Media sosial sedang hangat dengan viral video lagu “Tak Tun Tuang” , disana sini pelbagai parody dan video dimuatkan dengan nyanyian para peminat dengan gaya tersendiri . Yang menariknya Thailand juga dilanda dengan kegilaan viral “Tak Tun Tuang” ini , ia adalah unik walaupun berlainan bahasa tapi melodinya yang simple dan gaya nyanyian beliau membuatkan ia adalah sesuatu yang menarik , kedatangan penyanyi asal , Upiak Isil atau nama sebenar beliau Silvia Nanda disambut dengan meriahnya disana oleh stesen TV dan media cetak .
Tidak kurang juga di Malaysia antara negara yang hangat dengan viral tersebut , beliau yang ditemui ketika membuat sidang akhbar pada petang Khamis di Hotel Royal adalah seorang yang bersahaja , rendah diri dan
Walau macamana anda sudah bosan ,benci dan meluat dengan viral lagu ini , tapi untuk Upiak ia adalah satu perkara yang tidak pernah diimpikan beliau yang kini telah menjadi kenyataan . Ini kerana beliau yang sebelum ini telah mempunyai 15 buah album , yang mana semua album dikeluarkan dengan wang beliau sendiri dan menjualnya di daerah Padang dan hanya lagu “Tak Tun Tuang” telah memberi rezeki yang tidak disangka , itupun setelah 3 tahun album yang memuatkan lagu tersebut dihasilkan . Lagu-lagu beliau ada yang berentak balada , dangdut dan juga lagu-lagu lawak .
Kini selepas beliau menandatangani bersama MVM Production daripada Malaysia , video muzik “Tak Tun Tuang” telah dihasilkan semula dengan rakaman dilakukan disekitar Kuala Lumpur .
“Dulu orang kata ini lagu orang gila dan tak ada etika” , Upiak cuba mengingati ketika pertama kali beliau menghasilkan lagu tersebut pada tahun 2014 . Lagu yang telah dibuat bersama rakannya kini adalah sumber utama beliau dalam menaikkan taraf hidupnya .
LATAR BELAKANG UPIAK ISIL
Upiak Isil atau nama sebenar beliau Silvia Nanda dilahirkan pada 12 Janurai 1985 di Bukit Tinggi , Padang , Sumatera Barat .
Merupakan anak sulung daripada 3 beradik . Selain membuat album sendiri dan menjualnya sendiri disekitar tempat lahir beliau , beliau juga menjual makanan kesihatan .
Ibubapa yang telah bercerai sejak kecil , membuatkan beliau telah menyanyi di majlis-majlis perkahwinan seawal usia 13 tahun dan melakukan pelbagai pekerjaan .
Beliau telah dibela daripada satu keluarga angkat ke satu keluarga angkat yang lain dan pernah berkahwin sekali selama 2 setengah tahun .
Filem Seram Syaitan Munafik (Tengok Belakang … Semua Mati !) Bakal Menemui Anda Di Astro First
Konsert Bikin Wilayah SEARCH Dan AWIE Terpaksa Di Tunda Lagi Kerana Covid 19
Konsert 4G Bersama BLACK , HAZAMA , TOMOK Dan AKIM Pada Disember Ini
Konsert Bikin Wilayah Bersama SEARCH Dan AWIE Di Stadium Melawati Pada 12 Disember 2020
Album SEARCH Katharsis Secara Istimewa Di Abadikan Dalam Bentuk Piring Hitam
Penganjur Konsert 4G Berikan Jaminan Konsert Akan Diteruskan
Penggiat Seni Di Minta Tabah Dan Terima Kasih Kepada Frontliner Yang Sedang Berjuang - NASIR SEARCH
Gabungan Melodi Terindah Bersama AKIM , BLACK , TOMOK Dan HAZAMA Di Istana Budaya
#sambilmeniaga #sambilmenderma Di Expo Jom Niaga Jelajah Johor 2020
Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN
Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang
Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik
Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD
Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati
WWW.RAWK.COM.MY
ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.
With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.
Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my
MANAGEMENT
CONTACT
WEB DESIGN
Piko Fairuz [RAWK Entertainment]
PENAFIAN
Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini
HAK CIPTA TERPELIHARA
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.