Datuk Jamal Abdillah , suara beliau yang kini masih tiada tandingnya , Raja Pop tanahair ini walaupun semakin meningkat usia populariti beliau tidak pernah merudum , dengan kerjaya lebih 40 tahun , legasi lagu-lagu beliau berderet dengan status klasik . Dan yang utamanya lagu “Azura” , lagu wajib beliau dan merupakan kerjasama pertama bersama Datuk M. Nasir .
Kedua lagenda muzik tempatan ini pertama kalinya akan bersatu diatas pentas konsert besar yang bakal diadakan di Istana Budaya pada 20 hingga 23 Disember ini .
Konsert Duo Lagenda akan memaparkan lagu-lagu terbaik antara mereka dalam menyusuri kenangan bersama . Konsert selama 4 malam ini dibawa khas oleh Shapadu dan akan diiringi oleh pemuzik profesional dibawah pimpinan Raja Sham .
Turut dijemput membuat persembahan ialah penyanyi yang berasal daripada Australia , Cassidy Anderson , penyanyi yang popular di Youtube dan sering menyanyikan lagu-lagu Melayu dan belaiu juga fasih berbahasa Melayu .
PERTAMA KALI DI KONSERT SKALA BESAR BERSAMA
Datuk M. Nasir yang ditemui ketika sidang media di Istana Budaya , menyatakan beliau sebelum ini pernah sepentas bersama Datuk Jamal Abdillah ketika program televisyen ataupun menyanyikan lagu duet .
“Saya dah beberapa kali buat persembahan bersama Jamal , sejak televisyen pernah kalobrasi . Ini pertama kali di Istana Budaya . Saya teragak-agak juga pada mulanya kerana saya selalu pergi sendiri . Pertama saya segan nak kalobrasi dengan beliau , dia Raja saya Cikgu ”
“Tapi saya biasa dengan dia , mengikuti perkembangan karier dan gaya dia , perwatakkan dia pun saya ikut , saya tengok perubahannya , dulu tak cakap sekarang dah pandai cakap , lebih kurang macam saya juga . Jadi saya beruntung kerana dapat kerjasama dengan dia . Melalui album yang baik yang beri kesan kepada pasaran terutama lagu yang saya buat untuk dia”
“Sejak kerjasama album yang saya buat untuk dia dan album selepas itu yang saya mula mengetahui Jamal tahu membuat lagu sendiri , Lagu ”Ghazal Untuk Rabiah” sebenarnya dia ada dalam lagu , dia mulakan melodi dan saya sambung , begitu cara buat lagu dan saya faham pengalaman dia dan dari mana dia datang dan kami umur lebih kurang sama , walau dia lebih dahulu masuk industry rakaman”
MEMILIH DATUK M. NASIR DAN CASSIDY ANDERSON
Konsert Duo Lagenda ini sebenarnya telah lama dirancang oleh Datuk Jamal , iaitu telah lebih setahun lamanya
“Saya pilih M. Nasir kerana beliau lagenda dan banyak peminat , ia idea yang baik bergabung dengan saya”
“Hasrat saya dah lama nak duet bersama M. Nasir , Awie dan Amy Search” jelas Datuk Jamal
“Memang susah nak dapat (M.Nasir) banyak urusan kena berunding dan M. Nasir sendiri banyak event di Singapura”
“Cassidy pula dia unik , dia orang luar Negara yang suka berbahasa Malaysia , yang petah berbahasa Malaysia , juga lebih dari itu bila saya tengok youtube dia nyanyi lagu saya”
IRINGAN VIOLIN TUN SITI HASMAH
Pada 22 Disember ialah persembahan malam VVIP , tujuannya mengutip dana yang disampaikan kepada Tun Dr Mahathir Mohammad dan Tun Dr Siti Hasmah . Malah badan amal yang akan disalurkan dipilih sendiri oleh Tun Dr Siti Hasmah
“Malam itu Tun Dr Siti Hasmah akan mengiringi kami dengan lagu ‘Gubahanku’ , kalobrasi yang mudah . Pada hari tersebut saya akan jual kepada korporat dan kutipan akan disalurkan kepada yang memerlukan”
Menurut Datuk Jamal idea ini muncul apabila beliau melihat Tun Dr Siti Hasmah bermain violin dalam satu acara dan beliau terus berjumpa Tun Dr Mahathir Mohammad untuk menyampaikan hasrat .
“Beliau sangat suka , kali pertama berjumpa beliau pegang tangan saya dan kami berbual . Sekarang Tun Siti Hasmah ada kelas sebelum ini pun beliau memang ada mengikuti kelas muzik dan satu lagu akan disampaikan beliau pada malam itu”
SEGMEN YANG MEMBERI INFORMASI
Konsert Duo Lagenda ini akan membawakan beberapa segmen dan antara segmen yang cukup menaik diceritakan oleh Datuk Jamal ialah segmen santai yang akan memberi informasi dan hiburan.
“Akan ada beberapa segmen , tapi akan ada segmen santai , macam awal perkenalan , kami berdua akan ke pentas bersama , duduk sambil pegang gitar , kami berbual mcm kau ingat Nasir pada mula-mula kita buat rakaman dulu . Cerita macam ini orang tak pernah dengar. Pertama kali kami buat rakaman di Lion Studio , lagu ‘Azura’ . kami akan berbual dan mainkan lagu , lagu ‘Ghazal Untuk Rabiah’ , macam ingat lagi tak kita buat lagu bersama-sama , aku kata ada 2 key minor dan major , benda macam inilah yang akan kami bawakan . Satu konsep orang jarang buat atau tak pernah buat rasanya ”
“Saya selalu menyanyikan lagu M. Nasir , macam pertandingan akhir Bintang RTM lagu M. Nasir tulis ‘Senandung Semalam’ ”
Datuk M. Nasir mencelah “Lagu yang saya tak berapa yakin lagu tu akan pergi dan lagu Joget yang kita buat dulu”
Dengan pantas Datuk Jamal mengingati tajuk lagu “Berdendang Dalam Tangisan , haa perbualan macam inilah yang kita akan dapat tengok”
“Seniman Menangis juga akan saya nyanyikan tapi saya ambil arrangement My Dark World , pasal lagu ini asalnya lagu Inggeris”
“My Dark World” Nyanyian Frankie Cheah
“ ‘Cinta Selayang Pandang’ pun ciptaan M. Nasir , saya cerita dengan dia , Nasir aku kan sikap pemalu , aku tengok perempuan cantik aku nak dia tapi tak berani nak bersuara , so kau buat satu lagu untuk aku, Cinta Selayang Pandang , itu yang jadi lagu Cinta Selayang Pandang , boleh tengok je , itupun boleh buat lagu . Sebenarnya kami bincang apa yang kami nak , aku nak lagu macam ni , aku minat seorang wanita tapi aku tak berani nak bersuara , aku tengok dia aku syok tapi tak berani nak luahkan , so cinta aku lalu begitu sahaja , itu yang jadi lagu tu”
“Siapa itu yang memandang , Tajam menikam sanubariku , Mestikah aku diam membisu … dia ada cerita sebaliknya” Datuk Jamal mengakhiri .
Tiket-tiket berharga RM1000 (Golden Seat/ VVIP) , RM558 , RM458 , RM358 , RM258 dan RM158 boleh dibeli menerusi wwww.ilassotickets.com atau hubungi 03 217 06333 . Radio Sinar FM sebagai radio rasmi .
The Real Cromok: Konsert yang Menghidupkan Jiwa dan Nostalgia
Paling Hangat, 3 Band Rock Dari 2 Negara Di 1 Pentas, ROXtheNATION
Ulangtahun 36 Tahun Cromok: Legenda Thrash Metal Malaysia Terus Menginspirasi
SHOWCASE EKSKLUSIF UK’s UP CLOSE AND PERSONAL DITUNDA KE TARIKH BAHARU
Konsert The Real Cromok Menampilkan Hillary Ang dan Man Keedal di Pentas yang Sama
Malam Intimasi Buat Para Pecinta: Julung Kali, Eksklusif dalam UK’s: Up Close and Personal
Nostalgia Blues Mengimbau Perjalanan Ikonik Blues Gang dalam Konsert Apo Nak Di Kato
Cherry On Top Membawa Rock Progresif ke Arus Perdana dengan Lagu Ketagih
Blues Gang Merayakan Lima Dekad dalam Konsert Solo Berprestij di Zepp KL
50 Tahun Blues Gang Bakal Membawa Semangat Blues & Rock di Konsert Apo Nak Dikato Di Zepp KL 9 Ogos
Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati
Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'
Melodi Gabungan UK's dan SLAM yang Menghadirkan Keunikan Musikal di STADIUM MALAWATI pada 3 FEBRUARI
UK’s dan Slam Bersatu Dalam Konsert Terbesar Di Stadium Malawati Pada 3 Feb 2024
Gema Nostalgia Bersama SWEET CHARITY Semalam Di Malaya Pada 26 Januari Di Zepp KL
Pelancaran Program Realiti TV Pentas Marhaban: Dakwah Melalui Seni Suara dalam Islam
Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati
Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'
Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN
Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang
Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik
Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD
Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati
WWW.RAWK.COM.MY
ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.
With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.
Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my
MANAGEMENT
CONTACT
WEB DESIGN
Piko Fairuz [RAWK Entertainment]
PENAFIAN
Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini
HAK CIPTA TERPELIHARA
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.