Ibu negeri Melaka iaitu Bandaraya Melaka bakal menyambut status sebagai sebuah bandaraya yang ke 15 , sebagai status Bandaraya Bersejarah , sambutan yang ke 15 ini akan diadakan dengan pelbagai acara yang meliputi pelbagai peringkat umur .
Daripada sukan hingga ke forum agama dan muzikal akan memeriahkan suasana Bandaraya Melaka , dan malam kemuncaknya ialah pada 14 April yang bakal diadakan sambutan secara besar-besaran di Dataran Bandaraya , Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah yang akan bermula daripada pukul 6 petang hingga 12 malam .
Antara artis yang bakal membuat persembahan ialah kumpulan Raihan , Aris Ariwatan , Nabila Razali , Adam Corie dan Angah Raja Lawak . Juga di jemput penceramah iaitu Ustaz Haslin Baharim (Ust Bollywood) dan Ustaz Datuk Dr Mohd Izhar Arif yang akan turut memberikan ceramah pada malam tersebut .
Datuk Wira Zainal Bin Hussin , Datuk Bandar Melaka ketika ditemui menyatakan bahawa pelbagai program telah dirancang daripada Sukan , tadarus Al Quran hingga ke aktiviti kemasyarakatan .
“Malam kemuncak sempena sambutan ulangtahun ke 15 Melaka Bandaraya Bersejarah ialah pada 14 April iaitu Malam Inspirasi Cinta Ilmu . Sebelum itu juga pelbagai acara telah dimulakan semenjak 2 minggu lalu dengan pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan aktiviti sukan yang turut melibatkan negeri-negeri jiran seperti Selangor , Johor dan Negeri Sembilan”
“Selain Piala Datuk Bandar Soccer Kid untuk kanak-kanak bawah 12 tahun turut diakan juga Melaka mobile game yang mana sambutan ini akan meliputi pelbagai lapisan masyarakat dan usia”
“Aktiviti-aktiviti ini untuk komuniti merasakan bahawa Bandaraya ini adalah milik mereka bersama” jelas beliau .
Malam kemuncak iaitu pada 14 April iaitu “Malam Inspirasi Cinta Ilmu” akan merangkumi program keagamaan , kerohanian dan muzikal . Dengan kerjasama Dmacriz Communication , seramai 5 000 orang dijangka hadir pada malam 14 April nanti .
Kumpulan Nasyid terkenal , Raihan telah dipilih sebagai artis utama pada malam itu selain beberapa artis lain yang turut memeriahkan iaitu “Malam Inspirasi Cinta Ilmu”
Pengarah Urusan Dmacriz Communication , Hamdan Jasin menjelaskan lagi pemilihan kumpulan Raihan
“Dimata dunia Raihan sudah terkenal , mereka juga disenaraikan 500 artis paling popular diperingkat antarabangsa . Mereka dikenali dari peringkat kanak-kanak hingga dewasa . Walaupun lagu-lagu mereka kini jarang dimainkan di radio tapi lagu dan bait lirik-lirik mereka sentiasa diingati sepanjang masa . Pada “Malam Inspirasi Cinta Ilmu” mereka akan muncul bersama pemuzik mereka , mereka akan muncul sebagaimana persembahan mereka di Dubai , Manchester , Russia dan nyanyian mereka bukan secara minus one”
Anggota Raihan , Amran Ibrahim turut menyatakan “Malam Inspirasi Cinta Ilmu” sebenarnya ialah berkonsepkan forum bermuzikal , ia akan diselang selikan dengan ceramah dan lagu , bukan hanya memaparkan kumpulan Raihan semata-mata dan akan turut dimeriahkan dengan artis-artis jemputan .
“Malam Inspirasi Cinta Ilmu” yang bermula seawal jam 6 petang sebenarnya akan turut bersama diadakan Jemaah untuk sembahyang Maghrib dan Isyak , dengan kuliah Maghrib Perdana malah muezzin jemputan Sheikh Karim Al Makki akan melaungkan azan dan mengimamkan solat Maghrib dan Isyak , Kuliah Maghrib Perdana akan disampaikan oleh Ustaz Syed Norhisham Tuan Padang . Malah ahli panel yang akan menyampaikan ceramah iaitu Ustaz Haslin Baharim dan ustaz Datuk Dr Mohd Izhar Arif
Filem Seram Syaitan Munafik (Tengok Belakang … Semua Mati !) Bakal Menemui Anda Di Astro First
Konsert Bikin Wilayah SEARCH Dan AWIE Terpaksa Di Tunda Lagi Kerana Covid 19
Konsert 4G Bersama BLACK , HAZAMA , TOMOK Dan AKIM Pada Disember Ini
Konsert Bikin Wilayah Bersama SEARCH Dan AWIE Di Stadium Melawati Pada 12 Disember 2020
Album SEARCH Katharsis Secara Istimewa Di Abadikan Dalam Bentuk Piring Hitam
Penganjur Konsert 4G Berikan Jaminan Konsert Akan Diteruskan
Penggiat Seni Di Minta Tabah Dan Terima Kasih Kepada Frontliner Yang Sedang Berjuang - NASIR SEARCH
Gabungan Melodi Terindah Bersama AKIM , BLACK , TOMOK Dan HAZAMA Di Istana Budaya
#sambilmeniaga #sambilmenderma Di Expo Jom Niaga Jelajah Johor 2020
Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN
Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang
Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik
Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD
Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati
WWW.RAWK.COM.MY
ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.
With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.
Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my
MANAGEMENT
CONTACT
WEB DESIGN
Piko Fairuz [RAWK Entertainment]
PENAFIAN
Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini
HAK CIPTA TERPELIHARA
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.