Perjalanan Menuju Konsert 'Tujuh Vibrato Gitar' Pada 3 November Di Zepp KL

25 Tahun Mengukir Kenangan Dalam Konsert Istimewa Lah Ahmad di Istana Budaya

Dari Busking ke Pentas Konsert, Perjalanan Seni Bob Sentuhan

KONSERT/TEATER/GIG

Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati

Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'

JAMAL ABDILLAH Dan M. NASIR Memaparkan Penghibur Sebenar

Persembahan Hebat Dalam The Best Of Joe

Persembahan Unik Oleh PITAHATI Di DPAC

Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN

Superstar ANGELA ZHANG Memukau Peminat

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Lagu Terbaik Dan Persembahan Hebat Di Konsert 3 Suara

Konsert Cinta NADIRA ADNAN Mempesona Peminat

Konsert Ulangtahun Yang Penuh Kenangan Daripada SHEILA ON 7

Gema Wirama Wings Menerjah Padang B Plaza Angsana

Malam Kalimah Cinta Yang Persona Daripada OPICK

Lebih 2000 Peminat Banjiri Konsert "Retrofest Asia 2015"

Ritma SEARCH Menerawang Di Hard Rock Cafe Melaka

Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik

Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD

"Konsert Wings 30 Tahun", Johor Bakal Di Jajah

Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.