4 Selebriti Tanah Air Bakal Lalui Pengalaman Sambut Ramadhan di Kota Makkah

24 Feb 2022 10:15

selebriti-ramadhan

Faizal Ismail, Saharul Ridzwan, Zulin Aziz dan Bell Ngasri Bakal Lalui Pengalaman Sambut Ramadan Di Kota Makkah.
 
Jemaah umrah di bawah syarikat Syabibah Travel & Tours yang akan menunaikan ibadah itu sempena bulan Ramadan pada April depan bakal  menikmati pengurusan umrah yang selesa dan berbaloi apabila agensi terbabit menawarkan harga serendah RM7,790.
 
Tawaran menarik yang turut mengiringi pakej pertama  berharga RM7,790 itu adalah penginapan di hotel bertaraf empat bintang iaitu di Hotel Makka Azfa Safa, Hotel Madinah Dar An Naem, 3 kali makan (makanan Asia), bagasi  24’, bag silang 20’, bag kasut serta 5 liter air zamzam. 
 
Lebih menarik, untuk pakej pertama yang akan berangkat pada 1 April depan adalah pelakon Saharul Ridzwan sebagai jemputan istimewa.
 
Mengulas lanjut objektif pembabitan selebriiti popular, Pengurus Promosi Syabibah Travel & Tours, Faizal Ismail berkata idea itu timbul demi untuk menarik lebih ramai jemaah menyertai  program umrah itu.
 
“Idea untuk membawa golongan selebriti untuk menyertai program umrah ini  tercetus selepas saya ditawarkan untuk menjadi duta merangkap Pengurus Promosi Syabibah Travel & Tours.
 
“Saya anggap tawaran yang diberikan ini adalah sebagai rezeki kerana ia memberi peluang kepada saya untuk mengerjakan umrah dengan mudah. 
 
“Pada masa sama, saya terfikir juga untuk membawa bersama golongan selebriti untuk menyertai program umrah ini. Golongan artis juga adalah pempengaruh media sosial. Jadi apa salahnya jika kita guna populariti yang mereka ada untuk tujuan murni ini,”
 
“Selepas berbincang dengan Pengarah Urusan Syabibah Travel and Tours  iaitu Ustaz Muzammil Musa, dia bersetuju. Selain dapat menarik lebih ramai peminat selebriti terbabit untuk menyertai program umrah ini, ia juga bagus untuk penjenamaan syarikat,” kata  Faizal yang juga seorang pengacara serta bekas penyampai radio ini.
 
Bagi Saharul, tawaran untuk menyertai propgram umrah itu ketika minggu pertama Ramadan ibarat bulan jatuh ke riba buatnya.
 
“Tawaran ini diberikan Faizal ketika kami menjayakan sebuah program.  Pada awalnya tawaran itu adalah untuk fasa pertama selepas kebenaran untuk mengerjakan umrah kembali diberikan pada 8 Februari lalu.
 
“Bagaimanapun disebabkan terikat dengan komitmen lain, saya tak dapat memenuhi permintaan itu. Mungkin sudah namanya rezeki, mereka menawarkan saya untuk menjadi jemputan istimewa untuk program umrah bersempena Ramadan pada April depan.
 
“Saya sangat bersyukur kerana diberikan rezeki untuk menyambut Ramadan di kota Makkah. Insya-Allah saya akan membawa isteri sekali untuk program umrah ini,” katanya.
 
Untuk pakej kedua ibadah umrah yang ditawarkan adalah bernilai RM8590 (berangkat pada 11 April 2022 – 21 April 2022) manakala pakej ketiga harga yang ditawarkan adalah sebanyak RM12, 490 ( 20 April 2022 – 1 Mei 2022).
 
Bagi mereka yang ingin mengerjakan umrah untuk tempoh sebulan, tarikh berangkat adalah pada 1 April 2022 hingga 1 Mei 2022. Harga yang dikenakan adalah RM23, 630.
 
Semua pakej ini termasuk penginapan, tiket penerbangan, makanan, pengangkutan dan juga bagasi, bag silang serta bag untuk menyimpan kasut. 
 
Tawaran tambahan yang diberikan kepada mereka yang menempah pakej sebulan full Ramadan adalah khatam al-Quran bersanad bersama Syeikh Makkah dan Madinah.
 
Pakej menarik ini turut diumumkan pada Majlis Sidang Media Pelancaran Umrah Syabibah Travel & Tours bersama Selebriti Saharul Ridzwan, Zulin Aziz, Bell Ngasri dan Faizal Ismail yang berlangsung hari ini di Seri Kembangan, Selangor. 
 
Hadir sama, Pengarah Urusan Syabibah Travel & Tours  Ustaz Muzammil Soliheen Musa.
 
Mereka yang berminat untuk menyertai program umrah anjuran Syabibah Travel & Tours ini bolehlah mengunjungi pejabat agensi terbabit di No. 12-1, Jalan Wira 1, Pusat Perniagaan Wira, 71800 Nilai, Negeri Sembilan ataupun menghubungi mereka di talian 018-2897953 untyuk keterangan lanjut.
 
Untuk urusan pembayaran, boleh dibuat menerusi nombor akaun 8604963905 (CIMB).




TERBARU

Pelancaran Single Sentuhan Man Kidal & Geseken Violin Rania Imtiaz

Konsert Jelajah DATO RAMLI SARIP Bersama LEFTHANDED Di Zepp 29 Oktober Kuala Lumpur

Nostalgia Lagu Nasyid Tahun 70an hingga 90an Di Dalam Konsert Nasyid Lagenda Pada 29 Oktober

Konsert Jelajah Ramli Sarip 2022 Cinta Di Sebalik Musim Di 6 Buah Negeri dan Singapura

JAMAL ABDILLAH Kini Usahawan Kosmetik ZARANIA BEAUTY

Konsert Jubli Emas HETTY KOES ENDANG Di Berjaya Times Square Hotel Kuala Lumpur pada 27 Ogos Mendapat Sambutan Hangat

Kemeriahan Makanan Food Truck ‘Sembang@PJ Art Lane’ Di Dataran Boulevard MBPJ

Konsert Eksklusif DATO RAMLI Merasmikan Pembukaan Malacca Music Hall

Konsert Eksklusif Datuk Ramli Sarip Sempena Pembukaan Rasmi Malacca Music Hall

Dato Hattan Membuktikan Keupayaan

28 Buah Lagu Bakal Di Persembahkan Dalam Konsert 35 Tahun Dato Hattan

Konsert Jubli Emas Hetty Koes Endang Pada 27 Ogos

Konsert Satu Hari Di Hari Raya Bersama Dato M.Nasir Di PWTC 27 Mei

Konsert 35 Tahun Dato Hattan Di Planery Hall KLCC Pada 4 Dan 5 Jun

Persembahan Istimewa Majlis Berbuka Puasa Bersama RAMLI SARIP Di Royale Chulan 24 April

Album RASA Sangat Spiritual Bagi Saya - RAMLI SARIP

4 Selebriti Tanah Air Bakal Lalui Pengalaman Sambut Ramadhan di Kota Makkah

A Night To Remember Bersama Dato Jamal Abdillah & Zamani

SHAHIR ZAWAWI Diumumkan Sebagai Juara Hijrahkan Laguku

Hijrahkan Laguku Minggu Ke 7 (Separuh Akhir)

KONSERT/TEATER/GIG

JAMAL ABDILLAH Dan M. NASIR Memaparkan Penghibur Sebenar

Persembahan Hebat Dalam The Best Of Joe

Persembahan Unik Oleh PITAHATI Di DPAC

Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN

Superstar ANGELA ZHANG Memukau Peminat

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Lagu Terbaik Dan Persembahan Hebat Di Konsert 3 Suara

Konsert Cinta NADIRA ADNAN Mempesona Peminat

Konsert Ulangtahun Yang Penuh Kenangan Daripada SHEILA ON 7

Gema Wirama Wings Menerjah Padang B Plaza Angsana

Malam Kalimah Cinta Yang Persona Daripada OPICK

Lebih 2000 Peminat Banjiri Konsert "Retrofest Asia 2015"

Ritma SEARCH Menerawang Di Hard Rock Cafe Melaka

Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik

Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD

"Konsert Wings 30 Tahun", Johor Bakal Di Jajah

Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati

WINGS Merubah Atmosfera Stadium Merdeka

Sokongan Tiada Berbelah Bagi Bukti Irama Rock Terus Bergema

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.