Siaran Langsung Program Realiti Hijrahkan Laguku episod pertama telah berjaya belangsung dengan jayanya pada Sabtu lalu 20 November .
8 artis menyampaikan lagu masing masing dengan setiap lirik diubah supaya penaympaian lebih kepada Islamik , yang mana Penyanyai Iwan bersama lagu “Yang Maha Tinggi” , Zhaf V.E dengan lagu “Khayalan” , Zack Kool dengan lagu “Bebas” , Shahir Nawawi dengan lagu “Aku yang berdosa” , PG Adam dengan lagu “Salah Siapa” , Mark Adam dengan lagu “Padamu Ku Bersujud” , Rahmad Mega dengan lagu “Takdir & Waktu” dan Dato Nash dengan lagu “Nur Hidayah” .
Kesemua artis berjaya kekal dengan konsep yang cuba di ketengahkan oleh TV Alhijrah , yang mana lagu-lagu popular diubah lirik kepada Islamik , Mark Adam yang menyampaikan lagi “Padamu Ku Bersujud” mendapat kritikan daripada Juri Tetap , Faurzi Marzuki kerana lagu tersebut sendiri telah bersifat ketuhanan dan tidak perlu melakukan banyak kerja untuk menukar lirik.
Ia diterima positif oleh Mark Adam , yang mana sebenarnya adalah saudara baru , bagi Mark Adam lagu tersebut terlalu dekat dengan hatinya , yang mana menceritakan permulaan beliau kepada Islam
Iwan penyanyi dangdut yang popular pada tahun 90an dahulu, sebenarnya antara yang telah lebih awal melakukan penghijrahan , “Yang Maha Tinggi” adalah gubahan lirik daripada lagu popular beliau dahulu iaitu “Yang Sedang Sedang Saja”
Begitu juga dengtan setiap artis yang ditampilkan ,memaparkan imej mereka seperti selalu yang kita Nampak , Cuma penghijarahan mereka menampakkan lagu dan mesej yang ingin disampaikan lebih kepada Islamik dan dekat dengan konsep yan ingin ditampilkan oleh TV Al Hijrah
Penerbit Rancangan Puan Nurainah Nabeeha Hassan yang ketika ditemui selepas episode pertama tamat
“Ini adalah konsep hiburan Islamik yang pertama oleh TV Alhijrah. Sebagai stesen TV yang sentiasa menyampaikan ilmu , kami ingin berikan acuan yang tidak menghampakan penonton setia TV Al Hijrah yang terbiasa menonton Ustaz Bad , menonton Cinta Ilmu , kalau yang paling muzikal kita pergi ke hijrah berselawat , tapi bila nak tukar format program nyanyian macam ini , kami kena pastikan isinya kena mantap dari segi olahan agama dan tidak mencacatkan program reality nyanyian itu”
Bercerita mengenai pemarkahan yang diamalkan oleh TV Al Hijrah ia bukan hanya semata nyanyian dan juga pengubahan lirik lagu , tapi secara keseluruhan hijrah setiap peserta yang ditampilkan
“Kalau ikut keseluruhan sebab itu ada Fauzi Marzuki yang tengok teknikal nyanyian dan penyampaian , maknanya displin dari segi penyampaian lagu dan juga lirik ”
“Minggu ini kita ada tetamu jemputan iaitu Ustaz Bad , yang menyantuni penonton setia TV Al Hirah dan penonton baru , kalau kita adili artis dari segi penyampaian , kita juga menyampaikan ilmu secara santai , maknanya Ustaz Bad tidak menyentuh dari segi sudut lagu Cuma beliau bagi mesej , dia lebih seperti ayah yang memberi komen dan Ustaz Bad sentiasa komen dari sudut positif”
Sebagai Juri Jemputan pada malam itu , Ustaz Bad atau Dato Haji Badli Shah Bin Haji Alauddin dilihat memberi rumusan setiap lirik yang disampaikan oleh artis pada malam tersebut , dengan lebih berilmu , komen-komen beliau menyentuh terus kepada hadis dan Al Quran begitu membuka mata
Malam itu juga tidak dinafikan penonton sentiasa tidak kering gusi oleh 2 pengacara , Faizal Ismail dan Nasrizal Ngasri
Jangan lepaskan peluang untuk menonton episode kedua pada hari Sabtu minggu hadapan , mampukan setiap artis kekal bersemangat untuk mengubah lirik-lirik lagu popular ke arah yang lebih Islamik? Dan mendengar cerita lebih mendalam penghijarahan setiap artis , juga telatah kedua pengacara pada malam tersebut
Konsert Eksklusif DATO RAMLI Merasmikan Pembukaan Malacca Music Hall
Konsert Eksklusif Datuk Ramli Sarip Sempena Pembukaan Rasmi Malacca Music Hall
28 Buah Lagu Bakal Di Persembahkan Dalam Konsert 35 Tahun Dato Hattan
Konsert Satu Hari Di Hari Raya Bersama Dato M.Nasir Di PWTC 27 Mei
Konsert 35 Tahun Dato Hattan Di Planery Hall KLCC Pada 4 Dan 5 Jun
Persembahan Istimewa Majlis Berbuka Puasa Bersama RAMLI SARIP Di Royale Chulan 24 April
4 Selebriti Tanah Air Bakal Lalui Pengalaman Sambut Ramadhan di Kota Makkah
Tiada Penyingkiran Episod Kelima, Semua Bintang Hijrahkan Laguku Terus Ke Suku Akhir
IWAN , Rahmad Mega Dan Dato Nash Menyinar Dalam Rancangan Realiti TV AlHijrah Hijrahkan Laguku
Dakwah Menerusi Lirik Lagu Dalam Realiti TV HIJRAHKAN LAGUKU
Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN
Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang
Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik
Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD
Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati
WWW.RAWK.COM.MY
ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.
With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.
Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my
MANAGEMENT
CONTACT
WEB DESIGN
Piko Fairuz [RAWK Entertainment]
PENAFIAN
Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini
HAK CIPTA TERPELIHARA
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.