Lebih setengah abad bergelar anak seni menyaksikan Datuk Ramli Sarip kaya dengan pengalaman berharga. Ramli, 69, yang sinonim dengan panggilan Papa Rock, adalah insan unik yang dianugerahkan bakat semulajadi dalam penghasilan lagu dan lirik yang menyengat. Karyanya tidak pernah menghampakan apabila sering hadir dengan tema kehidupan, adab pekerti, falsafah, seni budaya dan agama.
Kemunculannya menerusi album berjudul Rasa menampilkan sisi kualiti Ramli yang tersendiri dalam industri hiburan. Sembilan tahun tanpa album baharu, beliau memperkemaskan karyanya menerusi album ini untuk dijadikan koleksi dan khazanah berharga peminat pada masa akan datang.
Baginya, setiap perkara yang dizahirkan kita mempunyai 'rasa' dan inilah yang ditampilkan dalam album solo ke-12 ini selepas Kalam Kesturi pada 2002. Ramli mengakui Rasa adalah album terbaiknya kerana menggabungkan elemen muzik ‘folk’ (rakyat), blues, rock dan pop tetapi masih dalam teras Nusantara Melayu.
Rasa adalah cerminan peribadinya terhadap kehidupan yang dilalui termasuk mengimbau semula kehidupan silamnya ketika zaman bersama kumpulan Sweet Charity.
Berita baik buat peminat penyanyi legenda ini, Ramli akan tampil dengan persembahan istimewa dalam majlis berbuka puasa RASA (Cinta Di Sebalik Musim) Datuk Ramli Sarip pada 24 April 2022 di Royale Chulan Kuala Lumpur.
Program anjuran Mukmin Pay Sdn Bhd dengan sokongan Konsortium IRAMA ini memberi peluang untuk peminat berbuka puasa dengan Ramli serta menikmati persembahan menarik yang akan disajikan.
"Ramli sememangnya sinonim dengan lagu-lagu berkonsep nasihat dan religi yang sangat popular dikalangan pelbagai peringkat peminat. Justeru beliau akan tampil menghiburkan peminat-peminat yang hadir nanti dengan rangkaian lagu-lagu popular lama dan baharu dari album Rasa selama lebih satu setengah jam. Persembahannya juga akan diiringi oleh barisan pemuzik profesional yang sering bekerjasama dengannya," kata Presiden IRAMA, Ayob Abdul Majid yang mewakili penganjur.
Lebih dari itu, kerjasama antara Mukmin Pay Sdn Bhd dengan Konsortium IRAMA juga bermatlamat untuk membantu penggiat seni yang berdepan ujian seperti sakit dan sebagainya.
"Kita akan buat tabung untuk penggiat seni. Untuk hari ini, kami akan memberi sumbangan kepada wakil Ali XPDC yang mengalami masalah jantung dan Dwan Olan yang diuji dengan serangan strok ringan. "Maksudnya di sini peminat yang membeli meja secara automatik turut menyumbang kepada tabung yang diwujudkan. "Selain IRAMA, sumbangan akan turut dihulurkan kepada beberapa pihak lain yang akan dikenal pasti selepas ini," katanya lagi.
Sementara itu, Mohd Yusni Hj Ismail selaku Ketua Pegawai Eksekutif Mukmin Pay Sdn Bhd, percaya peminat amat merindui penampilan Ramli selepas dua tahun tidak menonton persembahannya secara langsung akibat pandemik Covid-19.
"Persembahan akan bermula selepas selesai terawih. Kami percaya peminat yang hadir pasti terhibur dengan persembahannya. "Tempat ini hanya boleh memuatkan 60 meja dan ia dibuka kepada konsep siapa cepat dia dapat," katanya.
Harga jualan meja untuk untuk RASA (Cinta Di Sebalik Musim) Datuk Ramli Sarip dikategorikan kepada:
- Meja Super VVIP - RM15,000 (8 orang)
- Meja VVIP - RM10,000 (8 orang)
- Meja VIP - 7,000 (8 orang)
- Meja Platinum RM5,000 (8 orang)
- Meja Gold RM3,000 (8 orang)
- Seat individu seorang juga ditawarkan (hanya untuk Platinum dan Gold) -Seat individu Gold RM375 ( untuk seorang)
Tempahan tiket boleh dibuat menerusi link
https://datukramlisariproyalechulankl.onpay.my/order/form/ramlisarip/RS04
SHOWCASE EKSKLUSIF UK’s UP CLOSE AND PERSONAL DITUNDA KE TARIKH BAHARU
Konsert The Real Cromok Menampilkan Hillary Ang dan Man Keedal di Pentas yang Sama
Malam Intimasi Buat Para Pecinta: Julung Kali, Eksklusif dalam UK’s: Up Close and Personal
Nostalgia Blues Mengimbau Perjalanan Ikonik Blues Gang dalam Konsert Apo Nak Di Kato
Cherry On Top Membawa Rock Progresif ke Arus Perdana dengan Lagu Ketagih
Blues Gang Merayakan Lima Dekad dalam Konsert Solo Berprestij di Zepp KL
50 Tahun Blues Gang Bakal Membawa Semangat Blues & Rock di Konsert Apo Nak Dikato Di Zepp KL 9 Ogos
Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati
Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'
Melodi Gabungan UK's dan SLAM yang Menghadirkan Keunikan Musikal di STADIUM MALAWATI pada 3 FEBRUARI
UK’s dan Slam Bersatu Dalam Konsert Terbesar Di Stadium Malawati Pada 3 Feb 2024
Gema Nostalgia Bersama SWEET CHARITY Semalam Di Malaya Pada 26 Januari Di Zepp KL
Pelancaran Program Realiti TV Pentas Marhaban: Dakwah Melalui Seni Suara dalam Islam
Perjalanan Menuju Konsert 'Tujuh Vibrato Gitar' Pada 3 November Di Zepp KL
25 Tahun Mengukir Kenangan Dalam Konsert Istimewa Lah Ahmad di Istana Budaya
Dari Busking ke Pentas Konsert, Perjalanan Seni Bob Sentuhan
Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati
Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'
Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN
Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang
Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik
Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD
Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati
WWW.RAWK.COM.MY
ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.
With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.
Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my
MANAGEMENT
CONTACT
WEB DESIGN
Piko Fairuz [RAWK Entertainment]
PENAFIAN
Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini
HAK CIPTA TERPELIHARA
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.