Dua penyanyi sepanjang zaman , Datuk Ramli Sarip dan Dato Khadijah Ibrahim bergabung dalam menyanyikan lagu-lagu klasik mereka yang sentiasa “evergreen” walau telah melalui pelbagai ‘trend’ muzik .
Mereka bakal berada diatas satu pentas di dalam Konsert “Doa Buat Kekasih 30th Anniversary Tour 2018” yang akan berlangsung di Istana Budaya pada 6 Oktober ini . Pencapaian kedua penyanyi ini tidak boleh disangkal , paduan vocal masing-masing menampilkan dengan keunikkan tersendiri . Apatah lagi dengan puluhan lagu-lagu masing-masing yang sentiasa diminati sehingga sekarang dan tidak pupus dek zaman.
Dan tentunya yang akan menjadi tumpuan ialah lagu-lagu duet antara mereka , terutamanya lagu “Doa Buat Kekasih” , ia adalah antara lagu-lagu klasik mereka yang takkan pupus dek zaman .
“Secara jujur tak dapat rasa , mendengar atau menyampaikan lagu-lagu yang telah kami rakamkan 30 tahun yang lalu , yang mana lagu ‘Zaman’ , lagu ‘Insan Mulia’ dan banyak lagi lagu-lagu joget yang kita simpan . Saya rasa dah cukup ‘masak’ untuk dipersembahkan dipasaran” Datuk Ramli membuka bicara ketika sidang media di Loka , Nu Sentral
“Saya rasa ia adalah anugerah kurnia yang kita fikir takkan sampai pada tahap ini , yang mana lagu yang kita tidak pernah persembahkan dan tak boleh dipersembahkan pada ketika itu dapat dipersembahkan pada hari ini” sambung Datuk Ramli
Ketika lagu-lagu ini siap dirakamkan , isu utama yang dihadapi oleh Datuk Ramli pada waktu itu ialah isu rambut panjang , antara sebab banyak lagu-lagu beliau tidak dapat dipersembahkan dikhalayak .
Jelas beliau lagi mengenai konsert yang bakal berlangsung di Istana Budaya pada 6 Oktober nanti
“Konsert ini akan memakan masa 2 jam setengah , satu segmen yang saya rasa cukup padat yang mana penuh bermakna pada saya dan Khadijah pada persembahan malam itu . Segmen pertama dalam bentuk akustik , segmen kedua ialah persembahan Khadijah khususnya menghiburkan peminat beliau dalam bentuk Khadijah Ibrahim selama 40 tahun dalam industri yang mana beliau akan memilih lagu-lagu beliau sendiri, lepas itu saya akan mengambil tempat menyanyikan lagu-lagu pada era kumpulan dan solo , lepas itu kami akan bergabung semula dengan muzik yang lebih festival ”
“Idea-idea dah kumpul dan saya sangat teruja dan gembira , saya dah nampak benda ini akan meninggalkan perkara yang baik”
Selepas Istana Budaya , jelajah konsert ini akan diteruskan di Dewan Konsert Esplanade Singapura pada 17 Oktober dengan kerjasama AIN Society (Social Service Organization For Cancer Patient) , sebelum ini juga pada 1 September di johor Bahru yang lalu Konsert jelajah ini juga anjuran bersama Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor .
Datuk Ramli terus berbicara mengenai kerjasama antara badan kebajikan ini
“Sebenarnya kami suka ada kaitan dengan kebajikan tapi bukan kebajikan biasa tapi yang berbayar , maksudnya kita kena sama-sama imbangkan maknanya dalam produksi yang baik , supaya orang yang menderma dan datang hadir ajak sama seimbang dengan apa yang mereka bayar , jadi kita tidak ambil kesempatan atas kesempatan , kita hormati karya seni . Saya rasa wajar dan adil kepada mereka yang datang untuk dapatkan muzik yang bagus , persembahan yang baik dan keseluruhan yang baik dan kami terbuka dengan mana-mana negeri yang perlukan khidmat kami untuk konsert jelajah Doa Buat Kekasih ini , Sabah , Sarawak , Terengganu , Brunei atau mana-mana badan yang memerlukan boleh duduk berbincang”
Tiket-tiket Konsert “Doa Buat Kekasih 30th Anniversary Tour 2018” yang akan berlangsung di Istana Budaya pada 6 Oktober telah pun dijual dengan harga RM400 , RM350 , RM250 , RM200 , RM150 dan RM100 . Belian dan tempahan secara online di www.ilassotickets.com info tiket 603 3170 6333 . Info Konsert 603 7773 0677
The Real Cromok: Konsert yang Menghidupkan Jiwa dan Nostalgia
Paling Hangat, 3 Band Rock Dari 2 Negara Di 1 Pentas, ROXtheNATION
Ulangtahun 36 Tahun Cromok: Legenda Thrash Metal Malaysia Terus Menginspirasi
SHOWCASE EKSKLUSIF UK’s UP CLOSE AND PERSONAL DITUNDA KE TARIKH BAHARU
Konsert The Real Cromok Menampilkan Hillary Ang dan Man Keedal di Pentas yang Sama
Malam Intimasi Buat Para Pecinta: Julung Kali, Eksklusif dalam UK’s: Up Close and Personal
Nostalgia Blues Mengimbau Perjalanan Ikonik Blues Gang dalam Konsert Apo Nak Di Kato
Cherry On Top Membawa Rock Progresif ke Arus Perdana dengan Lagu Ketagih
Blues Gang Merayakan Lima Dekad dalam Konsert Solo Berprestij di Zepp KL
50 Tahun Blues Gang Bakal Membawa Semangat Blues & Rock di Konsert Apo Nak Dikato Di Zepp KL 9 Ogos
Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati
Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'
Melodi Gabungan UK's dan SLAM yang Menghadirkan Keunikan Musikal di STADIUM MALAWATI pada 3 FEBRUARI
UK’s dan Slam Bersatu Dalam Konsert Terbesar Di Stadium Malawati Pada 3 Feb 2024
Gema Nostalgia Bersama SWEET CHARITY Semalam Di Malaya Pada 26 Januari Di Zepp KL
Pelancaran Program Realiti TV Pentas Marhaban: Dakwah Melalui Seni Suara dalam Islam
Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati
Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'
Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN
Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang
Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik
Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD
Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati
WWW.RAWK.COM.MY
ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.
With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.
Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my
MANAGEMENT
CONTACT
WEB DESIGN
Piko Fairuz [RAWK Entertainment]
PENAFIAN
Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini
HAK CIPTA TERPELIHARA
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.