Tenaga , pengaruh dan kuasa muzik mereka tidak hilang getar dihati peminat . Dari awal kemunculan hinggalah membina portfolio sebagai penerus legasi seni yang menunjang kemas dalam industri muzik tanahair . Empat penyanyi lelaki generasi masa kini , Black , Hazama , Tomok dan Akim bersedia untuk membawa emosi peminat dengan melodi cinta mereka menerusi konsert berskala mega.
Julung kali disatukan , keempat mereka yang mempunyai barisan lagu yang cukup popular , dengan lagu-lagu “Anugerah Terindah” , “Mana Mungkin” dan “Sofea Jane” daripada Black , “CInta Teragung” , “Malaikat” dan “Penglipur Lara” daripada Hazama , “Sejarah Mungkin berulang” , “Bagaikan Bidadari” dan “Arjuna” oleh Tomok serta Akim dengan “Bengang” dan “Mewangi”.
Dinamakan sebagai Konsert 4G , Black , Hazama , Tomok dan Akim , paduan suara dengan tagline “Gabungan Melodi Terindah” itu juga boleh disifatkan sebagai quartet terhebat yang pertama kali dipersembahkan dalam sebuah konsert di Istana Budaya .
Walaupun masing-masing mempunyai lagu-lagu popular dikalangan para peminat , yang pastinya antara mereka bukanlah muncul sebagai artis solo , tapi sebagai penyanyi yang akan saling berpadu suara dalam setiap lagu yang didendangkan.
Dengan kata lain , mereka bagaikan satu “group” gabungan penyanyi masakini dan yang telah lama membina nama di Panggung Sari , Istana Budaya .
“Idea menggabungkan empat atau tiga penyanyi dalalm sesebuah konsert memang tidak asing. Repertoirnya lebih focus terhadap persembahan duet beramai-ramai dan akan akan menyampaikan lagu-lagu hits dibeberapa hits dari penghujung 70an hingga sekarang yang telah memberi inspirasi kepada setiap mereka dan menjadikan mereka seperti hari ini . Begitupun persembahan secara solo dan menyampaikan lagu hits masing-masing tetap akan dipersembahkan.
“Untuk 4G , konsepnya lebih kepada penyatuan keempat-empat penyanyi dalam setiap lagu , semacam quartet dengan keunikan karakter pada setiap penyanyi , Persembahan solo tetap ada, tetapi dalam segmen awal sahaja, “ jelas wakil Belbis Sdn Bhd selaku penganjur .
Selain itu susunan muzik diterajui oleh composer dan Pengarah Muzik hebat tanahair Aubrey Suwito Pop Orchestra bergabung bersama pemuzik-pemuzik National Symphony Orchestra Istana Budaya pastinya menambahkan kehebatan Konsert 4G nanti .
Berpengalaman menganjurkan beberapa konsert terdahulu seperti Romansa Kris Dayanti dan M. Nasir Sang Pencipta , pihak Belbis yakin dengan pemilihan Black , Hazama , Akim dan Tomok untuk dua malam persembahan dan menjanjikan hiburan yang berbaloi .
“Mereka ada banyak lagu popular dan setiap orang ada kelebihan vocal serta identity muzik tersendiri . Untuk konsert nanti kami hanya perlu memenuhkan 2600 tempat duduk di Istana Budaya untuk dua malam persembahan
“Secara puratanya , empat penyanyi itu ada enam juta pengikut dalam laman social . Dari angka itu , nampaknya mereka ada sokongan korporat dan peminat muzik tanah air . Penganjur juga sangat-sangat mengalu-alukan pihak yang berminat untuk mengambil bahagian sebagai penaja konsert dengan menghubungi hotile kami” tambah penganjur.
Sebagai kelainan yang dijangka untuk menambahkan aura empat sekawan 4G Black , Hazama , Akim dan Tomok kini dalam proses menghasilkan sebuah single terbaru.
Dijadualkan berlangsung pada 17 dan 18 April 2020 , secara tidak langsung , konsert anjuran Belbis Sdn bhd juga menjadi agenda istimewa menghangatkan calendar Tahun Melawat Malaysia 2020.
Tiket-tiket berharga RM98 , RM248 , RM348 , RM 428 dan RM518 mula dijual sejak Disember 2019 menerusi www.airasiaredtix.com
Penganjur juga menyediakan tempat duduk istimewa berharga RM988 setiap satu sebanyak 16 tempat pada setiap malam persembahan .
PENCERAMAH BEBAS LEPAS TUDUHAN PELABURAN TIDAK WUJUD DAN CEK TENDANG
The Real Cromok: Konsert yang Menghidupkan Jiwa dan Nostalgia
Paling Hangat, 3 Band Rock Dari 2 Negara Di 1 Pentas, ROXtheNATION
Ulangtahun 36 Tahun Cromok: Legenda Thrash Metal Malaysia Terus Menginspirasi
SHOWCASE EKSKLUSIF UK’s UP CLOSE AND PERSONAL DITUNDA KE TARIKH BAHARU
Konsert The Real Cromok Menampilkan Hillary Ang dan Man Keedal di Pentas yang Sama
Malam Intimasi Buat Para Pecinta: Julung Kali, Eksklusif dalam UK’s: Up Close and Personal
Nostalgia Blues Mengimbau Perjalanan Ikonik Blues Gang dalam Konsert Apo Nak Di Kato
Cherry On Top Membawa Rock Progresif ke Arus Perdana dengan Lagu Ketagih
Blues Gang Merayakan Lima Dekad dalam Konsert Solo Berprestij di Zepp KL
50 Tahun Blues Gang Bakal Membawa Semangat Blues & Rock di Konsert Apo Nak Dikato Di Zepp KL 9 Ogos
Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati
Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'
Melodi Gabungan UK's dan SLAM yang Menghadirkan Keunikan Musikal di STADIUM MALAWATI pada 3 FEBRUARI
UK’s dan Slam Bersatu Dalam Konsert Terbesar Di Stadium Malawati Pada 3 Feb 2024
Gema Nostalgia Bersama SWEET CHARITY Semalam Di Malaya Pada 26 Januari Di Zepp KL
Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati
Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'
Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN
Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang
Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik
Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD
Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati
WWW.RAWK.COM.MY
ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.
With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.
Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my
MANAGEMENT
CONTACT
WEB DESIGN
Piko Fairuz [RAWK Entertainment]
PENAFIAN
Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini
HAK CIPTA TERPELIHARA
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.