‘Rock Never Die’ seumpama peniup semangat kepada penggemarnya, biarpun ada di antara kumpulan-kumpulan rock dekad 80an dan 90an yang telah terkubur namun masih ada lagi yang kembali ‘bernafas’, semuanya adalah atas permintaan serta sokongan kuat di kalangan peminat yang tidak mahu mereka terus terkubur begitu sahaja.
“Live Music” yang menampilkan kumpulan rock seperti Lela, Putra dan F.O.R ( Family Of Rock ) yang telah di adakan di Hard Rock Café Melaka pada 4 Oktober lalu berjaya mengembalikan nostalgia buat peminat wirama tersebut.
Tepat jam 4 petang Dj Amyselaku emcee tanpa membuang masa terus memanggil sebuah kumpulan vokal berharmoni yang dibarisi oleh 5 orang anak muda yang rata-ratanya adalah daripada negeri Melaka. Fivelousbukanlah nama baru bagi orang Melaka, dahulunya mereka dikenali sebagai SRC. Ternyata tanggungjawab sebagai ‘opening act’ tidak dipersiakan. Mereka mempersembahkan dua buah lagu iaitu Jatuh Cinta dan Dewi.
Tanpa membiarkan pentas kosong terlalu lama, kini Lelamula ‘bermaharajalela’. Jika dahulu Lela lebih sinonim dengan rangkaian lagu leleh tetapi kini tidak lagi. Genre hard rock menjadi taruhan kepada album terbaru mereka yang berjudul “Rialiti Dalam Mimpi”. Ali selaku vokalis tampil dengan imej ‘botak’ yang nyata mengejutkan peminat yang hadir pada petang itu. Ali cukup bijak berinteraksi bersama peminat, tidak hairanlah mengapa Lela yang hadir dengan rangkaian lagu medley seperti Bidadari, Harapan, Sampai Bila dan sebagainya berjaya menjadi tumpuan. Lufti selaku gitaris dan Din selaku bassis seolah-olah terpaku di atas pentas tanpa hadir dengan aksi-aksi memukau yang pernah mereka lakukan sebelum ini. Namun hentakan Lan selaku pemain drum cukup untuk menyatakan kewujudan semula Lela.
Pentas bertukar paksi apabila kumpulan F.O.R(Family of Rock) bernadi. Band yang telah mendapat tempat di hati para peminat muzik rock masakini cukup hebat adegannya apatah lagi dengan alunan nuansa rock yang tidak membingitkan pastinya mudah diterima oleh peminat yang memenuhi Hard Rock Café Melaka pada petang itu. Bagaimana dan Bara Api adalah antara lagu-lagu yang cukup memikat, apatah lagi ianya dimelodikan bersama lenggok violin.
Setelah berlalunya lagu Woii Apa Lu Bikin, kehadiran 2 vokalis jemputan di atas pentas memberikan tamparan hebat kepada hadirin. Mereka bergabung vokal mengalunkan sebuah lagu saduran yang pernah di popularkan oleh kumpulan Whitesnake. Kehadiran Boy Ravendi atas pentas menjadikan gabungan tenaga yang cukup berbisa. Boy Raven yang kini di anggap sebagai ‘Yngwie Malmsteen’ Singapore sudah tidak perlu di persoalkan kewibawaannya. F.O.R meninggalkan pentas dengan lagu yang berjudul Siapalah Aku.
Putra sebuah kumpulan yang tidak perlu di perkenalkan lagi kepada umum, biarpun kini hanya ditunjangi oleh 2 anggota asal iaitu Man Putra dan Nik, mereka masih lagi berbisa kerana pada petang itu kehadiran Yem C (x BPR), Asfa Danny (Last Minute) dan Azmie (Samudera) memberi impak maksima kepada Putra. Mereka telah menyampaikan lebih 5 buah lagu termasuk 2 lagu baru iaitu Mana Tau Ni dan Biarlah. Tanpa berkumandang lagu-lagu hit mereka yang menjadi penanda aras kepada Putra pastinya tidak lengkap persembahan mereka. Kain Cinta Putih dan Nazira berjaya mengembalikan nostalgia peminat yang rata-rata membesar dengan lagu-lagu rock dambaan Putra yang kini masih lagi malar segar. Yem C pula eolah-olah rindukan suasana pentas apabila tampil solo mengalunkan ritma Seribu Tahun Takkan Mungkin yang di sambut dengan lontaran vokal daripada hadirin. Menutup tirai “Live Music”, Putra, Lela dan F.O.R telah bergabung vokal dalam lagu Satu Nada Satu Suara.
Kehadiran Yazit Search serta beberapa lagi karyawan rock antaranya adalah Blank Gamma, Ucop Angel Heart, Omma Akira, Sharom Kasawari di Hard Rock Café Melaka seolah-olah memberi isyarat bahawa api wirama rock tidak akan pernah padam.
Ulangtahun 36 Tahun Cromok: Legenda Thrash Metal Malaysia Terus Menginspirasi
SHOWCASE EKSKLUSIF UK’s UP CLOSE AND PERSONAL DITUNDA KE TARIKH BAHARU
Konsert The Real Cromok Menampilkan Hillary Ang dan Man Keedal di Pentas yang Sama
Malam Intimasi Buat Para Pecinta: Julung Kali, Eksklusif dalam UK’s: Up Close and Personal
Nostalgia Blues Mengimbau Perjalanan Ikonik Blues Gang dalam Konsert Apo Nak Di Kato
Cherry On Top Membawa Rock Progresif ke Arus Perdana dengan Lagu Ketagih
Blues Gang Merayakan Lima Dekad dalam Konsert Solo Berprestij di Zepp KL
50 Tahun Blues Gang Bakal Membawa Semangat Blues & Rock di Konsert Apo Nak Dikato Di Zepp KL 9 Ogos
Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati
Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'
Melodi Gabungan UK's dan SLAM yang Menghadirkan Keunikan Musikal di STADIUM MALAWATI pada 3 FEBRUARI
UK’s dan Slam Bersatu Dalam Konsert Terbesar Di Stadium Malawati Pada 3 Feb 2024
Gema Nostalgia Bersama SWEET CHARITY Semalam Di Malaya Pada 26 Januari Di Zepp KL
Pelancaran Program Realiti TV Pentas Marhaban: Dakwah Melalui Seni Suara dalam Islam
Perjalanan Menuju Konsert 'Tujuh Vibrato Gitar' Pada 3 November Di Zepp KL
25 Tahun Mengukir Kenangan Dalam Konsert Istimewa Lah Ahmad di Istana Budaya
Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati
Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'
Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN
Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang
Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik
Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD
Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati
WWW.RAWK.COM.MY
ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.
With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.
Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my
MANAGEMENT
CONTACT
WEB DESIGN
Piko Fairuz [RAWK Entertainment]
PENAFIAN
Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini
HAK CIPTA TERPELIHARA
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.