MAMAT FEST 2018 Kembali Dengan Gabungan Muzik Metal

03 Dec 2017 23:50

22548731_1743397162632509_6366561011827596030_o

Secara perlahan-lahan bakal muncul lagi konsert yang amat dinantikan oleh peminat-peminat muzik Metal tempatan . Muzik yang seringkali dipandang serong ini sebenarnya adalah terdiri daripada mereka yang penuh dedikasi , tidak memandang kebelakang , ia adalah tekad dan usaha sendiri .

Mamat Fest , yang bakal masuk edisi ke 3 pada tahun 2018 , telah menjadi konsert yang begitu dinantikan buat peminat Metal tanahair . Dengan membawa ‘tagline’ , ‘Festival Muzik Arus Metal Anak Tempatan’ , Mamat Fest menjanjikan lagi sekali kualiti bunyi untuk peminat yang hadir nanti .

Bakal diadakan pada 6 Januari 2018 bertempat di BlackBox , Publika Solaris Dutamas , Kuala Lumpur menampilkan 8 buah kumpulan Metal dan ia adalah 8 buah kumpulan yang akan membawakan ‘kebisingan’ yang sama namun berlainan genre memberikan lagi keseronokkan buat peminat yang hadir .

Antara tumpuan dalam Mamat Fest ialah kumpulan Blackfire , generasi pertama Underground Metal di Malaysia dan Asia Tenggara ini sebenarnya masih ‘bernafas’ , walaupun ramai yang sangka mereka telah bubar . Blackfire seolah telah bangkit dalam ‘lena’ yang panjang . Album “Lahir Dari Api” yang dikeluarkan pada tahun 2006 memberikan suatu perasaan yang ‘mendebarkan’ . Dengan elemen proto muzik Metal awal , mereka adalah inspirasi , mempersembahkan muzik ekstrim Metal dengan pengaruh 80an . Mereka sebenarnya masih mempunyai banyak lagi lagu-lagu yang tidak dirakamkan , Kumpulan Sil Khannaz mendapat namanya daripada inspirasi lirik Blackfire !

Sil Khannaz yang akan tampil sempena 30 tahun mereka dalam muzik Underground Metal ini bukanlah nama kecil , antara kumpulan Death Metal terawal yang pernah menguasai dunia muzik Metal tanahair , album terawal mereka telah dijual melebihi 20 ribu unit . Mereka adalah legasi Death Metal yang masih utuh dengan 6 buah album dan 2 buah mini album , reputasi mereka tidak boleh dicabar . album ke 2 , “Gerbang Kayangan” masih berada pada kelasnya yang tersendiri dan antara yang menjadi ‘trend’ , antara kumpulan yang membawakan muzik Death Metal dengan bahasa Melayu klasik . Album terbaru mereka masih lagi ditunggu-tunggu walaupun proses rakaman telah selesai dan kini masih menunggu untuk proses mixing dan mastering .

Wormroth , kumpulan Grindcore yang mempunyai pengalaman jelajah muzik di luar negara akan hadir dalam memberikan impak , keunikkan muzik mereka akan bergema . Mereka bukanlah nama biasa , ini adalah kumpulan yang bertaraf antarabangsa , album terbaru mereka yang bertajuk “Voices” yang dikeluarkan pada tahun 2016 terus mendapat ulasan yang positif daripada majalah-majalah muzik antarabangsa sebagaimana album-album mereka sebelum ini .

Butcher ABC juga tidak ketinggalan untuk ditampilkan didalam Mamat Fest , ini adalah kumpulan yang terdiri daripada ahli yang berpengalaman , membawakan muzik Death Metal / Grind . Ia adalah muzik yang mudah tapi jelas memberikan impak , Kumpulan yang ditubuhkan semenjak 1994 tidak menampakkan tanda-tanda yang mereka akan berhenti , apabila terus mengeluarkan album terbaru pada 29 November 2017 lalu . Ini pastinya lebih menarik pada Mamat Fest nanti .

Inspirasi daripada watak Pyanhabib dalam filem “Kembara Seniman Jalanan” , Osman Tikus adalah kumpulan yang mempunyai potensi , ditubuhkan pada tahun 2006 , mereka dewasa bersama muzik sendiri . Daripada zaman demo hingga ke Kompilasi 3 kumpulan yang dikeluarkan pada tahun 2015 , kematangan setiap lagu yang dihasilkan jelas . Dengan pengalaman yang pernah jelajah luar Negara seperti Jepun pastinya aksi mereka amat dinantikan .

Verminator  , kumpulan muda Thrash Metal daripada Terengganu ini terus menunjukkan belang mereka dengan hanya melalui album sulung yang bertajuk “Fatal Devastation” . Ia adalah kumpulan yang benar-benar membuka mata , bukan sahaja daripada segi muzikal tapi permainan mereka yang hebat , kemas dan nyata professional menjadi nadi utama buat Verminator . Sudah lama kita tidak mendengar kumpulan yang sangat serius dengan setiap alatan muzik mereka . Verminator tentunya akan ‘Thrash’ waktu Mamat Fest ini .

Putrified Remains adalah antara kumpulan yang aktif dengan rilisan mereka , album ke-2 yang dikeluarkan pada tahun 2016 yang bertajuk “The Enthroment” terus melakar muzik melodik dan ektrim mereka , mengambil ilham daripada kumpulan Metal daripada Greece , Putrified Remains membentuk melodi mereka dengan kemas sekali .

Kumpulan yang ditubuhkan pada tahun 2015 , Oldskull telah mendefinasikan muzik dengan irama ‘old school’ Death Metal , dua rilisan dengan satu Ep dan satu split bersama kumpulan Humiliation serta banyak bermain di beberapa gig , mereka secara perlahan telah membina nama . Ia pasti satu persembahan yang membuka mata . Mamat Fest menjadi medan untuk mereka membuktikan diri mereka , walaupun kumpulan baru tapi mereka telah lama meminati Metal .

Mamat Fest bakal berlangsung pada 6 Januari 2018 bertempat di BlackBox , Publika Solaris Dutamas , Kuala Lumpur . Dengan tiket yang hanya berharga RM50 , hanya boleh didapati pada hari tersebut . Peminat yang hadir awal akan mendapat pelbagai cenderahati seperti woven patch , kalendar 2018 , stickers dan beberapa cenderahati lagi , pastikan anda dating awal kerana kebanyakkan barang tersebut adalah limited kepada 100 orang dan lebih .

Menariknya pada Mamat Fest nanti akan diadakan juga cabutan bertuah untuk pembeli tiket , iaitu 2 keping tiket ke Partysan Open Air , iaitu sebuah festival konsert besar di Jerman .yang mana harga untuk sekeping adalah RM4++ .




TERBARU

PENCERAMAH BEBAS LEPAS TUDUHAN PELABURAN TIDAK WUJUD DAN CEK TENDANG

The Real Cromok: Konsert yang Menghidupkan Jiwa dan Nostalgia

Paling Hangat, 3 Band Rock Dari 2 Negara Di 1 Pentas, ROXtheNATION

Ulangtahun 36 Tahun Cromok: Legenda Thrash Metal Malaysia Terus Menginspirasi

SHOWCASE EKSKLUSIF UK’s UP CLOSE AND PERSONAL DITUNDA KE TARIKH BAHARU

Malam Amal Legends di Sabah 11 Legenda dan Bintang Bergabung untuk Kutipan Dana Kebajikan Persatuan Karyawan Malaysia

Konsert The Real Cromok Menampilkan Hillary Ang dan Man Keedal di Pentas yang Sama

Malam Ikonik BCL Di Konsert Farmasi Soundzation Dihangatkan Dengan Penampilan Sulung Ghea Indrawari Dan Elly Mazlein 30 November Ini!

Cromok Hangatkan Festival Muzik, Soulfest 2024 Dengan Persembahan Secara Unplugged, Buat Julung Kalinya

Malam Intimasi Buat Para Pecinta: Julung Kali, Eksklusif dalam UK’s: Up Close and Personal

Nostalgia Blues Mengimbau Perjalanan Ikonik Blues Gang dalam Konsert Apo Nak Di Kato

Cherry On Top Membawa Rock Progresif ke Arus Perdana dengan Lagu Ketagih

Blues Gang Merayakan Lima Dekad dalam Konsert Solo Berprestij di Zepp KL

50 Tahun Blues Gang Bakal Membawa Semangat Blues & Rock di Konsert Apo Nak Dikato Di Zepp KL 9 Ogos

Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati

Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'

Bergabung dalam Nostalgia 'CONCERT UK’SLAM MUSICAL'

Melodi Gabungan UK's dan SLAM yang Menghadirkan Keunikan Musikal di STADIUM MALAWATI pada 3 FEBRUARI

UK’s dan Slam Bersatu Dalam Konsert Terbesar Di Stadium Malawati Pada 3 Feb 2024

Gema Nostalgia Bersama SWEET CHARITY Semalam Di Malaya Pada 26 Januari Di Zepp KL

KONSERT/TEATER/GIG

Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati

Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'

JAMAL ABDILLAH Dan M. NASIR Memaparkan Penghibur Sebenar

Persembahan Hebat Dalam The Best Of Joe

Persembahan Unik Oleh PITAHATI Di DPAC

Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN

Superstar ANGELA ZHANG Memukau Peminat

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Lagu Terbaik Dan Persembahan Hebat Di Konsert 3 Suara

Konsert Cinta NADIRA ADNAN Mempesona Peminat

Konsert Ulangtahun Yang Penuh Kenangan Daripada SHEILA ON 7

Gema Wirama Wings Menerjah Padang B Plaza Angsana

Malam Kalimah Cinta Yang Persona Daripada OPICK

Lebih 2000 Peminat Banjiri Konsert "Retrofest Asia 2015"

Ritma SEARCH Menerawang Di Hard Rock Cafe Melaka

Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik

Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD

"Konsert Wings 30 Tahun", Johor Bakal Di Jajah

Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.