Konsert Rockestra XPDC Gagal Dengan Pelbagai Masalah

09 Jun 2015 04:38

Konsert meraikan 26 tahun kumpulan XPDC yang dirancang di Stadium Merdeka sebenarnya boleh dikatakan usaha yang ‘ambitious’ , XPDC adalah kumpulan rock yang secara gagah telah mengharungi segala pelosok kampong dan bandar di seluruh Malaysia , melalui show mereka di funfair . Bertahun mereka telah bergelumang pahit maung sebagai pemuzik rock .

DuaLaris event cuba merealisasikannya kembali dengan konsert skala besar untuk kumpulan XPDC , walaupun realitinya dengan semakin kurang berminat untuk peminat muzik untuk menghadirkan diri ke konsert , tidak seperti dahulu , sememangnya penganjur bertindak berani dalam melaburkan usaha mereka . Sebagai penonton yang hadir sememangnya untuk peminat pihak penganjur telah melakukan usaha , apabila tersergam stage hebat dan sound system yang cukup cemerlang , bergegar gegendang telinga dibuatnya walaupun dengan flying speaker yang kelihatan kecil tapi kuasanya cukup kuat .

Tapi disebaliknya pada pukul 9 malam , Izo , Lola , Eddie dan Ariff (anak Izo yang bertindak sebagai guitarist) telah naik ke atas pentas dan memulakan muzik untuk menggegarkan Stadium Merdeka , namun kelibat Mael masih tidak muncul lagi  , walaupun setelah beberapa lama MC malam itu Isma Halil Hamzah telah mengumumkan bahwa Mael akan muncul tapi akhirnya pembuka malam itu dengan 2 buah lagu instrumental sahaja , Akhirnya konsert dihentikan seketika . Kejadian ini mengingatkan tragedi konsert XPDC di Sepang pada tahun lalu , yang mana ia tertangguh beberapa jam kerana masalah dengan pihak penganjur .

Ketidakpuasan hati peminat jelas terpancar , lebih bertambah kemarahan apabila setelah terhenti sekian lama seorang penyanyi lain telah memulakan persembahan bersama ahli XPDC yang lain mendendangkan lagu “Hidup Bersama” dan ia membuatkan konsert yang sepatutnya bermula telah terhenti kembali , ia adalah drama yang cukup panjang . Setelah hampir sejam dengan lampu diatas stage sekejap buka dan sekejap tutup , tapi jam yang menunjukkan hampir pukul 10 malam , lampu stage kembali menyala dan menampakkan kelibat Mael sebagai vokalis telah muncul bersama-sama ahli XPDC yang lain diatas pentas , sorakkan kegembiraan peminat kepada vokalis asal XPDC bagaikan melupakan kemarahan mereka .

Mael yang tampil bersahaja , memohon maaf , menurut beliau telah berlaku kekecohan di belakang pentas dan terus memulakan lagu “Kita Peng Yu” , “Hamba Abdi” , “Bahalol” dan terus ke lagu yang berentak perlahan , “Aku dan Sesuatu” , “Hentian Ini” danTitian Perjalanan” walaupun vocal Mael tidak sehebat semasa muda namun peminat kelihatan begitu gembira dan menyanyi bersama-sama .

Dengan keadaan Mael yang penuh kekecewaan dan semangat yang telah hilang tapi kemampuan beliau untuk berceloteh bersama peminat memang menghiburkan , malah ketidakpuasan hati beliau terus terpancar apabila mengatakan sampai bila kita nak kena pijak je diatas pentas . XPDC terus dengan lagu “Selendang Merdeka” , “Penyakit Gatal” , “Jangan Tak Mandi” , “Hijau Bumi Tuhan” dan “Puing Cinta”.

Lampustage lagi sekali dipadamkan namun kemunculan Lola dengan drum solo beliau tidak mengubah suasana  ,apabila penonton terus bersoal apa yang telah berlaku ? Adakah konsert telah habis ? Pelbagai persoalan muncul walaupun di kerusi media telah tersebar khabar angin bahwa abang Mael telah meninggal dunia dan Mael meminta bayaran di belakang pentas dan tidak akan naik tanpa bayaran .

Semua ini ternyata benar apabila kisah daripada Mstar daripada mulut Mael sendiri , yang penganjur tidak menjelaskan bayaran sebelum konsert bermula , malah tindakan penganjur mencampakkan duit ke lantai juga dikatakan menaikkan kemarahan Mael . Mael juga mengesahkan berita mengenai kematian abang beliau di Johor , Malah Mael juga mengatakan beliau bengang apabila konsert bermula tepat jam 9 malam tanpa beliau , yang mana menurut Mael , beliau telah sampai ke Stadium Merdeka pada pukul 9.10 malam (! .. ?) . Penganjur juga bertindak mempertahankan diri apabila mengatakanMael tidak professional namun tidak menyalahkan beliau 100% dan akui konsert ini telah gagal . Ada khabar angina juga mengatakan band dibayar sedikit namun kos keseluruhan lebih beratus ribu telah penganjur habiskan , namun ini bukanlah masalah yang ingin didengar peminat , sepatutnya sebelum konsert mereka telah selesaikan masalah antara mereka .

Sekian lama peminat dibiarkan , akhirnya XPDC naik ke pentas lagi sekali tanpa Mael , Izo dan rakan-rakan terus memainkan lagu instrumental daripada lagu-lagu Metallica , Mael muncul kembali untuk menghabiskan beberapa lagu sehingga pukul 12 malam , namun hanya 15 buah lagu dimainkan daripada 26 lagu yang sepatutnya .

Ia adalah konsert yang hampa dan gagal, apabila band dan penganjur mempunyai masalah akhirnya peminat yang menjadi mangsa , daripada rungutan para peminat rock antara sebab inilah yang ramai antara mereka tidak lagi turun ke konsert , ia adalah masalah yang dijangkakan .

Secara keseluruhan persembahan XPDC mengecewakan , Rockestra yang hanya membawa 6 orang pemain violin dan 2 orang pemain Cello tidak langsung memberikan impak pada konsert dikawasan terbuka ini , secara teknikal ‘sound’ memang garang tapi akhirnya momentum semua hilang , ramai peminat yang pulang awal kerana kecewa , melihatkan kumpulan rock pujaan mereka bagaikan semangat yang hilang .




TERBARU

Ulangtahun 36 Tahun Cromok: Legenda Thrash Metal Malaysia Terus Menginspirasi

SHOWCASE EKSKLUSIF UK’s UP CLOSE AND PERSONAL DITUNDA KE TARIKH BAHARU

Malam Amal Legends di Sabah 11 Legenda dan Bintang Bergabung untuk Kutipan Dana Kebajikan Persatuan Karyawan Malaysia

Konsert The Real Cromok Menampilkan Hillary Ang dan Man Keedal di Pentas yang Sama

Malam Ikonik BCL Di Konsert Farmasi Soundzation Dihangatkan Dengan Penampilan Sulung Ghea Indrawari Dan Elly Mazlein 30 November Ini!

Cromok Hangatkan Festival Muzik, Soulfest 2024 Dengan Persembahan Secara Unplugged, Buat Julung Kalinya

Malam Intimasi Buat Para Pecinta: Julung Kali, Eksklusif dalam UK’s: Up Close and Personal

Nostalgia Blues Mengimbau Perjalanan Ikonik Blues Gang dalam Konsert Apo Nak Di Kato

Cherry On Top Membawa Rock Progresif ke Arus Perdana dengan Lagu Ketagih

Blues Gang Merayakan Lima Dekad dalam Konsert Solo Berprestij di Zepp KL

50 Tahun Blues Gang Bakal Membawa Semangat Blues & Rock di Konsert Apo Nak Dikato Di Zepp KL 9 Ogos

Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati

Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'

Bergabung dalam Nostalgia 'CONCERT UK’SLAM MUSICAL'

Melodi Gabungan UK's dan SLAM yang Menghadirkan Keunikan Musikal di STADIUM MALAWATI pada 3 FEBRUARI

UK’s dan Slam Bersatu Dalam Konsert Terbesar Di Stadium Malawati Pada 3 Feb 2024

Gema Nostalgia Bersama SWEET CHARITY Semalam Di Malaya Pada 26 Januari Di Zepp KL

Pelancaran Program Realiti TV Pentas Marhaban: Dakwah Melalui Seni Suara dalam Islam

Perjalanan Menuju Konsert 'Tujuh Vibrato Gitar' Pada 3 November Di Zepp KL

25 Tahun Mengukir Kenangan Dalam Konsert Istimewa Lah Ahmad di Istana Budaya

KONSERT/TEATER/GIG

Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati

Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'

JAMAL ABDILLAH Dan M. NASIR Memaparkan Penghibur Sebenar

Persembahan Hebat Dalam The Best Of Joe

Persembahan Unik Oleh PITAHATI Di DPAC

Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN

Superstar ANGELA ZHANG Memukau Peminat

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Lagu Terbaik Dan Persembahan Hebat Di Konsert 3 Suara

Konsert Cinta NADIRA ADNAN Mempesona Peminat

Konsert Ulangtahun Yang Penuh Kenangan Daripada SHEILA ON 7

Gema Wirama Wings Menerjah Padang B Plaza Angsana

Malam Kalimah Cinta Yang Persona Daripada OPICK

Lebih 2000 Peminat Banjiri Konsert "Retrofest Asia 2015"

Ritma SEARCH Menerawang Di Hard Rock Cafe Melaka

Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik

Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD

"Konsert Wings 30 Tahun", Johor Bakal Di Jajah

Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.