Konsert Bikin Wilayah Bersama SEARCH Dan AWIE Di Stadium Melawati Pada 12 Disember 2020

24 Sep 2020 12:11

2020-09-24_09-27-08

2020-09-24_09-27-41

Baju Official SEARCH "Bikin Wilayah" Boleh didapati di www.fenomenasearch.com atau whatsapp ke 016 270 4544

SEARCH dengan penyanyi Wings, Datuk Awie bukanlah asing. Tenaga pengaruh dan kuasa muzik mereka tidak pernah hilang getar di hati peminat. Pada 1998, Awie tampil bersama Search untuk album projek istimewa berjudul Bikin Wilayah, Search ketika itu baru kehilangan penyanyinya. Amy yang berundur manakala Awie sudah empat tahun meninggalkan Wings.

Gabungan Awie bersama Allahyarham Yazit (dram), Din (gitar), Kid (gitar) dan Fauzi (bass) menjadikan Bikin Wilayah antara yang terbaik. Ia turut menang kategori Album Rock Terbaik Di Anugerah Industri Muzik (AIM) pada 1999. Kini, selepas 22 tahun Awie “kembali” bersama Search .

Kali ini dalam persembahan Konsert Cinta Buatan Malaysia Search & Awie #Apologia bakal diadakan di Stadium Malawati Shah Alam pada 12 Dec 2020 jam 9 malam. Atas permintaan ramai dan jualan tiket yang sangat memberangsangkan ketika itu pihak penganjur telah memilih Stadium Melawati bagi merealisasikan konsert Cinta Buatan Malaysia Search & Awie #Apologia.

Kita semua maklum dimana sebelum ini konsert ini sepatutnya di jayakan pada 28 Mac 2020 di The Bee , Publika , Kuala Lumpur, telah tertangguh dan tidak dapat berlangsung seperti tarikh sepatutnya, disebabkan oleh negara dan seluruh dunia telah dilanda pendemik Covid 19 yang telah menjejaskan pelbagai aktiviti harian kehidupan, ekonomi dan sebagainya di negara kita serta seluruh dunia yang turut terjejas.

Bersama anggota Search terkini iaitu Nasir (bass) , Kid (gitar), Din (gitar) dan Pae (dram), mereka bakal memberikan satu persembahan istimewa dan menggegarkan Stadium Malawati. Apatah lagi , Search sudah lama tidak muncul dalam mana mana persembahan dan Awie pula cukup dikenali sebagai penghibur serba boleh, pastinya Konsert Cinta Buatan Malaysia Search & Awie #Apologia ini sangat di nanti nantikan oleh peminat setia mereka.

Yang pasti , mereka akan membawakan lagu lagu dari album Bikin Wilayah dan lagu popular Search dengan bunyian yang lebih segar , terkini dan mantap Mereka juga akan mengadakan segmen khas sebagai penghargaan kepada bekas pemain dram Search, Yazit Ahmad yang meninggal dunia pada 26 September 2019 yang lalu. Konsert Cinta Buatan Malaysia Search & Awie #Apologia ini mempu meninggalkan kenangan terbaik buat penonton semua dan merupakan satu gabungan yang mantap dan terbaik .

Tiket untuk konsert anjuran Imaginex & HS Shazlicious Trading ini berharga RM399, RM299, RM199 , RM99 dan Rm1000 (VVIP) sebanyak 200 keping sahaja.

Penganjur juga ingin memaklumkan kepada semua peminat yang telah membeli tiket ianya masih tetap sah dan bole digunakan pada tarikh 12 Dec 2020 kelak.

Untuk pertanyaan dan sebarang informasi mengenai tiket bolelah melayari www.ilassoickets.com dan talipon hotline 03.2170 6333. Manakala Suria FM, selaku radio rasmi bagi konsert Cinta Buatan Malaysia Search & Awie #Apologia, dan Mewah Event Management selaku yang menjayakan segala urusan AMP konsert Cinta Buatan Malaysia Search & Awie # Apologia.




TERBARU

Konsert Bikin Wilayah Bersama SEARCH Dan AWIE Di Stadium Melawati Pada 12 Disember 2020

Pelancaran Program Nurkids Dan Turath

Konsert Ulangtahun Ke 40 LEFTHANDED

Berita Baik Buat Artis Dan Pemuzik

Album SEARCH Katharsis Secara Istimewa Di Abadikan Dalam Bentuk Piring Hitam

Online TV Tempatan NURFLIX.TV Untuk Semua Golongan

Penganjur Konsert 4G Berikan Jaminan Konsert Akan Diteruskan

Penggiat Seni Di Minta Tabah Dan Terima Kasih Kepada Frontliner Yang Sedang Berjuang - NASIR SEARCH

AWIE Bergabung Bersama SEARCH Dalam Konsert Apologia

Gabungan Melodi Terindah Bersama AKIM , BLACK , TOMOK Dan HAZAMA Di Istana Budaya

Terbaru Online Streaming Tempatan Mr Mufe – My Lepak Buddy

#sambilmeniaga #sambilmenderma Di Expo Jom Niaga Jelajah Johor 2020

4 Penyanyi Dalam Gabungan Melodi Terindah

DATO HATTAN Kembali Dengan 5 Oktober

Adam E berkalobrasi bersama Bapa Beliau Dato Hattan

Lagu SAYANGI MALAYSIAKU Semarakkan Semangat Hari Kebangsaan

Akma Dan Ewal Muncul Dengan Single Terbaru MASIH ADA

Konsert Rockestra Lagenda Di Kuala Lumpur

Tiket Konsert Kumpulan boyband Britsh 911 Pada Sabtu Ini Telah Habis Di Jual

Sambutan Record Store Day Meriah Di Fenomena Music

KONSERT/TEATER/GIG

JAMAL ABDILLAH Dan M. NASIR Memaparkan Penghibur Sebenar

Persembahan Hebat Dalam The Best Of Joe

Persembahan Unik Oleh PITAHATI Di DPAC

Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN

Superstar ANGELA ZHANG Memukau Peminat

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Lagu Terbaik Dan Persembahan Hebat Di Konsert 3 Suara

Konsert Cinta NADIRA ADNAN Mempesona Peminat

Konsert Ulangtahun Yang Penuh Kenangan Daripada SHEILA ON 7

Gema Wirama Wings Menerjah Padang B Plaza Angsana

Malam Kalimah Cinta Yang Persona Daripada OPICK

Lebih 2000 Peminat Banjiri Konsert "Retrofest Asia 2015"

Ritma SEARCH Menerawang Di Hard Rock Cafe Melaka

Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik

Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD

"Konsert Wings 30 Tahun", Johor Bakal Di Jajah

Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati

WINGS Merubah Atmosfera Stadium Merdeka

Sokongan Tiada Berbelah Bagi Bukti Irama Rock Terus Bergema

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.