Artikel Dan Foto Oleh Nizam Kazzam
Setelah Let’s Rock Cancer Malaysia (LRCM) dan Universiti Teknologi Petronas (UTP) berjaya menganjurkan konsert yang sama pada tahun lalu, kini gabungan ini kembali mengadakan Konsert Kesedaran Kanser yang telah dilangsungkan di Chancellor Hall pada 31 Julai yang lalu. Ini merupakan venue terbaru yang telah diberikan oleh pihak UTP untuk menjayakan Konsert Kesedaran Kanser ini. Chancellor Hall memberikan keselesaan kepada penuntut UTP yang hadir dalam konsert ini disamping itu dewan ini dilengkapi sistem bunyi yang boleh dikategorikan terbaik.
Perancangan untuk mengadakan Konsert Kesedaran Kanser ini telah dibincangkan oleh penaung LRCM/Yayasan Kanser Malaysia iaitu Mohammad Royzilee Mustaffa bersama pihak pengurusan UTP pada awal tahun 2015. Bersama penaja Enactus dan Zalora, Konsert Kesedaran Kanser telah berjaya dilaksanakan bersama artis-artis yang terkenal dan juga artis-artis baru antaranya ialah Emmett & Gang, Drama Band, Tonawarna, Azroy The Dashingmen (ATD), Razman & UTPian Band. Konsert bermula seawal jam 8.30malam, yang dimulai dengan ucapan dari penaung LRCM/Yayasan Kanser Malaysia iaitu Mohammad Royzilee Mustaffa. Konsert Kesedaran Kanser dimulakan oleh band baru selaku wakil tunggal dari UTP iaitu UTPian Band yang menyampaikan dua lagu cover dari Sweet Charity dan Bruno Mars. Band ini cukup dikenali di UTP, tidak hairanlah mereka mendapat tepukkan gemuruh dari warga UTP yang hadir.
Selepas persembahan UTPian Band, seorang penyanyi Busking (OKU) iaitu saudara Razman mengadakan persembahan. Dewan terdiam seketika melihat kelibat insan OKU yang cacat penglihatan menghiburkan para hadirin dengan hanya menyanyi sambil bermain gitar elektrik. Razman bijak menceriakan suasana dengan coletehnya sebelum beliau menyampaikan lagu, beliau melagukan dua lagu cover dari kumpulan MOJO dan AKIM & The Majistret. Selepas persembahan Razman, band yang bernaung di bawah syarikat KGE (Kasi Gegar Entertainment) iaitu Tonawarna mengambil alih pentas. Tonawarna tidak asing bagi warga UTP, sebelum ini Tonawarna pernah beraksi di UTP dalam siri konsert LRCM yang lalu. Tonawarna menyampaikan beberapa lagu dari album mereka yang terdahulu dan mereka turut menyampaikan single terbaru mereka yang berjudul Nona. Persembahan Tonawarna diakhiri dengan sebuah lagu cover dari Butterfingers iaitu Mati Hidup Kembali yang menyaksikan dewan Chancellor bergema pabila lagu tersebut dinyanyikan beramai-ramai.
Kini giliran Drama Band menghiburkan hadirin yang hadir dengan persembahan lagu Selamat Hari Raya??..hmm...okler ada lagi mood raya. Rata-rata hadirin pun terhibur malah ada yang sudah berganjak dari bangku tempat duduk menuju mengisi ruang depan pentas. Nama Drama Band yang pada awal kemunculan mereka dengan lagu Babak Pertama terus meletakkan 'hit' Cerita Dia dan Biarkanlah. Maka bergegarlah Chancellor Hall dengan dendangan beramai-ramai pada malam itu.
Selepas persembahan Drama Band, band baru yang mahu dikenali dengan nama Azroy The Dashingmen (ATD). Band ini turut dianggotai oleh penaung LRCM/Yayasan Kanser Malaysia iaitu Mohammad Royzilee Mustaffa selaku pemain bass. ATD sebenarnya telah banyak mengadakan persembahan bersama siri konsert LRCM di seluruh tanahair. ATD menyampaikan beberapa lagu termasuk satu lagu cover dari Duran-Duran iaitu Come Undone dan juga lagu single pertama ATD iaitu Porak Peranda. Walaupun ATD merupakan band yang belum dikenali ramai namun sokongan tetap diberikan kepada ATD.
Band yang mengakhiri Konsert Kesedaran Kanser adalah Emmett & Gang, ramai yang tak sabar menanti kemunculan Emmett walaupun tidak bersama Butterfingers namun cukup terubat rindu peminat muzik grunge dengan persembahan Emmett. Tiada line up Butterfinger namun tidak bermakna tiada lagu-lagu Butter!...Emmett memberikan sepenuh tenaga menyampaikan lagu-lagu Butter yang banyak diambil dari album terdahulu termasuklah dari album terawal Butterfinger iaitu 1.2 Miligram. Sebaik sahaja persembahan Emmett & Gang berakhir, peminat Butter nampaknya tidak berganjak...mereka mahukan lagi..."we want more!" Maka terpaksalah Emmett & Gang keluar kembali menyampaikan lagu kemelayuan Mati Hidup Kembali yang turut sama dinyanyikan bersama-sama peminat. Sebaik sahaja selesai lagu tersebut, peminat masih mahukan lagi...masih ramai yang tidak berpuas hati. Mungkin kerana ada lagu-lagu yang menjadi minat tidak dipersembahkan terutama lagu dari album Transcendence. Namun Emmett yang setia bersama peminat, muncul kembali dengan gitar akustik untuk sama mendendangkan lagu Selamat Tinggal Dunia. Itulah lagu penutup dari Emmett dan berakhirlah sudah Konsert Kesedaran Kanser yang berjaya dianjurkan buat kali kedua. Dan sudah pasti Konsert Kesedaran Kanser akan diadakan lagi di lokasi yang sama pada tahun akan datang. Let's Rock!
Ulangtahun 36 Tahun Cromok: Legenda Thrash Metal Malaysia Terus Menginspirasi
SHOWCASE EKSKLUSIF UK’s UP CLOSE AND PERSONAL DITUNDA KE TARIKH BAHARU
Konsert The Real Cromok Menampilkan Hillary Ang dan Man Keedal di Pentas yang Sama
Malam Intimasi Buat Para Pecinta: Julung Kali, Eksklusif dalam UK’s: Up Close and Personal
Nostalgia Blues Mengimbau Perjalanan Ikonik Blues Gang dalam Konsert Apo Nak Di Kato
Cherry On Top Membawa Rock Progresif ke Arus Perdana dengan Lagu Ketagih
Blues Gang Merayakan Lima Dekad dalam Konsert Solo Berprestij di Zepp KL
50 Tahun Blues Gang Bakal Membawa Semangat Blues & Rock di Konsert Apo Nak Dikato Di Zepp KL 9 Ogos
Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati
Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'
Melodi Gabungan UK's dan SLAM yang Menghadirkan Keunikan Musikal di STADIUM MALAWATI pada 3 FEBRUARI
UK’s dan Slam Bersatu Dalam Konsert Terbesar Di Stadium Malawati Pada 3 Feb 2024
Gema Nostalgia Bersama SWEET CHARITY Semalam Di Malaya Pada 26 Januari Di Zepp KL
Pelancaran Program Realiti TV Pentas Marhaban: Dakwah Melalui Seni Suara dalam Islam
Perjalanan Menuju Konsert 'Tujuh Vibrato Gitar' Pada 3 November Di Zepp KL
25 Tahun Mengukir Kenangan Dalam Konsert Istimewa Lah Ahmad di Istana Budaya
Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati
Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'
Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN
Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang
Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik
Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD
Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati
WWW.RAWK.COM.MY
ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.
With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.
Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my
MANAGEMENT
CONTACT
WEB DESIGN
Piko Fairuz [RAWK Entertainment]
PENAFIAN
Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini
HAK CIPTA TERPELIHARA
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.