TIDAK keterlaluan dikatakan 2021 tahun rezeki buat Datuk Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman. Permulaan Januari lalu, penyanyi utama kumpulan Wings ini tampil dengan filem pertama dibawah penerbitan miliknya Rumah Produksi Merah. Filem berjudul 10 Tips Tipu Bini yang ditayangkan pada 7 Januari menerusi saluran Astro First yang berjaya mengutip kutipan lebih RM1 juta.
Pada 18 Januari pula, penyanyi, pelakon dan penerbit berusia 56 tahun ini menimang cahaya mata keenam hasil perkahwinan dengan Datin Sharifah Ladyana Syed Samsuddin pada 7 Oktober 2016. Terbaru, Awie akan mengeluarkan produk sambal, kambing perap dan ayam perap yang akan dilancarkan secara rasmi hari ini (31 Mac 2021).
Seakan sukar dipercayai kerana Awie seringkali tampil dengan gaya macho dalam lakonan dan konsert yang dijayakan bersama Wings.
Namun tidak ramai yang tahu Awie sebenarnya mempunyai kebolehan memasak yang tersendiri. Justeru tidak menghairankan apabila dia memanfaatkan kelebihan yang ada padanya ini dengan mengeluarkan produk sambal sendiri di bawah jenama R-WE.
Dibawah jenama ini, dia mengeluarkan empat jenis sambal iaitu Sambal Paru, Sambal Ikan Sepat Masin, Sambal Merah dan Sambal Ikan Masin Kembong serta Kambing Perap dan Ayam Perap.
Sambal Paru, Sambal Ikan Sepat Masin, Sambal Ikan Masin Kembung dijual pada harga RM25 sebotol. Manakala Sambal Merah berharga RM18. Harga jualan untuk Sabah dan Sarawak pula RM30. Sementara Kambing Perap 500 gram dijual pada harga RM38 (Sabah & Sarawak RM43) dan Ayam Perap 1 kilogram berharga RM25 (Sabah & Sarawak RM30).
Resepi sambal ini dihasilkan dari air tangan Awie sepenuhnya dan cetusan ideanya 100 peratus.
"Saya buat produk ini selepas melihat pelbagai sebab antaranya kesibukan kita pada era sekarang. Sambal ini memudahkan kerana apabila balik rumah dari bekerja hanya perlu buka dan makan saja. Syukur, walaupun tanpa promosi dan pelancaran rasmi, sudah 3,000 botol terjual dan sudah ada yang jadi dealer," katanya.
Beliau yang sudah membuktikan kejayaan dalam bisnes entertainment, kini mahu melebarkan sayap dalam perniagaan berasakan makanan pula.
"Saya memang nak buat benda ini. Ideanya tercetus sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama. Bila tiada kerja dan tak dapat bekerja semua orang susah, jadi inilah yang saya nak bantu. Orang jadi dealer, dapat jual produk saya sekaligus dapat tambah pendapatan. Saya memang buat produk ini dengan niat nak tolong orang berkongsi rezeki," katanya.
Proses piawaian untuk produk R-WE sangat ketat kerana mengambil masa selama tiga bulan dengan 50 pengguna.
"Saya seorang yang pentingkan kualiti. Apabila mereka kata okay, barulah saya teruskan projek ini," katanya yang akan muncul dengan filem kedua Rumah Produksi Merah berjudul Sue-On, Hantu Korea Sesat Di Taiping selepas ini.
Produk sambal R-WE dikilangkan di Negeri Sembilan. Mereka yang berminat menjadi ejen atau stokis bolehlah menghubungi talian 017-5005240 atau melayari laman web www.rwefood.my.
25 Tahun Mengukir Kenangan Dalam Konsert Istimewa Lah Ahmad di Istana Budaya
Dari Busking ke Pentas Konsert, Perjalanan Seni Bob Sentuhan
Melodi dan Getaran: Menelusuri Kehebatan 7 Gitaris di Konsert TUJUH VIBRATO GITAR Pada 3 Nov Di Zepp
Gema Rock Di Konsert Double Trouble 2 Di Stadium Malawati 5 Ogos Ini
3 Dekad Perjalanan SLAM Dalam Konsert NurKasih 6 Ogos di Zepp KL
Repvblik Band Ingin Cipta Kenangan Sempena Ulangtahun Ke-19 Di Kuala Lumpur Pada 11 Ogos Di Zepp
Konsert Double Trouble 2 Membawa Gelombang Rock Ke Stadium Malawati Pada 5 Ogos
Kumpulan SLAM Meraikan Ulang Tahun Ke-30 dengan Konsert NurKasih
Konsert Rockestra Lefthanded 40 Tahun: Menghidupkan Semula Rock Legenda
Lefthanded 40 Tahun Rockestra Konsert Bersama Kumpulan Rock Legenda
Bantuan Kemanusian Daripada Pertubuhan Peduli Insan Malaysia Ke Turkiye
25 Years Lah Ahmad Live In Concert Kisah Perjalanan Seni Lah Ahmad
Lagu Terbaru INTEAM Selimut Kasih Papar Keperitan Hidup Pelarian
Gabungan Joe Branko Dan Muss Dalam Konsert BARBARIK PENTAS KERAS Pada 24 Dis
Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN
Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang
Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik
Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD
Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati
WWW.RAWK.COM.MY
ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.
With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.
Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my
MANAGEMENT
CONTACT
WEB DESIGN
Piko Fairuz [RAWK Entertainment]
PENAFIAN
Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini
HAK CIPTA TERPELIHARA
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.