Selepas lebih 10 tahun kini kumpulan XPDC yang dibarisi oleh Ali , Izo , Lola dan Eddie telah bersedia dengan album terbaru yang bertajuk “Doa” , album yang telah mula dijual pada bulan Oktober dan diedarkan oleh Life Records .
Album “Doa” adalah buah tangan yang masih kekal dengan ramuan muzik XPDC dan kini dengan kearah lirik-lirik yang lebih kepada kehidupan dan nasihat . Album ini dirakamkan di Studio Archive , Damansara dan mengambil masa lebih 2 tahun untuk disiapkan .
MENUNGGU 2 TAHUN DAN KOS MENGELUARKAN ALBUM YANG TINGGI
Mengulas mengenai kelewatan tersebut Ali menjelaskan ialah ada syarikat sebelum ini yang ingin menerbitkan album XPDC tapi ada masalah , dan ia disambung semula oleh Block Chain yang kini telah merealisasikan album terbaru XPDC , menurut Ali beliau berterima kasih kepada syarikat sebelum ini dan kerana mereka ia membuka jalan untuk kumpulan XPDC terus bersemangat mengeluarkan album .
Kos untuk menghasilkan album “Doa” juga agak tinggi , ini adalah kerana album “Doa” yang mempunyai 11 buah lagu , disiapkan juga 11 buah video clip sebagai salah satu strategi pemasaran .
ALBUM DOA UNTUK PEMINAT
Sekian lama kini XPDC sedia memberi impak buat peminat lama dan baru mereka dan turut menjelaskan walaupun mereka tiada album selama itu namun kumpulan XPDC sebenarnya sangat aktif dengan show dan konsert
“Dalam 10 tahun , kami masih terlibat dalam muzik , kami masih bergerak aktif , daripada situ kami dapat banyak permintaan untuk kami buat album dan bagi kami tiada benda yang mustahil , jadi kami buat (album) , buat benda yang baik dan niat yang baik” jelas Izo
LIRIK YANG BERMESEJ
Jika sebelum album XPDC juga banyak menyelitkan lirik-lirik mengenai kehidupan bukan cinta semata , dan album “Doa” masih dengan ramuan muzik XPDC iaitu ‘heavy’ , ‘moderate’ dan ‘slow’ namun lirik mereka kini semuanya lebih kearah menasihati . Lebih banyak mengenai kehidupan dan kebaikkan berbuat baik kepada orang .
“Ia faktor umur juga” Ali menjelaskan
Sambung Ali “Umur dah meningkat , kami makin tua untuk buat lagu cinta lagi , ramai peminat pun dah sebaya dengan kami , ada yang dah masuk 40 dan 50an , kita pun dah meningkat umur apa mesej yang kita nak sampaikan lagi . Selain cinta kepada Allah , cinta kepada makhluk tak dapat apa-apa , cinta kepada Allah , Insyaallah . Ni cara kita , nak berdakwah banyak saluran dia , semua orang mendengar muzik , sambil mendengar mereka melihat lirik , dan di abaca lirik tu , dan mungkin hidayah tu datang , itu target kami”
Izo juga terus memberikan pandangan beliau “Ia kisah tentang kehidupan , sebenarnya nasihat , kami berkongsi , apa yang kami tahu . Ibarat kami nak bercerita benda yang baik , ibarat orang dengar radio , orang dengar benda yang baik . Masalah orang nak berubah itu bukan kerja kami . Itu kerja Allah . Kami cuma menyampaikan , sebab muzik ni orang dengar hari- hari . Bukan nak kata rockers ni teruk , kami sampaikan mesej dan jika dia rasa okay dan tiru , itu satu kejayaan”
DAKWAH ONLY ALLAH (DOA)
Apabila ditanya makna tajuk album terbaru kepada XPDC , Ali terus menjelaskan
“Dakwah Only Allah itu makna Doa dalam album ini . Doa ni senjata orang mukmin , mana ada orang doa benda yang tak elok , saya ada diberi nasihat oleh Ustaz , Ali jumpa orang minta Doa , maknanya minta Doa yang baik-baik , tak kira siapa pun dia , miskin atau kaya , benda ni kita tak tahu bila Allah nak kabulkan”
Izo turut melemparkan pandangan beliau “Ini untuk semua , kita Doa kepada Allah jangan kita pandang rockers ni tak boleh cerita benda yang baik dengan dia . ini semua kerja Allah”
HARAPAN XPDC TENTANG ALBUM TERBARU
“Harapan , bila kita buat sesuatu kita buat harapkan yang baik”
Sambung Ali lagi “Kita kalau boleh nak jaga periuk nasi , kita nak jaga reputasi kami . Tugas kami sebenarnya bukan sahaja sebagai pemuzik , kalau boleh ajak orang kepada kebaikkan , Itu dia punya mesej , menjadi Daie kepada semua umat , Daie ni bukan Ustaz , ni dakwah kepada orang , tak semestinya Ustaz sahaja buat dakwah kepada orang . Setiap orang muslim adalah Daie , Daie ni mengajak orang kepada kebaikkan , Kita mengajak bukan mengajar , Mengajar tu tugas Ustaz dan Guru . Kita ajak orang , cara ajak dia dengan cara begini , sampaikan mesej yang baik-baik”
ALI MENCERITAKAN KISAH BELIAU DI PANGGIL SEMULA MASUK XPDC
Ali mengingat kembali mengenai beliau kembali dipanggil semula oleh Izo, Jelas Ali ia pada tahun 2014 sebenarnya beliau agak berat untuk menerima lamaran tersebut kerana ‘hijrah’ beliau yang diketahui ramai
“Semasa saya dipanggil balik untuk menyanyi bersama XPDC , asalnya saya agak berat nak masuk balik , semua tahu keadaan saya semasa itu , lepas itu saya minta nasihat daripada Ustaz , saya tanya , XPDC nak panggil saya buat show dan konsert , Ustaz tu kata hang masuk , saya tanya lagi saya dah hijrah macamana nak masuk . Beliau kata masa inilah platform hang nak buat dakwah , dakwah dengan kawan-kawan kita , dengan sahabat-sahabat kita , termasuk wartawan yang ada , semoga kita semua mendapat hidayah apa yang disampaikan melalui lirik dan lagu kami”
Album terbaru XPDC boleh didapati secara online melalui laman facebook.com/sahabatXPDC atau melalui kedai kaset berhampiran anda .
The Real Cromok: Konsert yang Menghidupkan Jiwa dan Nostalgia
Paling Hangat, 3 Band Rock Dari 2 Negara Di 1 Pentas, ROXtheNATION
Ulangtahun 36 Tahun Cromok: Legenda Thrash Metal Malaysia Terus Menginspirasi
SHOWCASE EKSKLUSIF UK’s UP CLOSE AND PERSONAL DITUNDA KE TARIKH BAHARU
Konsert The Real Cromok Menampilkan Hillary Ang dan Man Keedal di Pentas yang Sama
Malam Intimasi Buat Para Pecinta: Julung Kali, Eksklusif dalam UK’s: Up Close and Personal
Nostalgia Blues Mengimbau Perjalanan Ikonik Blues Gang dalam Konsert Apo Nak Di Kato
Cherry On Top Membawa Rock Progresif ke Arus Perdana dengan Lagu Ketagih
Blues Gang Merayakan Lima Dekad dalam Konsert Solo Berprestij di Zepp KL
50 Tahun Blues Gang Bakal Membawa Semangat Blues & Rock di Konsert Apo Nak Dikato Di Zepp KL 9 Ogos
Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati
Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'
Melodi Gabungan UK's dan SLAM yang Menghadirkan Keunikan Musikal di STADIUM MALAWATI pada 3 FEBRUARI
UK’s dan Slam Bersatu Dalam Konsert Terbesar Di Stadium Malawati Pada 3 Feb 2024
Gema Nostalgia Bersama SWEET CHARITY Semalam Di Malaya Pada 26 Januari Di Zepp KL
Pelancaran Program Realiti TV Pentas Marhaban: Dakwah Melalui Seni Suara dalam Islam
Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati
Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'
Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN
Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang
Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik
Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD
Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati
WWW.RAWK.COM.MY
ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.
With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.
Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my
MANAGEMENT
CONTACT
WEB DESIGN
Piko Fairuz [RAWK Entertainment]
PENAFIAN
Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini
HAK CIPTA TERPELIHARA
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.