Album SEARCH Katharsis Secara Istimewa Di Abadikan Dalam Bentuk Piring Hitam

18 Jul 2020 01:17

2020-07-18_01-07-46

2020-07-18_01-08-17

Katharsis – album studio ke-12 band rock legenda tanah air, Search kini diabadikan dalam format piring hitam atau vinyl.
‘Katharsis The Vinyl’ akan mula dipasarkan pada 28 Julai ini dengan harga RM199 di Fenomena Music, Plaza Damas , Kuala Lumpur dan beberapa kedai muzik terpilih serta penjual-penjual dalam talian.
 
Ia juga dicetak terhad sebanyak 500 unit sahaja untuk pasaran seluruh dunia . Album terbitan Datuk M Nasir yang mula dipasarkan pada 2017 ini juga menyaksikan penampilan penuh pemain dram, Pae dalam album Search sekali gus memberikan kelainan serta nafas baru dari segi ‘sound’ dan persembahan Search. 
 
Selain riff gitar Kid yang lebih berat dan bertenaga, imej Search dengan konsep urban ethnic oleh pereka fesyen dan gaya terkenal, Jiman Casablanca juga cukup menarik. Kenapa vinyl Katharsis ini wajib dimiliki peminat tegar Search?
Presiden Pawana Music yang juga Penerbit Eksekutif album ini, Datuk Ahmad Zaharul Annuar berkata, ia adalah album terakhir Amy bersama Search selepas  mengumumkan pengundurannya sebagai penyanyi Search pada penghujung Mac lalu. 
 
“Ini album terakhir Amy bersama Search yang pasti menerbitkan 1,001 nostalgia buat mereka dan peminat Search. Bagi ‘collector’ vinyl tegar dan peminat Search, ini koleksi paling sesuai,” katanya. 
 
Menurut Ahmad Zaharul, vinyl ini juga menjanjikan bunyi audio yang lebih padat dan enak berbanding dalam format cakera padat (CD) yang dikeluarkan sebelum ini. 
 
“Ia juga mengandungi buku lampiran yang memaparkan koleksi gambar-gambar sepanjang kerja pembikinan album dan juga konsert Search dalam kualiti tinggi,” katanya.
 
Proses penerbitan vinyl ini mula dilakukan di studio terkemuka di Amerika Syarikat iaitu Sterling Sound pada 2018. Proses mastering pula dilakukan jurutera bunyi terkenal, Ryan Smith yang pernah mengendalikan album artis rock legenda dunia antaranya Ozzy Osbourne, AC/DC dan Coldplay. 
 
“Proses ‘pressing’ ke format piring hitam dimulakan tahun lalu dan ‘master’ Katharsis dibawa ke kilang piring hitam Disc Makers di New Jersey untuk proses terakhir pembikinan Katharsis The Vinyl. Di situlah semua piring hitam,sampul, poster dan ‘booklet’ Katharsis dihasilkan dan dibungkus secara sistematik untuk edaran di Malaysia,” katanya.




TERBARU

Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati

Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'

Bergabung dalam Nostalgia 'CONCERT UK’SLAM MUSICAL'

Melodi Gabungan UK's dan SLAM yang Menghadirkan Keunikan Musikal di STADIUM MALAWATI pada 3 FEBRUARI

UK’s dan Slam Bersatu Dalam Konsert Terbesar Di Stadium Malawati Pada 3 Feb 2024

Gema Nostalgia Bersama SWEET CHARITY Semalam Di Malaya Pada 26 Januari Di Zepp KL

Pelancaran Program Realiti TV Pentas Marhaban: Dakwah Melalui Seni Suara dalam Islam

Perjalanan Menuju Konsert 'Tujuh Vibrato Gitar' Pada 3 November Di Zepp KL

25 Tahun Mengukir Kenangan Dalam Konsert Istimewa Lah Ahmad di Istana Budaya

Dari Busking ke Pentas Konsert, Perjalanan Seni Bob Sentuhan

Melodi dan Getaran: Menelusuri Kehebatan 7 Gitaris di Konsert TUJUH VIBRATO GITAR Pada 3 Nov Di Zepp

Gema Rock Di Konsert Double Trouble 2 Di Stadium Malawati 5 Ogos Ini

3 Dekad Perjalanan SLAM Dalam Konsert NurKasih 6 Ogos di Zepp KL

Repvblik Band Ingin Cipta Kenangan Sempena Ulangtahun Ke-19 Di Kuala Lumpur Pada 11 Ogos Di Zepp

Konsert Double Trouble 2 Membawa Gelombang Rock Ke Stadium Malawati Pada 5 Ogos

Kumpulan SLAM Meraikan Ulang Tahun Ke-30 dengan Konsert NurKasih

Konsert Amal Pengasih Tampilkan Artis Hebat

Konsert Lefhanded 40 Tahun Rockestra Mendapat Sambutan

Konsert Rockestra Lefthanded 40 Tahun: Menghidupkan Semula Rock Legenda

Konsert Kumpulan SLAM NURKASIH Di Zepp Kuala Lumpur 6 Ogos

KONSERT/TEATER/GIG

Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati

Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'

JAMAL ABDILLAH Dan M. NASIR Memaparkan Penghibur Sebenar

Persembahan Hebat Dalam The Best Of Joe

Persembahan Unik Oleh PITAHATI Di DPAC

Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN

Superstar ANGELA ZHANG Memukau Peminat

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Lagu Terbaik Dan Persembahan Hebat Di Konsert 3 Suara

Konsert Cinta NADIRA ADNAN Mempesona Peminat

Konsert Ulangtahun Yang Penuh Kenangan Daripada SHEILA ON 7

Gema Wirama Wings Menerjah Padang B Plaza Angsana

Malam Kalimah Cinta Yang Persona Daripada OPICK

Lebih 2000 Peminat Banjiri Konsert "Retrofest Asia 2015"

Ritma SEARCH Menerawang Di Hard Rock Cafe Melaka

Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik

Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD

"Konsert Wings 30 Tahun", Johor Bakal Di Jajah

Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.