Pada usia 70 tahun , Datuk Ramli Sarip telah berada lebih berpuluh tahun didalam industry muzik tanahair . Beliau adalah seorang yang berada di kelas yang tersendiri, diketika era moden yang maju dengan media sosial dan zaman viral , beliau bagaikan menyerap segalanya dan tanpa bernostalgia , kini Datuk Ramli Sarip terus mengeluarkan album terbaru yang bertajuk RASA
Album RASA adalah unik kalau kita meletakkan dalam industry muzik tanahair pada hari ini, seorang Lagenda yang masih hidup , yang mempunyai puluhan lagu terbaik dan klasik , mengeluarkan album penuh dengan 10 buah lagu , ia bagaikan kenyataan tersirat , inilah seorang artis sebenarnya.
Walaupun tanpa publisiti besar kerana kekangan Covid , Datuk Ramli menyatakan setiap tempat persembahan dan singgahan mereka mampu menjual 60 keping cd , sebenarnya ia adalah besar dan kedai sendiri tak mampu menjual sebanyak ini . Dan bagi beliau tidak perlu berasa malu untuk turun bertemu peminat dan bersembang bersama mereka selepas persembahan , ia adalah sangat penting dan peminat perlu perkara ini dan ia satu tanggungjawab dan tugas beliau untuk memberikan apa yang peminat mahukan dan raikan bersama mereka
Album RASA diletakkan pada aras seni , yang sememangnya sangat sinonim sejak album awal Datuk Ramli , ia adalah gaya tersendiri beliau dengan bait lirik yang penuh maksud dan lagu-lagu yang ditampilkan juga dihasilkan dengan pengaruh nusantara dan unik untuk didengar
“Solo bukan solo biasa , lines bukan lines biasa , kita bukan nak tunjukkan gaya dasyat , ini semua ada arah, ada timbangan , kita buat bukan suka-suka untuk diri kita , kita buat untuk keseluruhan dan meletakkan album ini penting bagi saya , satu kenyataan yang penting bagi peminat saya , secara jujurnya dia ada progresif , blues , ballad ada nama nusantara dan juga timur tengah”Jelas Datuk Ramli Ketika ditemui di Makan Kitchen , DoubleTree Hilton , Kuala Lumpur .
Datuk Ramli juga merumuskan tentang nama album RASA yang dipilih , yang mempunyai maksud yang tinggi buat beliau dan kenangan yang masih ada
“Agak lama mencari nama album yang sesuai , tapi saya suka dan selalu gunakan perkataan RASA , bila saya buat persembahan , main muzik , makan makanan mesti ada rasa , rasa tu adalah kurniaan daripada Ilahi yang diberi kepada kita . Kadang-kadang bila orang hilang rasa , hilang perasaan dah jadi lain . Album RASA bagi saya ia bukan istilah rasa perasaan , bunyian , nyanyian atau sebagainya , tapi keseluruhan alam dan kalau rata-rata dengar album RASA – Ia satu peningkatan dalam diri saya secara peribadi yang boleh dikatakan pembikinan sejarah dan ini saya punya pengalaman .Ini adalah antara album terbaik yang pernah dihasilkan dalam penerbitan saya . Jadi album ini kenangan yang dalam , manis dan sangat spiritual bagi saya.
Bila dalam sesi rakaman ada 3 ke 4 kali kami mengalirkan air mata sebab banyak kenangan dan perasaan yang kehilangan kawan , keluarga , covid dan sebagainya . Itu memberikan saya lagi inspirasi yang kuat sebenarnya “
Di dalam album RASA juga lagu AYAH DAN IBU telah dirakamkan semula , lagu asal daripada A. Rahman dan dipopularkan oleh Allahyarham Sudirman , menceritakan setiap konsep lirik dan inspirasi beliau , walaupun dengan banyak penulisan lirik oleh beliau , Datuk Ramli juga menjemput kepada mereka yang mempunyai pengetahuan untuk turut menyumbang , dan inilah kekuatan setiap album beliau , gabungan unik yang menghasilkan album RASA
“Lagu AYAH DAN IBU ini saya rakam semula , saya rasa penting bagi kita semua yang masih ada ayah dan ibu dan meletakkan ayah dan ibu lebih tinggi , sebab pengorbanan mereka terlalu jauh , terlalu besar dan kesinambungannya dengan lagu SRIKANDI ZAMAN iaitu 4 wanita agung yang telah dijamin syurga oleh Allah s.w.t iaitu Siti Maryam , Fatimah , Asiyah dan Khadijah . Dan saya letakkan lagu SRIKANDI ZAMAN bukan pada Wanita agung ini sahaja , ia termasuk ibu kita , ibu tunggal dan sebagainya , mereka sangat berjasa dan memang Allah s.w.t ciptakan wanita bukan suka-suka.
“Asalnya pembikinan 3 buah lagu kat KL adalah KEKASIHKU , SENTOSA DIKUBAH HAYAT dan SRIKANDI ZAMAN waktu Bersama arwah Haji dulu dan akhirnya SURAT CINTA KL , lagu ini sebenarnya sebelum peralihan kerajaan dan seharusnya kami buat satu tour untuk Pesta Buku Sedunia dan kerana keadaan berlaku jadi benda tu di beku .
“Saya sentiasa menganggap album ini adalah baru (walaupun telah keluar beberapa bulan lalu) sebab susah dapatkan album sebegini dipasaran , sebab itu saya berani cakap .
“Singapure Heritage dah mula mengangkat apa yang dihasilkan , baru-baru ini kami ada buat persembahan di Singapura bertemakan SENTOSA DI KUBAH HAYAT , lirik di tulis oleh Dato Ariffin Arif , seorang penulis dan pencinta seni dan saya nampak dia ada kelebihan dan memberi beliau peluang untuk menulis dan hasilkan lirik dan jadikan lagu , sebab lagu tu ada citarasa , yang ada perjuangan tapi perjuangan bukan berperang tapi mencari kasih sayang . Di Palestine tu sebenarnya kita tak perlu berbunuhan dan berperang kita hanya perlu berkasih sayang dan itu termasuk SRIKANDI ZAMAN , bagi saya dalam keadaan kita baca buku dan datanglah ilham . Siti Khadijah punya kekuatan tu , yang Allah s.w.t bagi , kenapa Allah s.w.t tidak kurniakan Nabi Muhammad seorang Puteri dari kayangan , kenapa dari seorang janda yang berumur 40 tahun dan selepas itu Allah s.w.t selepas Siti Khadijah wafat , dikahwinkan dengan Aisyah dan dalam cerita cerita yang saya baca ia memberikan inspirasi
“CINTA DISEBALIK MUSIM , lirik oleh S Amin Shahab adalah seorang pemikir yang dalam dan susah nak kita dapatkan sekarang , tetapi bila beliau dapat hasilkan lirik . Saya masih ingat sebulan sebelum covid, saya nak balik dia dapat panggilan telefon dari seorang pelukis anak muda nama dia T:Zi , seorang artis dibawah Warner Chapel , bila melodinya siap saya di beritahu oleh Kak Juria (Pengurus Ramli Sarip) , Amin cakap hanya Dato Ramli sahaja yang boleh sampaikan lagu ni . Jadi dia siapkan lagu tu, saya nyanyi dan tak pernah lagu yang santai tapi susah nak dudukkan lagu tu dan santaikan dan swing lagu , sampai saya dapat rasa sedap dia . Bila saya dapat benda tu saya rasa kelainan dan sungguh mistikal . Lirik “Peranti Condong Timur , Air Pasang Dalam , Tengkujuh Patuh Pada Hukum Alam” jadinya apa hukum alam sekarang berlaku , contoh yang dekat Kuala Selangor , kita tak tau benda tu semuanya ada sebab cerita dia , dan mengikut sejarah cerita yang saya tanya tuan buat lirik sudi menjelaskan lebih tentang lirik ini , sebenarnya dari zaman dulu lagi ahli Tasauf, Sufi dan para Wali beritahu satu hari nanti di Timur ini akan timbul banyak para Wali . Itu cerita yang dikaji balik , cerita tu hidup ini bukan mimpi lagi , itupun kita tak tau apa yang sebenarnya berlaku, itupun ada sebab”
Kisah dan pengalaman lirik yang menarik dikongsi Bersama , menurut Datuk Ramli juga ia juga bakal inspirasi idea untuk konsert yang akan datang , menampilkan konsep berdasarkan lirik-lirik yang ada , beliau tidak sabar untuk terus bertemu peminat dalam konsert yang akan dating
PEMBELIAN CD:
MALAYSIA: PMP Entertainment (M) Sdn Bhd No 33 Jalan 1/119 Taman Bukit Hijau Cheras 50000 Kuala Lumpur Malaysia. Tel: +603 9131 8895 Achzam: +6019 2085928 Fauzan: +6012 6125165
SINGAPURA: Wardah Books Tel: +65 6297 1232 dan E’EXPRESS – hubungi Hadi +65 83387197
SHOWCASE EKSKLUSIF UK’s UP CLOSE AND PERSONAL DITUNDA KE TARIKH BAHARU
Konsert The Real Cromok Menampilkan Hillary Ang dan Man Keedal di Pentas yang Sama
Malam Intimasi Buat Para Pecinta: Julung Kali, Eksklusif dalam UK’s: Up Close and Personal
Nostalgia Blues Mengimbau Perjalanan Ikonik Blues Gang dalam Konsert Apo Nak Di Kato
Cherry On Top Membawa Rock Progresif ke Arus Perdana dengan Lagu Ketagih
Blues Gang Merayakan Lima Dekad dalam Konsert Solo Berprestij di Zepp KL
50 Tahun Blues Gang Bakal Membawa Semangat Blues & Rock di Konsert Apo Nak Dikato Di Zepp KL 9 Ogos
Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati
Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'
Melodi Gabungan UK's dan SLAM yang Menghadirkan Keunikan Musikal di STADIUM MALAWATI pada 3 FEBRUARI
UK’s dan Slam Bersatu Dalam Konsert Terbesar Di Stadium Malawati Pada 3 Feb 2024
Gema Nostalgia Bersama SWEET CHARITY Semalam Di Malaya Pada 26 Januari Di Zepp KL
Pelancaran Program Realiti TV Pentas Marhaban: Dakwah Melalui Seni Suara dalam Islam
Perjalanan Menuju Konsert 'Tujuh Vibrato Gitar' Pada 3 November Di Zepp KL
25 Tahun Mengukir Kenangan Dalam Konsert Istimewa Lah Ahmad di Istana Budaya
Dari Busking ke Pentas Konsert, Perjalanan Seni Bob Sentuhan
Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati
Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'
Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN
Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang
Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik
Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD
Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati
WWW.RAWK.COM.MY
ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.
With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.
Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my
MANAGEMENT
CONTACT
WEB DESIGN
Piko Fairuz [RAWK Entertainment]
PENAFIAN
Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini
HAK CIPTA TERPELIHARA
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.