“Pencarian Wanita Melayu 2018” kini kembali dengan tahun ke 5 . Ia adalah pencarian untuk semua gadis Melayu untuk bergelar Ikon Wanita 2018 . Penganjur utama , Plaza Shah Alam kini mengendalikan pencarian yang lebih tersusun . Anjuran mereka selama 4 tahun sebelumnya telah mencapai matlamat , apabila juara dan juga finalist mereka kini merupakan wanita yang berjaya .
“Apa yang telah kita lihat , kesemua pemenang sebelum ini mereka telah berjaya dalam bidang masing-masing dan seterusnya untuk tahun ini setiap mereka akan kongsikan dengan bakal pemenang untuk tahun ini”
Puan Azura Mokhtar , Pengurus Kanan Plaza Shah Alam , menjelaskan idea “Pencarian Wanita Melayu” bagaikan mencapai matlamat apabila setiap pemenang berjaya aplikasikan apa yang mereka belajar terus kedalam kehidupan sebenar .
Malah pada tahun ini juga “Mentoring Session” oleh kesemua pemenang pada tahun sebelum ini iaitu Ashira Kaseh (2014) , Ayu Harris (2015) , Hazwani Zaini (2016) dan Nurul Ain (2017) akan mengendalikan 3 peserta akhir yang akan dibentuk personaliti , keyakinan serta imej mereka sebagai wanita Melayu dalam beberapa aktiviti yang telah disusun .
Habib Jewels selaku penaja utama juga turut memberikan sokongan terhadap penganjuran “Pencarian Wanita Melayu 2018”
“Habib Group akan terus bersama sebagai penaja untuk pertandingan ini setiap tahun mendatang . Pertandingan ini sebenarnya memberikan empower kepada wanita malah Habib sendiri juga mempunyai ramai staff wanita” Jelas Rizwan Shah Azlan daripada Habib Jewels
Pada tahun ini juga Puan Azura menjelaskan , “Pencarian Wanita Melayu 2018” akan juga membuka untuk gadis yang ‘curvy’ yang bersaiz L
“Sebelum ini kami dapat banyak penyertaan , tapi kami tidak membuka kerana pencarian kami untuk wanita pada size S dan M , kami membuka pada tahun ini kerana profile mereka istimewa dan layak”
Walaupun mereka membuka untuk wanita yang sedikit gempal namun kriteria “Pencarian Wanita Melayu 2018” ialah dengan ketinggian 160cm dan tidak lebih daripada 70kg atau mereka yang bersaiz L .
Kelainan buat tahun ini ialah pengacara lelaki , iaitu Karl Shafek , yang sempat berseleroh pemilihan beliau sebagai tepat kerana beliau yang masih belum berkahwin mungkin boleh mencari jodohnya disini .
Beliau akan mengacarakan majlis pada malam kemuncak yang bakal diadakan pada 28 April nanti .
“Pencarian Wanita Melayu 2018” diwujudkan bagi mencari gadis Melayu yang masih mengamalkan gaya hidup Melayu dalam dunia serba moden hari ini . Peserta yang diangkat sebagai pemenang utama akan diberikan ikon wanita yang melengkapi ciri-ciri seperti personality menarik , beretika dan memiliki pemikiran yang seiring dengan kemajuan dunia moden hari ini .
Turut menaja “Pencarian Wanita Melayu 2018” ialah Ice Watch , Elianto Makeup, ARCO.MY , D’Qapas, Original Classic, NRCosmetics, Shaiful Azley Affaley dan Ani Catering & Wedding Planner
Filem Seram Syaitan Munafik (Tengok Belakang … Semua Mati !) Bakal Menemui Anda Di Astro First
Konsert Bikin Wilayah SEARCH Dan AWIE Terpaksa Di Tunda Lagi Kerana Covid 19
Konsert 4G Bersama BLACK , HAZAMA , TOMOK Dan AKIM Pada Disember Ini
Konsert Bikin Wilayah Bersama SEARCH Dan AWIE Di Stadium Melawati Pada 12 Disember 2020
Album SEARCH Katharsis Secara Istimewa Di Abadikan Dalam Bentuk Piring Hitam
Penganjur Konsert 4G Berikan Jaminan Konsert Akan Diteruskan
Penggiat Seni Di Minta Tabah Dan Terima Kasih Kepada Frontliner Yang Sedang Berjuang - NASIR SEARCH
Gabungan Melodi Terindah Bersama AKIM , BLACK , TOMOK Dan HAZAMA Di Istana Budaya
#sambilmeniaga #sambilmenderma Di Expo Jom Niaga Jelajah Johor 2020
Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN
Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang
Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik
Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD
Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati
WWW.RAWK.COM.MY
ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.
With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.
Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my
MANAGEMENT
CONTACT
WEB DESIGN
Piko Fairuz [RAWK Entertainment]
PENAFIAN
Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini
HAK CIPTA TERPELIHARA
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.