Penyanyi baru dalam industri hiburan , Salimey Abu Bakar yang telah menghasilkan single pertama beliau yang bertajuk “Pertama Kali” pada bulan Julai tahun lepas bagaikan melangkah kanan melalui single tersebut apabila ia digunakan oleh beberapa buah drama bersiri sebagai runut bunyi , antaranya “Seharum Mawar ” , “Pengemis Itu Saudara Aku” , “Air Mata Di Bumi Matador” , “Ustaz Pink” .
Walaupun telah mencecah usia 40 tahun dan baru bergelar penyanyi , ia tetap tidak mematahkan semangat beliau untuk meneruskan kerjaya yang beliau minati ini .
Menceritakan kembali mengenai single beliau “Pertama Kali” , Salimey menceritakan lagu “Pertama Kali” sememangnya popular kerana dikenali melalui drama , namun ramai yang tidak tahu siapa penyanyinya .
“Saya dikenali melalui runut bunyi drama , malah lagu saya popular di Pantai Timur , ramai yang tahu lagu ini tapi tidak tahu penyanyi”
Tidak berkecil hati mengenai perkara tersebut , setidak-tidaknya lagu beliau kini dikenali . Lagu “Pertama Kali” adalah hasil ciptaan Fauzi Aisunam dan lirik dihasilkan bersama-sama dengan Lieynur Liey , Yusri Ishak dan Fauzi Aisunam .
“Pertama Kali membuka jalan bagi saya tampil sebagai pendatang baharu dalam industry hiburan tanahair dan peluang diberikan oleh Fauzi Aisunam yang percaya kepada kebolehan saya untuk menyanyi”
Muzik Video untuk single ini juga bakal dikeluarkan pada minggu hadapan .
“Kami telah membuat penggambaran di 2 buah tempat iaitu di Langkawi dan Petaling Jaya , apa yang saya cari ialah pemandangan untuk muzik video ini , dengan kos sebanyak RM10 ribu”
“Kas Roshan yang juga pengarah drama dan banyak menghasilkan muzik video antaranya untuk Hyper Act telah memberikan hasil yang baik untuk muzik video “Pertama Kali , konsep semua daripada beliau ”
“Untuk jalan cerita klip video Pertama Kali, saya mahukan sesuatu yang diluar kotak. Bukan biasa-biasa dan bukan keterbiasaan. Plot klip video bersandarkan kepada lirik Pertama Kali. Perasaan cinta yang mendalam di antara dua insan yang mana perasaan itu mampu 'membunuh' jiwa”
"Gambaran dizahirkan dengan adegan yang sedikit ekstrem di mana saya terjun daripada bangunan setinggi lima tingkat kerana perasaan kecewa”
"Gambaran terjunan terbayang di mata pasangan yang dicintai dan apabila tersedar, ia hanya sekadar mimpi," cerita Salimey tentang penyudahan pembikinan klip video Pertama Kali”
Walaupun masih baru didalam industri namun tersimpan objektif beliau melalui muzik video ini , ianya bermula-mula sebagai angan-angan Salimey memasang impian untuk dicalonkan di dalam AIM .
“Memang saya ada target setelah mengehasilkan muzik video , angan-angan saya ialah dicalonkan sebagai muzik video popular didalam AIM , bagi saya dapat dicalonkan pun sudah cukup”
Walaupun beliau teruja untuk melihat reaksi peminat terhadap muzik video beliau yang bakal dikeluarkan pada minggu hadapan , kerja-kerja untuk single kedua kini telah dijalankan .
Kali ini Lieynur Liey sebagai penerbit juga pencipta dan penulis lirik .
“Tajuk belum pasti lagi , lagu baru ni saya dah nyanyi , saya masih lagi dengan konsep balada . Rakaman pada minggu lepas . Lagu ini pun dah ada untuk runut bunyi drama”
Walaupun menyanyi lagu-lagu Balada , jiwa Salimey sebenarnya ingin menyanyikan lagu berentak pop rock dan inilah yang telah dirancangkan untuk single ke 3 nanti . Lagu telahpun dipilih dan semuanya bakal dikeluarkan pada pertengahan tahun nanti .
"Apa yang saya lakukan hari ini adalah untuk kepuasan. Ia mungkin sebagai hobi saya kerana sejak dahulu lagi saya suka menyanyi”
"Namun perspektif hobi menyanyi saya anjakkan sebagai hobi yang bersungguh-sungguh kerana di landasan inilah saya fokus untuk membuktikan kepada keluarga, saudara mara dan sahabat handai bahawa saya mampu untuk menjadi salah seorang penyanyi di Malaysia"jelas Salimey.
Masih selesa bergerak secara indipendent, single Pertama Kali kata Salimey, edaran digital Life Records.
Dengan azam dan iltizam tahun 2018, Salimey berusaha gigih untuk mengotakan janji dan cita-citanya untuk berjaya dalam bidang seni suara dan sekaligus dikenali oleh peminat.
PENCERAMAH BEBAS LEPAS TUDUHAN PELABURAN TIDAK WUJUD DAN CEK TENDANG
The Real Cromok: Konsert yang Menghidupkan Jiwa dan Nostalgia
Paling Hangat, 3 Band Rock Dari 2 Negara Di 1 Pentas, ROXtheNATION
Ulangtahun 36 Tahun Cromok: Legenda Thrash Metal Malaysia Terus Menginspirasi
SHOWCASE EKSKLUSIF UK’s UP CLOSE AND PERSONAL DITUNDA KE TARIKH BAHARU
Konsert The Real Cromok Menampilkan Hillary Ang dan Man Keedal di Pentas yang Sama
Malam Intimasi Buat Para Pecinta: Julung Kali, Eksklusif dalam UK’s: Up Close and Personal
Nostalgia Blues Mengimbau Perjalanan Ikonik Blues Gang dalam Konsert Apo Nak Di Kato
Cherry On Top Membawa Rock Progresif ke Arus Perdana dengan Lagu Ketagih
Blues Gang Merayakan Lima Dekad dalam Konsert Solo Berprestij di Zepp KL
50 Tahun Blues Gang Bakal Membawa Semangat Blues & Rock di Konsert Apo Nak Dikato Di Zepp KL 9 Ogos
Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati
Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'
Melodi Gabungan UK's dan SLAM yang Menghadirkan Keunikan Musikal di STADIUM MALAWATI pada 3 FEBRUARI
UK’s dan Slam Bersatu Dalam Konsert Terbesar Di Stadium Malawati Pada 3 Feb 2024
Gema Nostalgia Bersama SWEET CHARITY Semalam Di Malaya Pada 26 Januari Di Zepp KL
Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati
Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'
Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN
Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang
Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik
Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD
Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati
WWW.RAWK.COM.MY
ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.
With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.
Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my
MANAGEMENT
CONTACT
WEB DESIGN
Piko Fairuz [RAWK Entertainment]
PENAFIAN
Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini
HAK CIPTA TERPELIHARA
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.