Pelancaran gig@IslamicTunes telah berlangsung di The Pearl Hotel pada 8 Disember lalu , yang akan lebih membuka platform IT dan terutama applikasi telefon mudah alih yang sekarang menguasai dunia hiburan , gig@IslamicTunes memberikan dalam hiburan Islamik yang lebih berpusat dan hanya dihujung jari anda
Soft Launch IslamicTunes juga telah dibuat di Jakarta sekitar Mac 2015 dan seterusnya platform ini telah bertukar kepada sebuah komuniti digital yang menghimpunkan usahawan-usahawan, pembuat, pencipta konten termasuk pemain dan penggiat industri kreatif yang fokus pada muzik, audio dan video yang sesuai didengar, ditonton oleh kalangan Muslim.
Matlamat IslamicTunes adalah memartabatkan semua konten-konten yang sesuai ditonton dan didengar oleh ummah (konten halal) serta berhibur dalam lingkungan patuh syariah. IslamicTunes berharap dapat menjadi platform digital dan streaming seperti Spotify, Apple Music, Amazon namun kita sedar modal tidak mencukupi untuk memiliki teknologi sehebat mereka.
Kenapa Bahasa Indonesia? Sebab walaupun IslamicTunes telah diwujudkan pada tahun 2015 yang lalu sebenarnya idea itu berasal dari Malaysia, di peringkat awal perlaksanaannya ianya diterima baik oleh penggiat-penggiat lagu-lagu agama di sana yang kebanyakkannya adalah penggiat baru dan anak muda dalam genre hiburan Islamik.
Bagi IslamicTunes, hiburan dalam Islam adalah bukan sekadar hiburan kosong semata, malah seharusnya ia jadi pembelajaran dan pendidikan serta makanan hati dan jiwa insan. Lebih jauh dari itu, pengisian konten-konten ini seharusnya membawa kepada penyuburan seni kreatif yang mengisi pembentukan budaya dan ketamadunan mengikut wahyu Allah SWT.
Sebagai sebuah aktiviti komuniti, sudah tentulah ianya tidak bersandarkan kepada mana-mana business model atau dalam kata lain, ianya adalah aktiviti non-profit. Namun akhirnya terpaksa memikirkan bagaimana konten-konten ini boleh di monetize kan demi membangunkan ekonomi para penggiatnya.
Pelbagai aktiviti telah dibuat hampir di seluruh kota-kota besar Indonesia dan menaikkan istilah nasyid yang jarang digunakan oleh kalangan penggiat muzik dan kreatif Indonesia. IslamicTunes kembali ke Malaysia dengan berkolaborasi dan membuat penganjuran-penganjuran acara hiburan Islami seperti di MIHAS 2016, di Kelantan, Kuala Lumpur dan beberapa negeri lagi. Namun ianya masih kurang mendapat sambutan dari selebriti dan penggiat nasyid tersohor di negara sendiri kerana ketiadaan business model yang dapat memberi keuntungan ekonomi kepada mereka.
Bagaimana para ulama, ahli-ahli sufi dan pujangga zaman dulu yang berkarya tidak memikirkan untungnya dari sudut kewangan atau ekonomi. Mereka menjadikan ciptaan syair-syair selawat, mawlid, qosidah, berzanji, doa, zikir dan puisi ikhlasnya untuk menjadi bahan pembelajaran, bahan untuk keraian dan untuk hidup mereka kebanyakkannya mempunyai perniagaan sendiri atau bekerja dalam sektor lain, ataupun hidup dalam keadaan zuhud.
International Federation of the Phonographic Industry (IFPI), sebuah badan persatuan industri muzik rakaman dunia melaporkan nilai dagangan hasil rakaman muzik dunia pada tahun 2020 adalah sebanyak USD21.6 billions, dan dijangka akan mencecah USD40 billions pada tahun 2026. Di dalam angka ini, saya pasti ada hasil performance right dari konten-konten islami klasik yang dikatakan ini, namun siapa yang mendapat hasilnya?
Justeru pada 2017, Islamictunes Network secara sah telah didaftarkan bagi mencari jalan mengkomersialkan platform ini demi memberi atau berkongsi hasil dengan ahli atau users. Antara program yang dirancang adalah mengadakan festival-festival naysid dan shalawat di Indonesia dan Selatan Thailand serta Malaysia bagi meningkatkan penyertaan anak-anak muda dalam aktiviti hiburan yang sesuai dengan Islam.
Malangnya kita dapati sekarang sumber-sumber hiburan umat Islam menjadi sudah tidak begitu trending, tidak mendapat tempat secara total di kalangan umat Islam sendiri. Antaranya hiburan nasyid yang dulunya pernah menguasai pasaran industri muzik Malaysia dan Nusantara kini semakin sepi dan lesu.
Justeru, apakah nasyid sudah tewas kepada pop culture dan lain-lain genre musik yang lebih cepat trending hasil dari kemakmuran teknologi dan digitalsasi?
Atau apakah konten isiannya juga bermasalah? Apakah nasyid kini semakin jauh dari semangat dan roh para pendidik yang datang dari markas-markas ilmu seperti sekolah-sekolah pondok (ponpres) atau kumpulan2 tasawwuf? Sufi dan Tarekat serta kumpulan-kumpulan Pak Habib, menyebabkan karya-karya yang terhasil atau pembangunan seni budaya Islam seakan tidak lagi menjadi hiburan yang mendidik jiwa, namun lebih kepada untuk bersaing untuk mengatasi trend, nada, lirik dan irama genre-genre lain lebih popular?
Apakah kelesuan ini menjadikan nasyid sudah tidak lagi relevan justeru melihat perkembangan konten nasyid seolah mengidolakan budaya pop (pop culture)? Adakah nasyid sudah hilang arahnya? Atau tewas pada generasi budaya pop?
Jadi untuk mencari jawaban-jawaban, membuat kajian dan pelbagai usaha inilah, Islamictunes telah memulakan siaran online gig@islamictunes ini, dan yang uniknya menggabungkan narasumber atau ahli-ahli panel dari Malaysia, Indonesia dan Thailand buat permulaan.
Nasyid harus dibangunkan semula dan dilaksanakan secara kerjasama serantau merentas globalisasi. Sumber modal untuk membuatnya juga harus tidak dipandang sepi.
25 Tahun Mengukir Kenangan Dalam Konsert Istimewa Lah Ahmad di Istana Budaya
Dari Busking ke Pentas Konsert, Perjalanan Seni Bob Sentuhan
Melodi dan Getaran: Menelusuri Kehebatan 7 Gitaris di Konsert TUJUH VIBRATO GITAR Pada 3 Nov Di Zepp
Gema Rock Di Konsert Double Trouble 2 Di Stadium Malawati 5 Ogos Ini
3 Dekad Perjalanan SLAM Dalam Konsert NurKasih 6 Ogos di Zepp KL
Repvblik Band Ingin Cipta Kenangan Sempena Ulangtahun Ke-19 Di Kuala Lumpur Pada 11 Ogos Di Zepp
Konsert Double Trouble 2 Membawa Gelombang Rock Ke Stadium Malawati Pada 5 Ogos
Kumpulan SLAM Meraikan Ulang Tahun Ke-30 dengan Konsert NurKasih
Konsert Rockestra Lefthanded 40 Tahun: Menghidupkan Semula Rock Legenda
Lefthanded 40 Tahun Rockestra Konsert Bersama Kumpulan Rock Legenda
Bantuan Kemanusian Daripada Pertubuhan Peduli Insan Malaysia Ke Turkiye
25 Years Lah Ahmad Live In Concert Kisah Perjalanan Seni Lah Ahmad
Lagu Terbaru INTEAM Selimut Kasih Papar Keperitan Hidup Pelarian
Gabungan Joe Branko Dan Muss Dalam Konsert BARBARIK PENTAS KERAS Pada 24 Dis
Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN
Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang
Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik
Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD
Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati
WWW.RAWK.COM.MY
ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.
With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.
Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my
MANAGEMENT
CONTACT
WEB DESIGN
Piko Fairuz [RAWK Entertainment]
PENAFIAN
Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini
HAK CIPTA TERPELIHARA
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.