Dua kumpulan yang berlainan genre telah bertemu dibawah satu bumbung sebuah label iaitu Bysnc Live , kini bakal digandingkan lagi dalam sebuah showcase dan seterusnya melancarkan album mereka . Ia adalah sebuah usaha yang cukup meyakinkan oleh Bysnc Live untuk mengeluarkan album buat kumpulan muzik Underground tempatan , terutamanya daripada arena muzik Metal dan Muzik Oi !
Buat peminat muzik Underground Metal , Kumpulan SIL KHANNAZ ialah sebuah nama besar dalam scene muzik Metal, mereka telah mengeluarkan 5 buah album dan juga 2 EP . Album pertama mereka yang bertajuk “Conception Of Madness” yang dikeluarkan pada tahun 1993 telah mencapai jualan puluhan ribu unit , dan rilisan mereka yang begitu klasik ialah album ke-2 iaitu “Gerbang Kayangan” yang dikeluarkan pada tahun 1997 , adalah album yang telah mencorakkan semula scene Muzik Metal tempatan dan terus mencapai jualan melebihi 100 ribu unit .
Keluaran mereka yang terakhir merupakan sebuah EP yang bertajuk “Thunder Roar” pada tahun 2015 dan telah dikeluarkan dalam pelbagai format iaitu CD, Kaset dan Piring Hitam .
Kini Sil Khannaz bakal kembali dengan album ke-6 yang bertajuk “Tawanan Dosa” . “Tawanan Dosa” menampilkan 6 buah lagu , 2 lagu live recording dan 1 lagu bonus . Album ini yang telah dirakamkan semenjak 7 tahun yang lalu dan baru tahun ini di lakukan proses mixing dan mastering , ia adalah penangguhan yang cukup lama dan pastinya corak muzik mereka menjadi suatu penantian buat peminat muzik Metal . Album ini bakal dilancarkan pada 7 April ini bersama dengan showcase mereka yang cukup istimewa di The Slate Herritage Row Jalan Doraisamy , Kuala Lumpur .
Sil Khannaz menampilkan Jaie Jokhannaz (Vokal) , Dark-E (Guitar) , Roi (Guitar) , Neer Hashirim (Bass) dan Afdzan (Drum) .
UNCURE walaupun tampil dengan album sulung yang bertajuk “Bengang” , dibelakangnya adalah individu yang berpengalaman iaitu Anas dan Zul yang merupakan anggota kumpulan A.C.A.B yang merupakan “Godfather Of Skinhead/Oi”
Uncure sebenarnya telah ditubuhkan semenjak tahun 1996 dan setelah 21 tahun mereka bersama kumpulan A.C.A.B , mereka kini meneruskan semula perjalanan bersama Uncure dengan merakamkan single bersama Bsync dan ia terus melonjakkan nama mereka dengan mendapat jemputan di gig tempatan .
“Bengang” yang merupakan album sulung mereka menampilkan 8 buah lagu iaitu 4 buah lagu studio dan 4 lagu yang dirakamkan secara live di studio.
Uncure menampilkan Anas (Gitar/Vokal) Zul (Bass/Vokal) , Yantoq (Guitar) dan Vei (drums) .
Album sulung Kumpulan Uncure “Bengang” akan turut di lancarkan pada 7 April di The Slate Herritage Row Jalan Doraisamy , Kuala Lumpur . Ia pastinya menarik dengan lagu-lagu yang sing-a-long mereka .
Kedua-dua kumpulan ini bakal bersatu diatas pentas , mempersembahkan muzik daripada 2 genre , ia bukan mengenai perbezaan tapi mengenai sifat kawan dan bersatu dibawah bumbung .
Mereka bukan sahaja akan bermain di Kuala Lumpur , selepas ini mereka akan melalui beberapa negeri dalam rangka jelajah bersama di beberapa negeri di Malaysia antaranya di Miri , Kota Kinabalu , Ipoh , Penang , Kuantan , Johor Bahru dan beberapa negeri lagi
Persembahan ini juga akan turut dimeriahkan lagi dengan 2 buah kumpulan daripada muzik Brutal Death Metal iaitu Sick Society , mereka yang telah melancarkan album terbaru kini sibuk dengan gig , kemunculan Sick Society bakal memecahkan suasana pada hari tersebut .
Disisi lain , kumpulan Oi! The Offside juga akan turut berada diatas pentas untuk bersama-sama lagi dalam membawakan kepelbagaian genre muzikal , ia tentunya akan memeriahkan lagi persembahan pada hari tersebut .
Persembahan dan juga pelancaran album kumpulan Sil Khannaz dan Uncure bakal diadakan di The Slate Herritage Row Jalan Doraisamy , Kuala Lumpur . Pada 7 April 2018 (Sabtu) dengan tiket RM40 , pintu akan dibuka seawall jam 5 petang . Album kumpulan Sil Khannaz dan Uncure boleh didapati dalam format digipak dan baju juga boleh didapati pada hari tersebut . Setiap pembelian CD akan dapat percuma poster .
The Real Cromok: Konsert yang Menghidupkan Jiwa dan Nostalgia
Paling Hangat, 3 Band Rock Dari 2 Negara Di 1 Pentas, ROXtheNATION
Ulangtahun 36 Tahun Cromok: Legenda Thrash Metal Malaysia Terus Menginspirasi
SHOWCASE EKSKLUSIF UK’s UP CLOSE AND PERSONAL DITUNDA KE TARIKH BAHARU
Konsert The Real Cromok Menampilkan Hillary Ang dan Man Keedal di Pentas yang Sama
Malam Intimasi Buat Para Pecinta: Julung Kali, Eksklusif dalam UK’s: Up Close and Personal
Nostalgia Blues Mengimbau Perjalanan Ikonik Blues Gang dalam Konsert Apo Nak Di Kato
Cherry On Top Membawa Rock Progresif ke Arus Perdana dengan Lagu Ketagih
Blues Gang Merayakan Lima Dekad dalam Konsert Solo Berprestij di Zepp KL
50 Tahun Blues Gang Bakal Membawa Semangat Blues & Rock di Konsert Apo Nak Dikato Di Zepp KL 9 Ogos
Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati
Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'
Melodi Gabungan UK's dan SLAM yang Menghadirkan Keunikan Musikal di STADIUM MALAWATI pada 3 FEBRUARI
UK’s dan Slam Bersatu Dalam Konsert Terbesar Di Stadium Malawati Pada 3 Feb 2024
Gema Nostalgia Bersama SWEET CHARITY Semalam Di Malaya Pada 26 Januari Di Zepp KL
Pelancaran Program Realiti TV Pentas Marhaban: Dakwah Melalui Seni Suara dalam Islam
Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati
Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'
Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN
Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang
Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik
Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD
Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati
WWW.RAWK.COM.MY
ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.
With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.
Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my
MANAGEMENT
CONTACT
WEB DESIGN
Piko Fairuz [RAWK Entertainment]
PENAFIAN
Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini
HAK CIPTA TERPELIHARA
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.