Seramai 4 orang bintang Hijrahkan Laguku telah membuat persembahan di pentas akhir iatu episod kelapan rancangan ini. Mereka adalah Mark Adam, Dato’ Nash, Shahir Zawawi dan Iwan Syahman.
Dengan Shahir Zawawi diumumkan sebagai Juara Hijrahkan Laguku musim pertama dan membawa pulang hadiah sebanyak RM100,000 bersama plak Hijrahkan Laguku. Shahir turut akan bersama-sama krew TV AlHijrah turun padang ke Langkawi bagi program Hijrah Prihatin (CSR)
Manakala Dato’ Nash, Mark Adam dan Iwan Syahman yang masing-masing memenangi tempat kedua, ketiga dan keempat membawa pulang wang tunai sebanyak RM 20,000 setiap seorang.
Anugerah Sawa’assabilturut diumumkan pada malam tersebut. Pemenang Anugerah Sawa’assabil haruslah memiliki kriteria serta memenuhi ciri-ciri anugerah-anugerah yang pernah diberikan sebelum ini iaitu Anugerah Qudwah, Anugerah Bintang Nurani, Anugerah Versatil dan lain-lain.
Iwan Syahmandiumumkan sebagai pemenang Anugerah Sawa’assabil. Ini kerana beliau adalah bintang Hijrahkan Laguku yang dahulunya berlatarbelakangkan hiburan dangdut, berubah ke arah yang lebih baik dan istiqamah dalam jalan hijrah beliau.
Iwan Syahman menerima wang kemenangan sebanyak RM3,000 dan akan disumbangkan kepada yang memerlukan sewaktu program turun padang, Hijrah Prihatin (CSR) di Langkawi.
Pentas akhir Hijrahkan Laguku bertemakan Langit Tanpa Tiang. Manakala tema persembahan pula adalah Hati ke Hati dan tema video playback pula adalah Pesanku.
Persembahan pembukaan istimewa dimeriahkan dengan gandingan tiga artis jemputan iaitu Zamani Slam, Mawi dan Cat Farish. Mereka membawakan lagu Tak Mungkin Berpaling dendangan asal kumpulan Slam.
Sebelum keputusan diumumkan, keempat-empat barisan bintang Hijrahkan Laguku membuat persembahan bersama-sama dengan mengalunkan lagu Malam, gubahan lirik Naim Daniel dan Firdaus Rahmat. Lagu asal tersebut adalah lagu My All, Mariah Carey.
Kesemua bintang Hijrahkan Laguku lahirkan rasa syukur kerana diberi peluang menyertai program ini dan turut memuji inisiatif TV AlHijrah dalam memberi ruang dan peluang kepada mereka untuk berdakwah sambil menghiburkan.
Mereka juga mengesyorkan TV AlHijrah untuk meneruskan program realiti ini di musim kedua.
Tetamu Kehormat yang hadir bagi memeriahkan pentas akhir Hijrahkan Laguku adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Tuan Haji Idris bin Haji Ahmad. Turut hadir, Yang DiPertua Yayasan Dakwah Islam Malaysia, Ustaz Nasrudin Hasan dan Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris.
Barisan juri pula diketuai oleh juri tetap, Fauzi Marzuki, dibantu oleh Hazamin Inteam dan juga ditemani oleh penceramah jemputan Ustaz Don Daniyal Don Biyajid.
Berikut adalah senarai lagu yang dipersembahkan oleh barisan bintang Hijrahkan Laguku pada pentas akhir;
Sesi 1 (Solo)
Lagu Asal : Madah Berhelah
Penyanyi Asal : Ziana Zain
Lagu Asal : Kenangan Bersamu
Penyanyi Asal : Lefthanded
Lagu Asal : Memori Daun Pisang
Penyanyi Asal : Amelia & Iwan
Lagu Asal : Sampai Tutup Usia
Penyanyi Asal : Angga Candra
Sesi 2 (Duet)
Lagu Asal : Kamelia
Penyanyi Asal : Sweet Charity
Lagu Asal : Istana Menanti
Penyanyi Asal : Rahim Maarof
25 Tahun Mengukir Kenangan Dalam Konsert Istimewa Lah Ahmad di Istana Budaya
Dari Busking ke Pentas Konsert, Perjalanan Seni Bob Sentuhan
Melodi dan Getaran: Menelusuri Kehebatan 7 Gitaris di Konsert TUJUH VIBRATO GITAR Pada 3 Nov Di Zepp
Gema Rock Di Konsert Double Trouble 2 Di Stadium Malawati 5 Ogos Ini
3 Dekad Perjalanan SLAM Dalam Konsert NurKasih 6 Ogos di Zepp KL
Repvblik Band Ingin Cipta Kenangan Sempena Ulangtahun Ke-19 Di Kuala Lumpur Pada 11 Ogos Di Zepp
Konsert Double Trouble 2 Membawa Gelombang Rock Ke Stadium Malawati Pada 5 Ogos
Kumpulan SLAM Meraikan Ulang Tahun Ke-30 dengan Konsert NurKasih
Konsert Rockestra Lefthanded 40 Tahun: Menghidupkan Semula Rock Legenda
Lefthanded 40 Tahun Rockestra Konsert Bersama Kumpulan Rock Legenda
Bantuan Kemanusian Daripada Pertubuhan Peduli Insan Malaysia Ke Turkiye
25 Years Lah Ahmad Live In Concert Kisah Perjalanan Seni Lah Ahmad
Lagu Terbaru INTEAM Selimut Kasih Papar Keperitan Hidup Pelarian
Gabungan Joe Branko Dan Muss Dalam Konsert BARBARIK PENTAS KERAS Pada 24 Dis
Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN
Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang
Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik
Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD
Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati
WWW.RAWK.COM.MY
ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.
With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.
Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my
MANAGEMENT
CONTACT
WEB DESIGN
Piko Fairuz [RAWK Entertainment]
PENAFIAN
Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini
HAK CIPTA TERPELIHARA
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.