Konsert 30 Tahun Doa Buat Kekasih Penuh Jiwa Dan Semangat

21 Sep 2018 01:41

Konsert 30 Tahun Doa Buat Kekasih

Dua gandingan penyanyi yang tidak asing lagi , Datuk Ramli Sarip dan Dato Khadijah Ibrahim . Persamaan yang menarik antara mereka ialah keduanya memulakan karier sebagai penyanyi di Singapura , mungkin inilah sebab antara sebab mereka sering bersama dalam merakamkan lagu-lagu duet . walaupun banyak lagu yang dirakamkan mereka telah berlalu 30 tahun lamanya , lagu-lagu mereka kini sentiasa menjadi siulan , walaupun penuh dengan elemen tradisi ianya kekal dengan populariti , tidak lapuk ditelan zaman .

KONSERT 30 TAHUN DOA BUAT KEKASIH DI ISTANA BUDAYA

Meraikan lagu-lagu mereka bersama ,mereka kini bersatu diatas pentas dalam “Doa Buat Kekasih 30th Anniversary Tour 2018” yang akan berlangsung di Istana Budaya pada 6 Oktober ini . Dalam mendalami jiwa kedua mereka temuramah khas telah dilakukan dalam mencerita serba serbi mengenai konsert yang bakal diadakan .

PERSEDIAAN RAPI DEMI KONSERT YANG BAKAL MENJELANG

Datuk Ramli tampak bersahaja dan yakin dalam konsert yang bakal diadakan , begitu juga Dato Khadijah Ibrahim , tiada perkara yang dapat menghalang lagi , mereka telah bersedia untuk konsert nanti .

“Dato Kat telah membuat latihan dalam 70% dan konsert di Istana Budaya adalah yang paling besar buat jelajah kami , secara peribadi , ia adalah benda lain yang pernah saya lalui . Saya pernah menyanyi bersama bermacam penyanyi tapi ia tidak betul-betul focus dengan duet yang sebenar . Selai duet ada persembahan khusus daripada lagu popular masing-masing” Datuk Ramli bermula bicara

“Saya dan Kat berkongsi satu pandangan tentang tentang lagu , akan pastikan ada balance , saya rasa lagu-lagu yang dipersembahkan agak segar” sambung Datuk Ramli

MENJANGKAKAN REAKSI PENONTON

Datuk Ramli Sarip dan Dato Khadijah Ibrahim sebenarnya  tidak sabar menantikan reaksi penonton dan bagaikan memahami kehendak peminat-peminat mereka sendiri , suatu perkara akan berlaku secara semulajadinya

“Lagu-lagu duet dipersembahkan agak mencabar , kita sangat menunggu reaksi penonton tentang lagu-lagu yang dipersembahkan daripada segmen pertama , kedua , ketiga dan yang terakhir”

“Show begini , sebagai penyanyi akan merasakan reaksi persembahan sebelum ianya terjadi , kadang-kadang apabila suatu moment ngam ia menjadi ideal” jelas Datuk Ramli

GUBAHAN MUZIK YANG LEBIH SEGAR

Buat Datuk Ramli Sarip muzikal beliau boleh dilihat sebagaimana dalam konsert-konsert beliau sebelum ini yang mana muzik yang diubah menjadi lebih segar dan mantap hasil sentuhan kumpulan iringan Soul Journey yang sebenarnya begitu menambah seri persembahan secara langsung namun tidak menghilangkan lagu-lagu yang berjiwa Melayu mahupun tradisi

“Konsert ini akan diiringi oleh kumpulan Soul Journey baik Dato Ramli ataupun ibu , lagu-lagu ibu akan diberikan susunan yang baru dan akan ada 1,2 lagu rock yang ibu akan menyanyi , secara keseluruhan ibu lihat ia lebih variety”

Dato Khadijah Ibrahim menjelaskan persembahan beliau nanti dan tentunya lebih menarik bersama kumpulan Soul Journey yang sangat berpengalaman dalam improvised lagu-lagu Datuk Ramli sebelum ini

“Lagu JJ , Allahyarham Tan Sri SM Salim yang pernah duet bersama abang Ramli , ibu akan nyanyikan bersama abang Ramli , key nya sama jadi ibu tidak ada masalah membawakan lagu-lagu tersebut” sambung Dato Khadijah

KONSERT YANG PENUH SEMANGAT DAN BERJIWA

Walaupun sebagai penyanyi solo , Datuk Ramli Sarip dan Dato Khadijah Ibrahim begitu popular dengan lagu-lagu yang penuh dengan semangat dan irama tradisi dengan banyak pengaruh rock seperti Datuk Ramli tapi secara ruh nya , elemen nusantara begitu kuat sekali , ditambah lagi dengan gabungan antara mereka , ia tentu akan menjadi lebih nostalgia dan ini telah terbukti selepas 30 tahun , lagu-lagu duet mereka kekal menjadi irama sepanjang zaman , melalui lagu ‘Doa Buat Kekasih’ ia telah menjadi lagu yang cukup ‘berhantu’ dan kekal menjadi satu jenama pada hari ini .

“Walaupun saya dah banyak buat konsert dan Dato Kat pun begitu tapi bagi kami konsert ini adalah extra special bagi kami . Yang akan datang nanti adalah pertengahan umur mungkin rendah sikit dan dewasa , Mereka mungkin tidak pernah merasakan konsert yang betul-betul bertemakan duet seperti ini”

“Dato Kat yang solo segmen akan perdengarkan lagu yang orang tidak pernah dengar , tapi lagu itu sangat bagus mempunyai karakter yang dewasa , kalau kita dengar lagu-lagu dalam konsert ini kebanyakkan lagu nya mempunyai senikata yang tidak remaja tapi dewasa , macam lagu ‘Ku Miliki Bayangmu’ , lagu ‘Zaman’ dan ‘Zapin Berperi’ ia sangat dewasa”

“Waktu saya buat album tersebut , saya dan Dato Kat ada berceritakan memasukkan elemen-elemen nusantara , tak boleh buat hanya sekadar buat tapi ada unsur perjuangan dalam membina muzik , minda kepada pendengar . Kat situ yang boleh dengar dalam lagu Zapin , lagu Inang , lagu Joget , lagu Keroncong , lagu asli dan sebagainya . Itu sebenarnya motif kami , bukan sekadar buat album dan suka-suka . Di situ kita tanamkan semangat dan akar KeMelayuan disitu”

“Walaupun anda dengar ada pop , sedikit rock tapi 60% ada jiwa rakyat , jiwa nusantara , jiwa timur”

“Kalau kita tengok penyanyi yang hebat seperti Allahyarham Dato Sharifah Aini ada banyak lagu-lagu Melayu , Allahyarham Tan Sri SM Salim , M Daud Kilau , Allahyarham Rosiah Chik . Benda ni kita dah taka da , kalau ada pun pelapis baru yang akan menyanyi semula tapi semangat dan feel dia memang tak boleh sama , tapi nak cari pengganti macam M Daud Kilau dia dah tinggalkan satu legasi dengan lagu-lagu Che Mek Molek , lagu hutang bayar hutang , benda tu ada humor dan ada rakyat , susah nak dapat benda tu lagi ”

CABARAN DALAM KONSERT

Tidak dapat dinafikan selain arah muzikal dan produksi yang sentiasa memeningkan kepala , Datuk Ramli juga memberikan cabaran utama dalam menyanyi duet

“Pemilihan lagu , saya kena merestui dan Dato Kat juga kena merestui , memastikan lagu-lagu yang dia pilih saya suka dan lagu yang saya pilih dia pun suka . Duet pun begitu , kita kena menimbangkan , ketepikan siapa hero , siapa heroin , ego dan sebagainya” jelas Datuk Ramli Sarip

LAGU YANG MEMPUNYAI MAKNA

Dalam mencerita mengenai lagu-lagu yang bakal didendangkan , Datuk Ramli juga sempat berkongsi mengenai makna dalam lagu yang didendangkan

“Macam lagu ‘Tanjung Sepi’ , lagu keroncong yang menceritakan Tanjung di Singapura yang benar berlaku , kampong tu dah tak ada lagi hanya tinggal tempat sahaja , dia dah tak seindah yang kita rasakan dulu , tempat tu ditepi laut , tempat orang memancing , sempadan dengan Johor Bahru , Tebrau dan lagu tu nukilan penulis lirik dan banyak mencerminkan kebenaran disitu , bersejarah , Dato Khadijah mesti menyanyi lagu tersebut dan saya syorkan beliau menyanyi bersama anak beliau . Ia satu gabungan yang sedap”

Tiket-tiket Konsert “Doa Buat Kekasih 30th Anniversary Tour 2018” yang akan berlangsung di Istana Budaya pada 6 Oktober telah pun dijual dengan harga RM400 , RM350 , RM250 , RM200 , RM150 dan RM100 . Belian dan tempahan secara online di www.ilassotickets.com info tiket 603 3170 6333 . Info Konsert 603 7773 0677 , Dengan radio Sinar sebagai radio rasmi .




TERBARU

The Real Cromok: Konsert yang Menghidupkan Jiwa dan Nostalgia

Paling Hangat, 3 Band Rock Dari 2 Negara Di 1 Pentas, ROXtheNATION

Ulangtahun 36 Tahun Cromok: Legenda Thrash Metal Malaysia Terus Menginspirasi

SHOWCASE EKSKLUSIF UK’s UP CLOSE AND PERSONAL DITUNDA KE TARIKH BAHARU

Malam Amal Legends di Sabah 11 Legenda dan Bintang Bergabung untuk Kutipan Dana Kebajikan Persatuan Karyawan Malaysia

Konsert The Real Cromok Menampilkan Hillary Ang dan Man Keedal di Pentas yang Sama

Malam Ikonik BCL Di Konsert Farmasi Soundzation Dihangatkan Dengan Penampilan Sulung Ghea Indrawari Dan Elly Mazlein 30 November Ini!

Cromok Hangatkan Festival Muzik, Soulfest 2024 Dengan Persembahan Secara Unplugged, Buat Julung Kalinya

Malam Intimasi Buat Para Pecinta: Julung Kali, Eksklusif dalam UK’s: Up Close and Personal

Nostalgia Blues Mengimbau Perjalanan Ikonik Blues Gang dalam Konsert Apo Nak Di Kato

Cherry On Top Membawa Rock Progresif ke Arus Perdana dengan Lagu Ketagih

Blues Gang Merayakan Lima Dekad dalam Konsert Solo Berprestij di Zepp KL

50 Tahun Blues Gang Bakal Membawa Semangat Blues & Rock di Konsert Apo Nak Dikato Di Zepp KL 9 Ogos

Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati

Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'

Bergabung dalam Nostalgia 'CONCERT UK’SLAM MUSICAL'

Melodi Gabungan UK's dan SLAM yang Menghadirkan Keunikan Musikal di STADIUM MALAWATI pada 3 FEBRUARI

UK’s dan Slam Bersatu Dalam Konsert Terbesar Di Stadium Malawati Pada 3 Feb 2024

Gema Nostalgia Bersama SWEET CHARITY Semalam Di Malaya Pada 26 Januari Di Zepp KL

Pelancaran Program Realiti TV Pentas Marhaban: Dakwah Melalui Seni Suara dalam Islam

KONSERT/TEATER/GIG

Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati

Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'

JAMAL ABDILLAH Dan M. NASIR Memaparkan Penghibur Sebenar

Persembahan Hebat Dalam The Best Of Joe

Persembahan Unik Oleh PITAHATI Di DPAC

Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN

Superstar ANGELA ZHANG Memukau Peminat

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Lagu Terbaik Dan Persembahan Hebat Di Konsert 3 Suara

Konsert Cinta NADIRA ADNAN Mempesona Peminat

Konsert Ulangtahun Yang Penuh Kenangan Daripada SHEILA ON 7

Gema Wirama Wings Menerjah Padang B Plaza Angsana

Malam Kalimah Cinta Yang Persona Daripada OPICK

Lebih 2000 Peminat Banjiri Konsert "Retrofest Asia 2015"

Ritma SEARCH Menerawang Di Hard Rock Cafe Melaka

Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik

Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD

"Konsert Wings 30 Tahun", Johor Bakal Di Jajah

Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.