Selepas kumpulan Peterpan menukar nama kepada NOAH , ia telah menjadi titik permulaan yang baharu dan pastinya mereka tidak mahu memandang ke belakang lagi, 5 tahun dengan jelajah diseluruh Indonesia dengan 2 buah album yang telah mencecah jualan jutaan unit , NOAH seharusnya berbangga dengan pencapaian mereka , sebagai kumpulan nombor satu di Indonesia dengan deretan lagu-lagu popular , NOAH tidak dapat berhenti lagi .
Seterusnya mereka ingin kembali dan mencipta nama di Malaysia . Walaupun lagu-lagu mereka sebenarnya amat dikenali buat peminat di Malaysia , kali ini mereka datang sebagai nama baru dan sebuah kumpulan yang pertama kali yang bakal membuat konsert besar di Kuala Lumpur .
NOAH yang bakal membuat persembahan di Stadium Negara pada 25 November nanti pastinya membuat kejutan .
“Sudah lama kami tidak ke Malaysia , malah kami juga ada banyak lagu baru dan kerap bermain di Indonesia dengan pelbagai gimik selama 10 tahun . Ia pastinya konsert yang penuh kelainan” jelas Ariel yang ditemui ketika sidang media di Kuala Lumpur .
Penganjur konsert , Nada Promotama juga memberikan keyakinan ini adalah sebuah konsert yang penuh kejutan . Dengan pengalaman yang mereka ada dari segi kualiti bunyi dan pencahayaan , ia adalah perkara yang mereka utamakan , malah ia adalah permintaan khusus oleh NOAH sendiri khusus untuk peminat mereka di Malaysia .
Malah barisan lagu-lagu popular daripada zaman Peterpan akan turut didendangkan kerana ia semestinya sudah sebati dengan vokalis NOAH iaitu Ariel .
Ketika ditanya mengenai pemilihan lagu oleh kumpulan NOAH pastinya akan ada kesulitan kerana mereka mempunyai banyak lagu-lagu yang begitu popular
“Memang sukar , dalam konsert kami tak dapat memainkan kesemua lagu malah ada peminat yang suka dengan lagu-lagu tertentu” jelas Ariel
“Tentang kalobrasi bersama artis tempatan , kami masih dalam pertimbangan , saya suka gabungkan dengan muzik dari genre yang berlainan . Kalau digabungkan muzik kami dengan muzik dan artis pop ia menjadi tidak menarik. Ia akan semakin berbeza jika gabungkan genre yang berlainan dan makin menarik kalobrasinya” sambung Ariel
NOAH sempat juga menjelaskan album terbaru mereka yang bakal berada di pasaran pada bulan 4 tahun hadapan
“Ia sudah peringkat final stage , muzik sudah 80% siap , kami mempunyai masalah dalam lirik yang belum selesai”
NOAH yang terdiri daripada Ariel (Vokal , Gitar ), Uki (gitar) , Lukman(Gitar) dan David (Kibord, piano) bakal memberikan pengalaman buat peminat mereka di Malaysia .
Tiket-tiket boleh didapati secara online di www.airasiaredtix.comdengan harga bermula RM95 hingga RM245
Filem Seram Syaitan Munafik (Tengok Belakang … Semua Mati !) Bakal Menemui Anda Di Astro First
Konsert Bikin Wilayah SEARCH Dan AWIE Terpaksa Di Tunda Lagi Kerana Covid 19
Konsert 4G Bersama BLACK , HAZAMA , TOMOK Dan AKIM Pada Disember Ini
Konsert Bikin Wilayah Bersama SEARCH Dan AWIE Di Stadium Melawati Pada 12 Disember 2020
Album SEARCH Katharsis Secara Istimewa Di Abadikan Dalam Bentuk Piring Hitam
Penganjur Konsert 4G Berikan Jaminan Konsert Akan Diteruskan
Penggiat Seni Di Minta Tabah Dan Terima Kasih Kepada Frontliner Yang Sedang Berjuang - NASIR SEARCH
Gabungan Melodi Terindah Bersama AKIM , BLACK , TOMOK Dan HAZAMA Di Istana Budaya
#sambilmeniaga #sambilmenderma Di Expo Jom Niaga Jelajah Johor 2020
Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN
Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang
Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik
Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD
Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati
WWW.RAWK.COM.MY
ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.
With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.
Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my
MANAGEMENT
CONTACT
WEB DESIGN
Piko Fairuz [RAWK Entertainment]
PENAFIAN
Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini
HAK CIPTA TERPELIHARA
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.